Friday, October 10, 2014
can love destroy one's sanity?
mirror
Thursday, October 9, 2014
post thesis submission events
I think I just wanna have something on the post list. Well, to start over after quite sometimes of not writing is pretty tough if I can say.
So, just to kick some momentum here are few events took place after my thesis submission.
I went to this pre-marriage course with one of my bestie. I think we both had a great laugh over the weekend haha. Can't really recall some of the lessons taught but one important take home message is --------->
Monday, April 14, 2014
hutang budi dibawa mati (untuk sisters)
pantun sangat :)
i was just wondering.
you know, how could we pay people's budi (s)?
as the pantun says, if we're indebted others with money, things are quite straightforward.
money can be paid with money
but budi?
or shall i say, others' kindness, compassion and helping hands when we're in dire needs of those.
seriously.
if it is me, i really think only Allah could reward those beautiful souls with the best gift for sacrificing their own interests, time, money and everything in between for this helpless master-jee (referring to myself).
untuk seorang yang penniless seperti saya (kofff...kofff...), i can only afford free things like.....
itu bukan alasan untuktidak berusaha sedaya kita untuk membalas kebaikan orang lain kepada kita.
sungguh.
saya berdoa dan sangat berharap supaya Allah mudahkan saya untuk mengingat kebaikan setiap individu kepada saya dalam senang atau susah untuk saya berusaha membalas dengan harga yang sama (walaupun tidak akan mungkin sama as much as i want it to be).
untuk Toreeqians
yang menangis ketawa bersama
yang mengusung dan menjemput diri ini ke 'tempat yg saya tak nak sebut dalam tempoh dua bulan ni' bila kaki dah tak kuat nak melangkah
yang jadi provider jajan dan pom-pom girls di kala stress memuncak
yang jadi runners rumah and everything bila saya dah tak boleh nak ambil kisah
yang mengurus makan minum dan mandi (sementelah selangor dicatu airnya)
yang jadi sponge untuk ambil semua negativiti dalam diri yang 'period' 24/7 a.k.a emo semedang
dan semestinya, yang jadi tukang 'amiiin' bila every time saya kata:
shafura. ishmah. aidah. wani. fifi. hirayana. bella. maei. syifa. zahiah. nadirah.
(semua ni bukan nama sebenar. sila take note)
moga Allah gantikan dengan firdausi a'laa (bukan bagi yang ada 'jannah' sahaja ya. errr...krikk..krikk)
untuk Badarians, a.k.a team Em as You
yang hampir selalu menjadi mangsa keadaan
yang every time liqa asyik kena psycho
yang jadi talian hayat saat tak tahu mana nak tuju
yang jadi tukang tepuk bahu bila progress tak berapa nak maju
Jiha. k.nira. wani. intan. anis. syidah. k.nad. farah. ati.
(semua ni bukan nama sebenar. sila take note)
moga Allah tsabatkan kita semua. sampai syurga.
untuk usrati & Istajubu's
yang tembak doa tak henti
yang banyak tolak ansur dalam diri
moga Allah ikhlaskan kita semua dan bantu kita untuk memberi manfaat walau di bumi mana kita dicampakkan.
dan individu2 lain yang tak tersebutkan.
supervisors ke dua, ke tiga dan yang ke seterusnya selepas sv sebenar saya:
k.munirah (bukan nama sebenar), yana (bukan nama sebenar), k.asma (bukan nama sebenar), k. niza (bukan nama sebenar), k.sham (bukan nama sebenar).
dan sungguh, kalau bukan kerana nikmat Allah, entah di mana saya.
and Allah knows best.
