.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Monday, April 23, 2012

dua mimpi

in the name of Allah, my Lord, my Everything



semalam saya dikejutkan dengan sesuatu. entah apa yang ada pada saya, of all the people he knows, I was the he dreamed of. mungkin ia sebuah halisusasi. mungkin juga hanya sebuah mimpi.



abah: wak (pak cik dalam bahasa jawa) nak jumpa yana
me: jumpa? buat apa? kak na bukan tahu jampi-jampi ponn (wak sedang sakit teruk. moga Allah sembuhkan)
abah: dia mimpi yana bedah hati
me: bedah hati? (hati as in liver, memang tak lah.. kalau hati yang ;itu' inshaAllah la kot)
abah: dia kata, yana boleh bedah hati, tapi mak dengan abah tak tahu
me: hehhh~ (memang mak abah tak tahu 'aktiviti malam' saya. nak mati kena?!)



dan bila tiba di rumah wak, saya kecewakan dia. sebab saya berterus-terang yang saya bukan pakar hati, tetapi calon master-jee linguistik. ohhh~


Allah huAlam. saya sendiri keliru dan buntu waktu itu harus apa. senangkan hati orang sakit atau berusaha sahaja untuk tidak terlalu biarkan dia berharap?



patutlah saya tak boleh jadi dokter. err...


dan dua mimpi itu...


emak dan adik mimpi yang sama. gigi mereka patah.
mengikut superstition nya (yang confirm khurafat) ada orang terdekat yang akan pergi. saya jadi ngeri.tetapi alhamdulillah dengan tarbiah, saya yakin, ajal dan maut itu ketentuan Tuhan, yang telah ditetapkan waktu juga kadarnya.


dan apabila tugasan kita sudah selesai, kita kan kembali menghadap Dia... itu pasti. hanya hati yang redha mampu men'digest' hakikat perit ini.






bukan semestinya orang yang terlantar itu dipanggil dahulu. boleh jadi yang sedang menulis tulisan yang kalian baca ini adalah calonnya.



dan saya...saya... saya sangat berharap, andai saya insan itu, moga Dia terima saya dalam keadaan yang paling dia redha. dalam keadaan jiwa yang suci tanpa sesal juga noda. mungkin kah itu?



dan kini, saya sedang mempersiap diri. untuk suatu perjalanan yang jauh. dan panjang.  sungguh, ini sebuah mimpi jadi nyata (read: dream come true).



boleh jadi saya akan kembali semula, menyambung tugasan yang tertunggak (theses, research designs, data analysis utk pilot study, and most importantly, kerja-kerja DnT saya).



juga boleh jadi, saya kembali, tetapi bukan ke pangkuan mereka yang saya sayangi, tetapi, ke hadrat dzat yang paling agung, yang memilik jiwa ini.



dan itulah doa orang yang berjaulah, bukan?
atas urusan apa pun, moga ikhlas kerana Allah dan dikira ibadah pada sisi Dia...



juga untuk entah kali yang ke berapa, mohon maafkan semua khilaf saya, juga halalkan makan minum saya.
moga kita akan berjumpa lagi, entah bila dan di mana, tetapi, harapnya dalam keadaan yang Dia suka juga redhai :)




p/s: asiif anis, shidah, jiha n k,nira, next time kte pergi untuk urusan DnT pula, ya?


Saturday, April 7, 2012

It Has Never Been Easy. Quote. Unquote.

Bismillah...



nak membina manusia bukan kerja mudah.
tak senang macam bancuh kopi 3 dalam 1.
masak air, tuang premix coffee, kacau dengan plastik sachet (err. macam familiar) dan,
tadaaaaaaaa~ siap untuk dihidang. eh.



teringat kak siti (bukan nama sebenar) pernah kongsi,



tak ramai yang bertahan untuk membina diri sendiri,
lebih ramai yang tak dapat bertahan untuk membina orang lain.




ouuhhh, itu sangat merobek hati Y______Y








suatu masa, saya merasa lelah dan buntu. mungkin sedih dan juga sedikit kecewa dengan diri juga binaan saya. dan rasa itu saya kongsikan dengan seorang sahabat yang paling saya sayang. kerana memang tiada yang palsu dengan dua premis kak siti (bukan nama sebenar) di atas.




"kamu tak boleh nak banding-bandingkan adik-adik kamu. yang dah fly tu, takkan sama dengan yang kita baru dapat. lain orang yang nak kita dengan orang yang kita pula yang nak kan dia.



macam kalau kita dah kahwin dengan suami baru. tapi sampai sekarang asyik teringat dan kenangkan suami lama kita je... sampai bila pun kita takkan boleh nak mulakan hidup dengan suami baru tu dan bina hubungan yang best. macam tu la kamu dengan adik-adik baru ni. jangan expect yang sama"




dan jawapan dia buat saya berfikir dalam. dan lama. bukan sebab metafora kehidupan suami isteri tu, tapi sebenarnya nature perhubungan kita sesama manusia.




setiap insan berbeza dan perlu cara yang berbeza untuk disantuni.
sounds so lamed tapi memang itulah namannya manusia.




bila kita expect sesuatu, kita akan rasa frust menonggeng kalau tak dapat nak meet the expectations. tetapi kalau kita berhenti mengharap yang tinggi-tinggi, kita akan sangat surprise even dengan perkara kecil tetapi akan nampak besar pada kita.




sebab kita tak mengaharap apa pun dari mereka.




mudah kan, rahsia bahagia?




sememangnya pleasant surprise tu lagi gila BEST daripada frustration. =_='




dan untuk merasa sedih itu, kerana apa pula?




kalau benar kerana Allah, harusnya rasa yang tinggal itu hanya ikhlas dan redha atas apa yang berlaku.




tetapi , itu pun setelah benar-benar berjerih perih. kalau buat sekadarnya sahaja dan bila rasa perlu sahaja, memang tak payah nak mengigau di siang hari.




wake up and get back to reality. itu wishful thinking namanya.









nabi Nuh a.s sendiri sahaja berdakwah selama 1000 tahun, kurang lima puluh. siapa kita mahu mengeluh? baginda a.s boleh la nak hantar full blown thesis yang setebal himpunan journal 50 edisi pada Tuhan tentang kaumnya, juga segala eksperimen dan metod yang baginda guna juga hasil akhirnya.




kita? jangankan disertasi pendek, essay dengan 500 patah kata pun belum tentu dapat kita justify depan Tuhan nanti.




wahaiiiiii~




yes, it has never been easy. kerana syurga itu bukan murah nilainya.




"dan bersabarlah engkau bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharapkan wajahNya (keredhaanNya).

dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia;

dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya dan kedaannya sudah melewati batas" (AlKahfi 18:28)




p/s: hari rabu ni cuti umum hey! let's plan and execute something! jangan biar futur2 tu nampak macam gula-gula kapas yang sedap, sedanf ia mengundang padah! err..