.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)
Showing posts with label Then. Show all posts
Showing posts with label Then. Show all posts

Monday, February 21, 2011

love is hatred



Bismillah…


Luka yang lama belum kita lupakan

Hangat terasa bahang yang menyakitkan


Seiring waktu yang berlalu, pasti ada yang kita tinggalkan; kenangan indah, memori manis, masa lalu yang pahit dan kelam… mungkin juga tragedi hitam dalam hidup. Biar pantas atau lambat jarum jam berputar meninggalkan detik waktu itu, hanya satu perkara yang paling sukar terluputkan -------------> rasa pedih, sakit dan perih yang hadir bersama waktu lalu. Itu yang sering kita bawa bersama, menjalani hari-hari mendatang.


Harapan dan keyakinanmu membutakan segalanya

Hanyut dalam genggaman, memusnahkan kita


Bukan senang menukar arah. Bukan mudah mencari hikmah. Ya, ramai yang berkata ‘masa lalu itu umpama cermin, hanya untuk dipandang, bukan untuk hidup dengannya, dibawa bersama-sama dalam setiap langkah menuju masa depan’. Aku percaya itu dan itulah yang aku lakukan. Cukuplah aku tinggalkan kelamku. Tentang aku. Tentang apa pun yang membuatku tiada bererti. Sedaya dan semampu boleh mahu aku padamkan semua; nama, figura, masa, tempat juga ketika semuanya berlaku kerana aku benci itu ---------------> masa lalu.


Segala yang berlaku, bukannya niatku

Maafkanlah diriku, keterlanjuran lalu


Hingga pada suatu masa semuanya kembali menghantui. Satu demi satu kenangan juga mereka yang aku tinggalkan di tempat yang sepatutnya -----------------> masa lalu, menjengah ke ruang hidup – berlumba-lumba, bertubi-tubi. Aku harus apa? Aku harus bagaimana? Sungguh, sudah penat aku berpura-pura tidak mengetahui, tidak pernah mengenali biar tampang mereka wujud didepan mata, biar batang tubuh mereka duduk hanya di sebelahku. Tapi nyata, tidak ada rasa puas atau gembira yang mengiringi, tetapi kecewa, sedih dan sayu yang mengganti.


Masih belum lewat untuk kita bertaubat

Menilai dosa, walau diri terhina


Aku tahu, ketika itu aku harus tegar berhadapan dengan mereka ------------------> masa laluku. Satu perkara yang aku pelajari, ketakutan dan kebencian itu sesuatu yang harus dihadapi, bukan sebab untuk lari, bersembunyi. Aku belajar untuk tidak gerun menoleh ke belakang dan berani untuk terus melangkah ke hadapan dan nyata, zaman gelap juga waktu kelam itu sarat dengan makna, penuh dengan mutiara. Biar sekelam apa, walau sehina mana, ia tetap bahagian dari hidupku. Kerana apa yang terjadi, itu yang membentuk aku hari ini. Kerana apa yang berlaku, itu yang terbaik untukku.


Redha dan keampunanNya mengatasi segalanya

Sinar dalam gelita harapan terbina


Benarlah janjiNya, Dia yang Maha Pengasih itu tidak akan menguji melebihi batas diri. Yang kemudian itu nanti, akan lebih baik dari permulaan kerana setiap yang susah, pasti… ada kemudahan yang mengiringi. Dan kerana itu, Dia menguji kita dengan kesedihan, demi kesedihan agar tiada lagi rasa sedih juga terkilan bila sesuatu luput atau hilang dari kita. Kini, aku bangga menyatakan masa silam ku, menceritakan masa kelamku kerana keyakinanku hanya satu, tiada kebetulan dalam hidup. Tiada apa yang Dia jadikan sia-sia, tidak bermakna. Tetapi yang ada hanyalah bukti cinta kasih sayangNya pada kita…



“if you forget of what you were, you’d never be grateful of what you are. So be grateful with what you are now, nonetheless before” [hlovate^versus]



p/s1: to let go, is to forget. To forget is to move on. Memories are like mirrors, meant to be glanced on, not to be stuck at, what more to be lived with.


p/s2: hahaa… sounds so very the problematic adolescence kan ? hehee ^^”. Don’t worry; an Arissa was never half bad then, neither what she is; now. It’s just something I brought to be seen as a big deal from a small tiny little thing ------> our past stories; which never meant to be grieved on, but to be laughed at. Cheers, for all the ups and downs in life!