Tuesday, June 19, 2012
another facet of sayang
bismillah...
sayang 1
---> uissshhh, sayangnya kuah spaghetti tu, buang-buang... membaziiiirr..!
sayang 2
---> sayang la kalau tak pergi... kau ingat harga tiket konsert ni 3 posen je ke?!
sayang 3
---> haiiishh... sayangnya bakat dia tu disia-siakan pada jalan yang mungkar...
sayang 4
---> saya sayangkan awak...sungguh-sungguh, sepenauh hati saya =_= (meloya)
I've also read it somewhere...about another facet of sayang. Things like:
hehh... kelakar juga. dan up to a point rasa macam tak real langsung.
like, hey, come on lahhh.. dengan adik-beradik sendiri pun kadang-kadang sangat berkira kot... dan untuk 'sayang' yang begitu, bukan senang eyh, macam makan takoyaki kat jusco. queue untuk giliran, buat order takoyaki berperisa unagi dan errr... ok.
ada masanya, bila lelah berusaha merebut perhatian adik-adik yang mahu kita ajak utk MLM DnT ni, kita akan hilang rasa.
perlu bersaing dengan segala perkara yang mereka sayang - study, duit scholar, mentor dan seniors yang terpercaya, drama korea, 2 pm, masa untuk berjalan-jalan di hujung minggu dan sebagainya (tu dah banyak habis dah bagi contoh tu...).
dan siapa lah kita, insan yang muncul tiba-tiba dalam hidup mereka, mahu mencuri hati juga perhatian mereka untuk dibawa kepada sesuatu yang 'asing'. (ayat tak menahannnn~)
berbuat, berjumpa dan memaksa diri for the sake of tanggungjawab - atas rasa beratnya menanggung hak syahadah itu.
dan rasa manis hasil dari sayang yang lahir dari hati itu hilang.
tetapi, begitulah... sesungguhnya, hanya hati yang bersih dan penuh dengan rasa sayang hey itu sahaja yang mampu melimpahkannya pada hati-hati yang lain.
betul-betul menguji dan menapis niat kita. benar-benar me'reflect' apa isi hati kita juga keadaan jiwa kita. Allah....
sebenarnya, apa yang lahir dari hati, inshaAllah akan masuk ke hati.
dan tentang this very another facet of sayang,
'abang naqib / kakak naqibah tu, orang yang korang tak kenal, tapi tiba-tiba boleh sayang kat korang'
butuh masa. butuh usaha. dan apabila keadaan hati kita sudah benar dan bersedia, inshaAllah, Dia akan beri. kerana ini soal hati; hak milik Dia yang abadi. Dialah penjaganya.
bahagian kita adalah untuk usaha itu. kerana yang memberi keputusan, hanya Allah sahaja.
bahagian ruhi dan tarbiah diri sudah selesai atau belum?
mutabaah amal masih banyak lompong atau sudah cemerlang bilangan tick nya?
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu
bertemu untuk mematuhi perintahMu
bersatu memkul beban dakwahMu
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah ya Allah ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini...
Tuesday, May 22, 2012
Aseef, I'm 24. dan saya manja.
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
time passed by and it has been couple of weeks since I turned 19 for the 5th time. hehh...
mungkin pada meningkatnya usia, kita akan merasa ulang tahun kelahiran itu hanya sekadar hari biasa. well, at least untuk seorang yang hambar seperti saya :p
sedang usia itu sebuah nikmat dari Dia, yang maha pengasih.
dan nikmat yang paling besar itu apabila hati mula mengenal Dia sebagai Rabb yang menjaga, mendidik juga memberi segala kecukupan.
alhamdulillah, thumma alhamdulillah, thumma alhamdulillah.
dan kata-kata itu tentunya belum cukup untuk mensyukuri tiap nikmatNya.
If I can list them out, one by one, I would certainly come to no end.
tak banyak yang saya ingat tentang ulang tahun kelahiran saya pada kali ini (padahal baru berapa lama kan...seriyes amnesia).
erti manja yang selama ini saya fikir nge-nge (mengada-ngada) in terms of the feelings of reluctant untuk berbuat dan bergerak, tidak mahu penat dan busuk itu salah.
manja itu bila kita salah dalam meletakkan priority. manjakan diri lebih dari hak yang utama yang lebih patut kita penuhi. itu sungguh, sedih.
pada suatu petang, lewat beberapa hari dari ulang tahun saya, seorang mak cik berkongsi taujihat yang menghentak setiap sendi. mengkoreksi semula setiap langkah yang saya ambil, juga kata yang saya ucap.
