.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)
Showing posts with label fast. Show all posts
Showing posts with label fast. Show all posts

Friday, July 20, 2012

sindrom suku abad

bismillah...


astaghfirullah al aziim, astaghfirullah al aziim, astaghfirullah al aziim.




mungkin ini sindrom orang yng sudah menjangkau usia suku abad (walaupun sebenarnya saya masih 19 tahun ^^" kofff...kofff..).



hilang semangat untuk hampir semu benda.




oh my, that sounds scary.




well, at least horror enough to know that losing 'semangat' in this sense is almost similar to something like losing the 'himmah' or 'keazaman', 'kehendak' dan ''semangat' (again).




tak remaja langsunggg...!




or shall i say, tak rijal langsuuuunngg..!




ya, saya mengaku, saya memang sorang yang cukup hambar (dan saya okay dengan itu) kecuali pada ketika2 tertentu (contohnya bila teruja betemu hadek2 dalam yuyu atau bila terlebih gula dalam darah errrrr.... =_='') tetapi kali ini, hambar dah sampai tahap tak semngat untuk buat benda yang paling saya suka macam menulis panjang untuk post baru di belog atau baca buku sambil berjalan, mahupun bergayut selama setengah jam dengan puan mariam.




mungkin disibukkan dengan banyak perkara
yang entah lah banyak perkara tu betul-betul dibuat dengan sungguh-sungguh atau tidak.
hanya mampu berharap Allah terima sebagai kabaikan pada sisi Dia.



...






hampir memasuki kebun paling indah dan harum ------> kebun ramadhan, tempat kita berpesta ibadah, inshaAllah.




secara peribadi, saya sangat cuak, cemas dan neves kerana merasa belum benar-benar bersedia untuk memulakan pecutan pada perlumbaan mencari ridha dan rahmat juga ampunan Ilahi ini.




eh, ingat nak masuk exam, nak jumpa supervisor atau nak masak lemak ikan bakar sahaja ke kita perlu bersedia?




ini ramadhan. bulan yang Allah hadiahkan untuk kita supaya kita dapat kumpul bekal banyak-banyak sepanjang 30 hari itu untuk dibawa sepanjang 1 tahun ke hadapan usia kita (andai dipanjangkan umur)





nabi s.a.w dan para sahabat sahaja dan siap-siap sinsing lengan dan bersedia 2 bulan awal lagi sebelum tiba ramadhan (which is dari bulan rejab juga syaaban). Ibnu Umar ra sendiri berpuasa hampir setiap hari pada bulan syaaban.





mereka bukan berpuasa sebab mahu kurangkan 5 kilo berat badan atau mahu praktis untuk tidak terkejut beruk bila memasuki bulan ramadhan ye.




tetapi semuanya berpuasa untuk membersihkan hati juga segala kekurangan diri supaya dapat grab the BEST effects sepanjang ramadhan nanti.








dan kita, di mana?




Y________Y





justeru, saya sendiri sangat obses terhadap apa sahaja yang bertitle ramadhan fobia, takut diri sendiri lari dari trek, tidak bersama-sama dengan sekutu taqwa, hamba-hamba yang Allah paling sayang.




ya, mungkin untuk setiap perkara kita butuh sebab, motivasi atau alasan untuk berbuat.




padahal, belum cukup besar dan bermaknakah untuk Allah itu menjadi punca dan sebab untuk setiap derap langkah juga tindakan kita?




mencari ruh.
memperbaiki jiwa.
menyuluh.
mencari di mana letakya Dia dalam hati kita.




mari plan yang besar-besar dan yang best-best untuk ramadhan kali ini.




amazingly, kalau kita semua perasan, setiap kali tiba ramadhan, bulan yang kita isi masa juga jiwa kita denga alQuran (supposedly), kita akan mendapat kefahaman yang berbeza.




s.e.t.i.a.p. k.a.l.i.




sungguh, tak tipu.




nak challenge hujah saya?




jom kita experimen sepanjang ramadhan ini. tadarus dan tadabbur juga hafal ayat-ayat yang kita dah lama nak hafal. see if kita dapat atau tidak 'treasures' yang Allah janjikan tuh.




selamat menyambut ramadhan





semoga ramadhan pada kali ini lebih baik daripada ramadhan masa kita darjah 3.




semoga Allah bantu dan terima daripada kita semua. amiiin.



kredit




oh by the way,

ini hipothesis saya:

1. puasa akan menjadikan kita (mudah-mudahan) orang yang bertaqwa (al Baqarah 2: 183)
2. ramadhan menjadikan kita hamba yang bersyukur (al Baqarah 2: 185)


dan kalau kita merasa jauh atau hilang arah, mari periksa status doa kita kepada Dia (al Baqarah 2: 186) gulp...!



Allah huAlam




Monday, August 1, 2011

dia datang...


Bismillah…


Alhamdulillah, Alhamdulillah… Alhamdulillah


Allah huAkbar.


Seriyesli, tak terhihtung banyaknya nikmat dan kurnia Dia buat kita. Kesempatan juga peluang yang dia hadirkan dalam setiap detik hidup kita untuk mengenal Dia, mencari erti hidup dan untuk sedar, kembali pada Dia.


Ramadhan datang lagi.


Selalunya verse yang ke 183 daripada surah kedua dalam alQuran ni yang paling femes dituliskan di dinding-dinding muka buku juga yang dihantar lewat mesej pesanan ringkas…


“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu agar kamu berTAQWA” (2:183)


Dan mungkin ia tamat di situ.

Bersambung pula dengan sambutan hangat di bazaar ramadhan, jualan mega jakel, moreh di masjid negeri etc.