Wednesday, February 9, 2011

limit



Bismillah…

Which one that hurts the most?

To say something and wish you hadn’t?

Or

Not to say something and wish you had?


“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.” (As-Saff 61: 2,3)


Me: Kenapa diam je?

Cik Pelangi: Saya rasa dah sampai limit saya bercakap hari ni. Dah penat bercakap. So, mungkin patut rest untuk hari ni dan diam je.

Me: [Gelak sedekah dua sebelum tengok jam. Baru pukul 12.30 tengah hari. Biar betul nak berhenti bercakap dah?]



Serius. Saya tak pernah jumpa orang pelik macam Cik Pelangi saya. Ada pula limit untuk bercakap sehari-hari?

Anyway, I was somehow had experienced such ‘talk-limit’ stuff.


Penat. Sangat.


It’s not like penat as in you’re sick doing so (because it’s not like membebel for things you don’t like, how things should take place and what not) but, it’s the burden, the responsibility and accountability of WALKING the TALK.


So, is it better for us to keep our mouth shut, sit and take all of the things occurred, bombarded to us just to PLAY SAFE?


Or, better off not knowing anything so that we can be excused for not being able to not only WALK the TALK but, to even talk and tell the words we should’ve been spreading around?


Neither.


We can’t afford of ‘walking by the safe road’ neither being ignorant.


Though we’re afraid of this,


“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Ankabut 29: 2)


He affirmed us with this…


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah 2:286)


After all,

“sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: 94:6)


And He repeated that twice in the same surah, and it’s countless from the whole Koran text.

Cuma, ada satu saja perkara penting yang saya mahu highlight kan di sini…


Improvement.


Dalam hidup, kita mesti mahukan peningkatan… in sense of achievement and things alike.


Dah kaya, nak raya lagi.

Dah cantik, nak lawa lagi.

Dah bijak, nak pandai lagi.

Dah ada degree, nak masters lagi. Eh. Bukan tak boleh menambah pengetahuan. Menuntut ilmu tu disuruh agama. Semoga ilmunya bermanfaat dan memanfaatkan.

Ok. Cukup di situ.


Kaitannya dengan walk the talk notion is like…


Macam kita tahu something yang betul, something yang baik tapi rasa hesitant nak buat atau tak, nak bagi tau kat orang lain ke tak and macam-macam lagi…


Kita takut, what if kita pun tak dapat nak tinggal habit tu, what if, kita ni Miss NATO – no action, talk only. Tak memasal dapat characteristic orang munafik nauzubillah…


Tapi itulah…


We need changes in life. Improvement.. If possible and needed, we need a transformation (dah macam GTP projek pula).


Takkanlah dari kecik belajar baca Al-Quran alif, ba, ta, makhraj huruf and tajwid bagai… nanti dah pencen pun, buat benda yang sama, kan?



Takkanlahlah dari kecik life is like makan, tidur, belajar, pergi kerja, balik and ualng balik rutin yang sama sampai kita tua kan?


We’re even better than that.


Betul susah melawan diri, menentang kehendak peribadi.


Tetapi di situlah Tuhan mahu meningkatkan darjat kita di sisi Dia dengan cara menguji level taqwa dan iman kita.


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali Imran 3:139)


Tahu perkara baik dan penting untuk kita semua tahu, kita sebarkan dan beri tahu supaya kita kuat untuk melakukan apa yang kita sampaikan.


Itu kan satu peningkatan?

Daripada tak berbuat kepada mengamalkan.

Itu kan satu improvement yang best?

Itu kan satu change yang menakjubkan?


Bukan kesan atau natijah yang Tuhan look for, tapi efforts yang kita put in. Kena yakin itu.


“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankabut 29:69)


Misz Nina kata….

‘Whatcha’ waithing for?


Tapi, earlier on, Tuhan kita yang Maha Best dah ajak awal-awal lagi…


“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran 3:133)


Allah hu’Alam.