sejauh mana saya memaknai semua erti hidup yang saya genggam selama ini.
lepas 7 bulan, kita key n the same keywords dan buat the same inter-library loan dengn varsities lain di Malaysia Boleh-land ni... ehhhhhhhhh, DAPAT....?
adakah takdir telah mempermainkan kita?
kalau itulah jangkaan dan fikiran kita, maka sangat dangkallah apa yang kita sangkakan itu... (ayat macam Dewan Bahasa dan Pustaka. Puan Emak pasti sangat gembira jika tahu dan akan suggest saya untuk menulis novel selepas ini. errr)
tapi sedar tak kita, sepanjang 7 bulan yang kita lalui itu, berapa banyak kesabaran, ketabahan, ketekunan, penyusunan strategi dan masa juga setiap ilmu, perbendaharaan dan pelbagai sisi tarbiah yang Allah telah ajari kita?
ya, presenting problematic situations tu, memanglah halangan dan cabaran yang kita nampak. tetapi, deep down, ada satu perkara penting dalam diri kita yang Allah mahu didik dan jaga. perkara itu sangat tersurat.
itu HATI.
kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu..." (Ali Imraan 3:153,154)
best kan...?
tetapi rasa itu hanya akan dapat dimiliki dan dirasai apabila kita melihat dan merasa dengan mata hati yang sedar, bahawa kita ini tidak memiliki apa-apa juga tidak dimiliki sesiapa, melainkan Allah.
itu nikmat hidup bertuhan.
nikmat yang dikecapi hanya bila Allah itu menjadi Rabb kita.
Allah huAkbar, walillahil hamdh.
dan sungguh. semua itu hadiah ulang tahun paling bermakna dari Tuhan, buat saya.
moga Allah redhakan kita semua, juga bantu kita untuk melihat kebenaran, demi kebenaran yang hanya Dia sediakan untuk hamba-hamba yang Dia kasihi.
may Allah make us the people of taqwa. amiiin.
p/s: sanah helwa, arissa.
Monday, May 14, 2012
Travel Log Finale - Semua Cinta Suatu Kedamaian
mungkin tak pernah terbayang di mata, atau terlintas di kepala. berada di sini, pada saat ini dengan mereka yang asing tetapi selalu dekat dalam hati.
pernah juga suatu ketika terasa kehilangan kawan apabila diri sendiri sedar kepada perlunya berubah untuk sesuatu yang baik. kadang-kala teman yang akrab tetapi tidak seiring langkah untuk bersama di atas jalan asing dan melakukan perkara-perkara aneh perlu di jaga batas bersama mereka.
tetapi sungguh benar janji Allah, apabila kita meninggalkan sesuatu keranaNya, akan Dia gantikan dengan yang lebih baik.

nikmat iman, nikmat islam, nikmat tarbiah juga ukhwah yang tidak mampu dibeli atau dicari di mana-mana.
paling terkesan bila mendengar taujihat dari Ummi Ina (bukan nama sebenar) bila beliau berkata, jika Allah mahukan kita untuk terus tsabat, Dia akan mempersiapkan kita. Paling utama, Dia akan menunjukkan satu per satu kebenaran di hadapan mata. Hingga hati rasa gembira bersamaNya, untuk mengenaliNya. kerana pada akhirnya yang akan kekal itu hanya alHaq. dan itulah fitrah kita.
berada di bumi seberang meninggalkan sejuta tanda dalam hati.
dari yang muda saya belajar erti semangat. erti berbuat setulus hati dan berbagi sehabis boleh dengan mereka yang kita kasihi hanya kerana Dia, atas satu ikatan paling mulia, tali aqidah.
memang tidak dapat dinafikan, kadang-kala terlalu lama berada di tempat sendiri juga berkitar dengan insan dan situasi yang sama membuatkan kita jumud. maksud saya, statik dan kaku. sedang jiwa dahagakan sesuatu yang basah juga segar.
dan benarlah bila Dia berfirman untuk kita berjalan dan bermusafir untuk mentadabburi alam, dan belajar dri setiap sudut kehidupan.