Itulah ROH ramadhan di Malaysia.


Hakikat.


Ke?


Allah huAlam.


Si Arissa yang menulis mungkin tidak jauh dari definisi ROH ramadhan di atas.


Arissa-hati besar: Apa nak buat. Dah memang kita duduk di Malaysia. Bukan planet Jupiter atau bumi berkah, Makkah alMukarramah. Pergi dengan arus (go with the flow) ajelah… mana nak lari lagi?

Arissa-hati kecil: Travel lah, backpacking, untuk rasai ramadhan yang hidup tu di tempat-tempat yang tak declare pun Negara mereka tu Negara islam. OZ ke, UK ke… barulah thrill. Barulah ada life…! Macam Fend dengan Chad ;)

Arissa-hati besar: errr… duit dalam uncang magic ada bape sen?. Bercita-cita tinggi itu bagus. Tapi… reality nya sekarang ni…. Nak bayar duit sewa pun kena buat loan dengan inche abah. Apa cerita?

Arissa-hati kecil: and that’s it…? Gi-la L.O.S.E.R.

Arissa: -_- *sigh


Roh Ramadhan


Taqwa


Adakah keduanya perkara yang tidak lain melainkan hanya mustahil dan tidak mungkin semata-mata?


Oh… sudah tentu tidak! If not, takkanlah Dia janji semua tu, kan?


If there’s no such bi’ah solehah (suasana/persekitaran yang baik) CREATE one.


Mungkin perlu mulakan dengan target atau planat.

Macam ni…





Takkanlah aktiviti dan benda lain bukan main sistematik dan canggih tapi tang ramadhan, hampeh kan…?


Mari merancang dan mari melaksanakan sebanyak-banyak ibadah dalam bulan yang penuh barakah juga maghfirah ini.


Semoga ibadah-ibadah yang kita lakukan dapat jadi anak tangga kita menuju TAQWA juga bekalan kita menempuh 11 bulan lain yang mendatang selepas ramadhan ni (kalau panjang umurlah).


Mulakan sedikit demi sedikit tetapi berterusan.


”Undoubtedly, the one who purifies (their soul) has succeeded. And the one who soiled (their soul) has certainly failed.”(91:9-10)


Ramadhan ni macam sekolah. Macam kita akan sit untuk SPM or something dan targetnya mestilah nak dapat straight As dalam test tu kan? Straight As tu la TAQWA, sebagai hadiah mujahadah juga pengorbanan dan kesabaran kita sepanjang bulan ni.


Kita ni pula macam ulat bulu. Or ulat daun. Dan akan masuk ke dalam kepompong ramadhan supaya metamorphosis yang kita undergo tu, boleh jadikan kita rama-rama yang terbang cantik.


Oh, mungkin ada yang tidak tahu, ulat bulu ni akan berpuasa masa proses pertukaran tu. Yelah, dalam kepompong, nak makan apa?


Dengan puasa tu lah dia boleh jadi rama-rama yang paling cantik. Kalau tak sabar etc, mungkin keluar dari kepompong, tak jadi apa pun. Sama je jadi ulat bulu macam asal.


Macam tulah kita. Dah penat puasa, mestilah kita mahu hasil yang best kan?


Mestilah lepas keluar dari kepompong ramadhan tu kita nak jadi rama-rama yang chanteq! Kalau kuar tapi jadi ulat bulu balik (means, habis pose, tabiat jahat dan sia-sia kita kembali kepada asal) kitalah golongan yang rugi tu.


Kalau kuar tu tak jadi ulat bulu, tapi jadi ulat lain… lagi haru!


Mari koreksi diri.


Setiap perubahan memerlukan pengorbanan. Yang penting, setting niat yang betul juga langkah pertama!


Sampai bila kita nak macam ni?


Sampai bila kita nak jalani hidup biasa yang punya hubungan BIASA saja dengan Allah?


Insan A: Tengoklah, kalau betul-betul dah sedia.

Insan Penyibuk: Ya, right~ . Entah sempat ke tidak tunggu sedia tu. Tengok-tengok dah kena soal dengan malaikat Munkar dengan Nakir. Siapa nak jawab?

Insan A: Akulah jawab! Kubur lain-lain hokey!

Insan Penyibuk: Cuba kau cakap macam tu depan Tuhan nanti. Berani ke?


“Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat (Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah karena mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya.” (7:146)


DUSH!


Rasa macam kena penampar jepun. Tepat kat batang hidung sendiri.

Memang nak bagi kena kat batang hidung sendiri pun. Takkan kat batang paip pulak, kan?


Astaghfirullah alAziim.



Semoga tangan yang menulis, juga mata yang pertama membaca lebih ringan amal juga perbuatannya.


Tiada istilah terlambat selagi matahari masih terbit di timur.


Tiada istilah siapa benar sekarang kerana masa hadapan bukan pada tangan kita.


Semoga kita tidak mati, melainkan dalam iman dan islam.


Oh, nak share ni…






Hehh.. cool kan?


Mari sertai mereka yang cool bergaya sepanjang bulan ramadhan ni (semoga terbawa-bawa walau dah habis ramadhan).


Jom ceate WAVE baru.


Orang dok sibuk garu iPad, iPhone dan segala bagai skrin yang gatal, kita garu muka surat tafsir quran kita ;)


Jom jadi Quran berjalan!


p/s: salam ramadhan kareem. Ampunkan salah sialap saya. Halakan segalanya. Semoga kita dapat menemui Dia genagan kegembiraan yang sejati juga jiwa yang paling sejahtera.