Friday, December 31, 2010

memoir


Bismillah…

p/s1: hurm, post ini boleh saya consider as something yang kurang ilmiah (dan mungkin panjang juga macam selalu. Susah nak hit the point). Jadi, sila jaga masa anda jangan terbuang sia-sia :)


p/s2: okay, it might sound macam syok sendiri tapi should you able to see and perceive my experience differently and learn something from that, it’ll be most beneficial for us, both. So, let’s once again rethink and reflect. Beforehand, I can suggest for us to be more thoughtful and objective. Prejudge and prejudice are not the attitude of a muslim (^^,) Y. Peace.


p/s: oh, sebelum terlupa, ini post bilingual. Saya harus segera mengembalikan mode speaking kerana tempoh enam bulan duduk di bawah pohon Taugeh dengan seorang sarjana Bahasa Malaysia (my beloved mother, of course) sudah cukup membuatkan saya hampir sahaja menguasai Bahasa Melayu Tinggi dengan kelas pertama (exaggerated).






The new journey begin.


Usai menggeledah PTAR 1 (Perpustakaan Tun Razak 1) lewat tengahari itu, saya dan Lya bertekad untuk pulang sahaja. Tak tahu syaitan jenis apa yang bergayutan di kelopak-kelopak mata kami hingga meja study di PTAR 1 tu nampak seperti bantal dan katil dengan queen size saja. Aizat, si Pemenang Anugerah Timbalan Naib Chanselor sudah menunggu di kedai makan kegemarannya setelah sehari suntuk dikurung supervisor kesayangan di makmal bahasa untuk menyiapkan ‘satu projek rahsia’. Molek benarlah nampaknya.


“Lya, Cha ajak minum-minum kat Hakim”

“Sekarang?”

“Haah”


Siap mengemas, kami berjalan menuruni tingkat pertama. Waktu-waktu begini, PTAR memang lengang. Pelajar senior belum masuk mendaftar lagi. Hanya ada International Students dan pelajar semester 1 yang sibuk menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) sahaja. They looked very sweet in their Baju Kurung and sports shoes. God, that reminds me of what my friends and I have to undergo back then, when we’re pursuing with our undergrad study. I smiled to myself. Now I know why Photograph sang ‘This is How You Remind Me”.


Kami berdua berjalan melintasi ruang yang penuh dengan gambar. I was kinda wondering too, dalam berjuta-juta keping gambar tu, kenapa tak ada wajah saya juga teman-teman?. Ada satu gambar yang sangat noticeable and that reminds me to somebody who posed with that picture in frame. Hehh, she’s seriously nuts. I mean, gila-gila.


“I rasa nak gelak tengok gambar ni. Wawa (bukan nama sebenar) buat pose berani mati dengan mamat ni (pointed to the guy on the wall, I mean, his photo on the wall). I ingat lagi I pakai baju kurung inilah, masa kita tangkap gambar dulu kat sini.” Lya melirik senyum.


“Hehh. Kita selalu sebut-sebut dia orang, kan?” Saya menambah. Hambar seperti selalu.


“Mesti dia orang tersedak-sedak” Lya sudah mengagak keadaan mereka yang disebut-sebut.


Saya tarik senyum segaris. And that was the point which differentiates us. How Lya was so conscious about others’ health and how selfish I am, hoping them to remember me the way I do. Ya, saya sebenarnya sangat maklum, saya bukan ‘event besar’ dalam hidup mereka untuk diingati selalu. Hanya satu watak kecil yang hadir untuk menyempurnakan suatu episode sebelum kisah zaman belajar tamat dan mereka memulakan hidup baru.


Oh, itu bukan kali pertama saya asyik terkenang mereka. Sila ambil perhatian dengan perkataan ‘selalu’ dalam dialog di atas. Pragmatically, I’ve talked about them on, and on sehingga topic mengenai mereka berjaya mendapat sandaran Kisah Hangat Abad Ini.


Time bancuh air…


“Ni, kalau Wawa (bukan nama sebenar) ni, mesti air dia penuh satu mug. Dulu, dia selalu curi air sejuk I”


“Hehh, ni, kalau Nini (bukan nama sebenar) ni, mesti marah kalau I reheat air. Macam mana I sanggup curi air dari heater Feeza (bukan nama sebenar) untuk top-up air Nini (bukan nama sebenar), macam tulah dia sanggup habiskan air satu jag heater ni, tak mahu I reheat-reheat air.”