jazakillah khair buat adik Nas (bukan nama sebenar) yang menjadi tukang ojek, mengangkut saya ke sana-sini, menahan beban saya yang tidur di belakangnya juga menahan semua perasaannya untuk saya. untuk adik Ila (bukan nama sebenar) yang mengajar saya erti tegar, sabar dan tangkas bertindak. adik wani (bukan nama sebenar) buat indirect lesson untuk belajar berhati lapang. dan seluruh warga Widad, juga yang lain yang tak tersebut. Kalian istimewa dalam hati saya.
Moga Allah kukuhkan langkah kita untuk ke syurgaNya dengan mereka yang kita sayang.
dari yang paling senior (1 tahun je pun hehe) Bu Mil (bukan nama sebenar yang pastinya), saya belajar erti sabar dan tabah. erti berbuat sehabis daya, mengerah tenaga juga setiap yang kita ada untuk Dia semata-mata. tak boleh manja. tak boleh cengeng. dan saya menangis menulis ini buat dia. jazakillah khair kak, untuk sekejapan yang sangat bermakna.
dengan mereka, rakan sebaya, saya belajar menjadi matang. fatin (bukan nama sebenar), teha (bukan nama sebenar), fatimah (bukan nama sebenar), fina (bukan nama sebenar) dan laili (bukan nama sebenar). kadang-kala sangat tidak faham bagaimana kalian dapat selamba dan tenang bersahaja menghadapi ujian Dia. mungkin kerana itu Dia memilih anda semua sebagai yang layak di atas jalan Dia.
Semoga Allah redha dan kuatkan kalian semua di sana.

dan buat dia, yang selalu bersama saya walau jauh, hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan anda.
untuk setiap lelah yang anda sanggupi buat saya, untuk setiap detik yang anda gadai buat saya, untuk setiap wang ringgit yang anda beri buat saya. terima kasih sahabat. kalau tiada saya lagi di dunia, moga Allah gantikan dengan seseorang yang lebih baik buat kamu untuk terus menggapai cinta juga redhaNya atas jalan ini.
bila Allah hantarkan kamu, Dia telah tampalkan juga semua kekurangan saya dengan kelebihan kamu.
semoga persahabatan ini semata-mata kerana Dia dan moga ia kekal hingga ke syurga.
banyak kerja dan tanggungjawab yang menanti.
mari terus kuat bekerja, hey!
Monday, April 23, 2012
dua mimpi
semalam saya dikejutkan dengan sesuatu. entah apa yang ada pada saya, of all the people he knows, I was the he dreamed of. mungkin ia sebuah halisusasi. mungkin juga hanya sebuah mimpi.
abah: wak (pak cik dalam bahasa jawa) nak jumpa yana
me: jumpa? buat apa? kak na bukan tahu jampi-jampi ponn (wak sedang sakit teruk. moga Allah sembuhkan)
abah: dia mimpi yana bedah hati
me: bedah hati? (hati as in liver, memang tak lah.. kalau hati yang ;itu' inshaAllah la kot)
abah: dia kata, yana boleh bedah hati, tapi mak dengan abah tak tahu
me: hehhh~ (memang mak abah tak tahu 'aktiviti malam' saya. nak
dan bila tiba di rumah wak, saya kecewakan dia. sebab saya berterus-terang yang saya bukan pakar hati, tetapi calon master-jee linguistik. ohhh~
Allah huAlam. saya sendiri keliru dan buntu waktu itu harus apa. senangkan hati orang sakit atau berusaha sahaja untuk tidak terlalu biarkan dia berharap?
patutlah saya tak boleh jadi dokter. err...
emak dan adik mimpi yang sama. gigi mereka patah.
mengikut superstition nya (yang confirm khurafat) ada orang terdekat yang akan pergi. saya jadi ngeri.tetapi alhamdulillah dengan tarbiah, saya yakin, ajal dan maut itu ketentuan Tuhan, yang telah ditetapkan waktu juga kadarnya.
dan apabila tugasan kita sudah selesai, kita kan kembali menghadap Dia... itu pasti. hanya hati yang redha mampu men'digest' hakikat perit ini.