Time masuk kedai serbaneka…


“Tu, V-soy. Teringat kat kaki botol, Ely (bukan nama sebenar)”


Time makan kat gerai…


Me: Hehee… Lya, kucing telinge…

Lya: Nab(bukan nama sebenar)… (sambil tersenyum)


Time pilih lauk…


“Ni, yang suka buat pop quiz, tanya nama ikan, nama sayur semua ni, Kak Anis (bukan nama sebenar) lah…"


Mudah saja saya lulus dengan cemerlang. If she pointed kat ikan dalam kuah merah, nama ikan tu, mestilah ikan masak merah, bukan? Kalau ikan yang bersusun atas dulang, warna kuning-kuning, tidak syak lagi, mesti ikan goreng. Kalau sayur, rendam dalam kuah kaler putih (bukan jernih) tentulah itu sayur masak lemak. Mudah, kan? Heheee… and of course, Kak Anis (bukan nama sebenar) akan serik untuk menguji pengetahuan am saya selepas itu.


Time basuh baju teringat Along (bukan nama sebenar) dengan Alyuna (bukan nama sebenar) berebut ampaian dan bagaimana kami bertanding, bau pelembut kain siapa lagi wangi.


Lalu tepi Kolej Melati, teringat waktu sharing selepas Maghrib yang sangat best.


Gila bayang. And that’s why I hate Shah Alam dan seluruh isinya. Okay. Over di situ. Masa lalu kadang-kala terlalu indah untuk dilepaskan pergi. Ada waktu kelam yang saya langsung tidak mahu simpan. Terus dengan semua watak (friends, foes, places and dates for sure) saya padamkan dari ingatan, semudah reformat pendrive. Hanya perlu right click dan confirmkan. Dan semuanya hilang. Tapi bukan motosayo dan kawan-kawan study group saya. Saya masih hidup dan bernafas hari ini kerana jasa mereka juga (sudah tentu dengan izin Dia, yang Maha Kuasa, Alhamdulillah).


Kak Yus (bukan nama sebenar), Ely (bukan nama sebenar) dengan Chichaas (Mokmok, Nik dengan Aizat) (bukan nama sebenar) hanya sempat hantar dari pusat kesihatan ke pintu ambulance saja.


Wawa (bukan nama sebenar) dan Motosayo yang seangkatan dengannya (Nini Kay, Along, Alyuna Ayushita dan Feeza Noor) (bukan nama sebenar) sudah sesat-sesat di Klang Valley mengejar ambulance UiTM yang laju membawa saya dengan siren kuat berbunyi. Kak Anis (bukan nama sebenar) dan Nabila (bukan nama sebenar) yang ada di dalam perut van dengan saya cemas sendiri. Hehh…


Mana mungkin saya lupa semua tu…


Kak Anis (bukan nama sebenar) especially… dua semester sebelum itu beliau sudah ponteng kelas ALS422 sebab hantar saya ke klinik atas sebab yang sama. Kali ini, beliau tidur di Hospital Tengku Ampuan Rahimah pula menjaga saya… untuk sebab yang sama … Mujur Kak Anis tak ikut balik ke Ipoh sebelum itu. Kalau tidak, beliau akan membuat rekod hat-trick, menjaga saya di HBI pula.


And now, we’re living our own lives. Bila saya yang terlalu terikut-ikut dengan emosi, rasa macam saya sahaja yang ingat pada mereka (selfish sungguh bunyinya) saya rasa saya perlu mengimbangi keadaan itu. Biar sama-sama saling lupa jika begitu (now that sounds insincere and very secular. Jual ikan [sila baca selfish] tahap tinggi). Baru adil.


Tapi, bukan itu yang islam ajar. islam mengangkat kita untuk menjadi umat yang paling mulia. Ia memuliakan kita dengan kata redha, sabar dan juga ikhlas.

Dia yang Maha Pencinta telah menghantar sang kekasih sebagai murabbi, mengajar kita erti redha, sabar dan juga ikhlas. Justeru, saya harus mengingatkan diri agar tulus menjadi manusia.


Mungkin benar, rindu itu adalah perasaan yang paling ikhlas, kerana bila kita merindui seseorang, kita tidak mengharapkan imbalam materi pun. Dan biarlah kata rindu itu kekal ikhlas dalam erti juga perbuatannya.


Kata Imam Ghazali, seorang sahabat sentiasa ada dan hidup dalam doa sahabat yang lain.


Bukankah doa untuk seorang sahabat itu akan diaminkan para malaikat dan didoakan mereka untuk kita juga agar mendapat kebaikan yang sama?


So, best tak ukhwah? Cantik tak islam?


Makanya, let’s rethink and reflect. Semoga kita terus mendapat hidayah, redha juga ampunanNya.