bukan semestinya orang yang terlantar itu dipanggil dahulu. boleh jadi yang sedang menulis tulisan yang kalian baca ini adalah calonnya.
dan saya...saya... saya sangat berharap, andai saya insan itu, moga Dia terima saya dalam keadaan yang paling dia redha. dalam keadaan jiwa yang suci tanpa sesal juga noda. mungkin kah itu?
dan kini, saya sedang mempersiap diri. untuk suatu perjalanan yang jauh. dan panjang. sungguh, ini sebuah mimpi jadi nyata (read: dream come true).
boleh jadi saya akan kembali semula, menyambung tugasan yang tertunggak (theses, research designs, data analysis utk pilot study, and most importantly, kerja-kerja DnT saya).
juga boleh jadi, saya kembali, tetapi bukan ke pangkuan mereka yang saya sayangi, tetapi, ke hadrat dzat yang paling agung, yang memilik jiwa ini.
dan itulah doa orang yang berjaulah, bukan?
atas urusan apa pun, moga ikhlas kerana Allah dan dikira ibadah pada sisi Dia...
juga untuk entah kali yang ke berapa, mohon maafkan semua khilaf saya, juga halalkan makan minum saya.
moga kita akan berjumpa lagi, entah bila dan di mana, tetapi, harapnya dalam keadaan yang Dia suka juga redhai :)
p/s: asiif anis, shidah, jiha n k,nira, next time kte pergi untuk urusan DnT pula, ya?
Friday, February 3, 2012
the man i love...
(9:128)
semoga cinta kita bukan palsu, yang hanya bermain di bibir. kerana cinta itu sebuah kata kerja. dan kata kerja itu menuntut kita untuk berbuat, beramal, memahami dan menghayati ertinya.
Wednesday, February 1, 2012
malam yang indah dan manissssssss sekali!
in the name of Allah, my everything, inshaAllah.
okay, i promise to make this short. after all, i have a long 'to-do-list' for my supervisor. kofff.. kofff...!
due to my allergy of numbers and facts, i only remember 2 important dates in my head:
1) 27th January 2012: Mock Defense for Research Proposal
2) 17th February 2012: Defense of research Proposal
that's it. and i forgot about the rest. including what i've tonight somewhere in UPM.
to make long story short, i managed to get myself to UPM after some damage control was successfully done towards my schedule and what not.
and to my surprise, i met my dear guru besar! i mean, headmistress. my real headmistress of al-hidayah school hahaaa (gelak tak sangka. gaya sopan okay)
i was expecting another mak cik there. my dearest jiran belakang rumah. and mashaAllah, she was there! (hey, i'm smiling when writing this... heheeee)
anyway, those figures have really made my day. on top of that, i met all of my maks usrah there and of course, dearest akowat. Allah huAkbar... Allah huAkbar... Allah huAkbar, walillahilhamdh :)

itu je?
it did not stop there. (belum cerita part kuliah yg mengehentak jiwa raga oleh syeikh Jumuah ag eh). remember i mentioned beforehand, i've this loooooooooooooooooooong 'to-do-list' for my supervisor? (well, actually, it wast for her at all. it's my research, so. it's for me then). so i really need to get myself home.
ina (bukan nama sebenar) was very kid to have me berhimpit inside her CLK (cute little kancil) to get back to shah alam (there were 6 of us hokeyyyyyy. can you imagine that?). and this is the peak.
when we were cramping and squatting in and having this chit-chatting and moment of pleasing each other inside the car, one saga was moving slowly, trying to catch us before the main UPM's gate.
adik d: ehh, tu kakak APEX tu kan?
ina: mana? ohh saga sebeleh?
adik w: ehhh dia macam nak cakap something je, dia turunkan tingkap
ina: ye ke...? jap... (sambil turunkan tngkap. mind you, the car is was still moving)
kakak h: nak balik mana ni?
ina: shah alam.
kakak h: kami nak balik shah alam juga, marilah tumpang.
ina stopped by the road, as well as the akh's car (kakak h's husband, and kakak APEX's brother).
so adik d and i went back to shah alam with TOTAL strangers. though adik d knows she's kakak APEX and such, but the truth is, adik d doesn't even know what is the kakak APEX's name! (apatah lagi kakak h dan akh tersebut! ohh, ada baby juga di dalam kereta) and only on our way home we were bertaaruf and such. fuuuhh!!!!
apa masalahnya sekarang ni?
masalahnya, bayangkan, orang yang anda tidak kenal langsung-langsung boleh tumpang kan anda free2, sampai depan gate rumah (okay, rumah saya tak ada gate. tapi adik d ada gate hostel, siap ada pak guard ag).
aneh.
tapi dengan iman dan ukhwah, itu tidak aneh. dengan iman dan tanggungjawab sesama muslim, itu bukan kerja gila, sia-sia. dengan iman dan hati yang dididik dengan tarbiah rabbani, akhlak juga amal itu bukan perkara luar biasa.
dan di dalam kereta, saya belajar banyak perkara. sangat banyak. erti pengorbanan dan juga kesanggupan. ahhhhhhh manisssssssssssssssssssssssssssssssnyaaaaaa!
baiklah. mahu tulis banyak, tentang bicara sheikh jumuah especially. tapi remember my loooooooooooooooooooonggg 'to-do-list'? heeeee okey, that's the cue.
semoga Allah berkahi kita semua, sampai syurgaNya!
Wednesday, September 21, 2011
Nota Pendek Pt.2: It’s Complicated
Pagi itu
Enak mentega kacang bagai menampal retak-retak hati yang luka
Segelas air putih
Tak mampu menjernihkan rasa kecewa semalan yang masih belum beredar
Namun aku
Jelas terpancar di wajahku saat itu kubagaikan hilang arah…
It has been quite sometimes since I have my very last yuyu.
I mean, real yuyu.
Bukan menumpang yuyu kakak lain atau berjumpa dengan ahli yuyu untuk berukhwah etc.
In two or three months time, we only managed to have a proper ‘sitting’ once. Alhamdulillah. At least we’ve got to know each other though it couldn’t be that well for a very fresh, fist ‘sitting’.
This is the test.
Kak Aiza (bukan nama sebenar) has been tested with all sorts of things that we couldn’t have imagine pun.
Knowing her stories, I know it wasn’t easy to cope with her new routines as a mother and houseman at a same time.
Berat. Sangat.
Kasihan sangat kat K. Aiza (bukan nama sebenar).
Jumpa K.Syimah (bukan nama sebenar) and my previous yuyu group members.
Pulang ari
Recharged, alhamdulillah.
K.syimah (bukan nama sebenar) suggested few things which we can do, listening to my current updates about my present yuyu.
Sedih sebab tahu diri sendiri dan adik-beradik yuyu yang lain did very least sepanjang ketiadaan K. Aiza di sisi kami.
Tapi, inshaALLAH, belajar banyak di situ.
Teringat pesan seorang kawan, usrah yang ideal tu tak semestinya mampu untuk jumpa setiap minggu, duduk lutut bertemu lutut untuk mendapat pengisian yang mengoyak-rabakkan hati-hati yang saban hari menuntut ‘lebih’ untuk terus menjadi manusia- khalifah yang sebenarnya hamba. Bukan robot.

Jumpa K. Aiza (bukan nama sebenar) akhirnya!
Sepanjang perjalanan ke Putrajaya atau minggu-minggu sebelum itu, saya masih okay. I mean, emotionally controlled. Good state of mind etc.
Entah kenapa, malam tu, baru saja melihat ke dalam mata K. Aiza (bukan nama sebenar) hati saya terus ‘koyak’. Mata pedih dan selepas bersalaman dan berbalas pelukan, saya terus mengalih pandangan ke arah sisters lain. Dengar suara K. Aiza saja buat saya sayu.
Aneh.
Saya sangka, malam itu akan jadi yuyu air mata.
Because if I started my ‘It’s Complicated’ mood, memang susah nak kawal dan berhenti. Kak Siti(bukan nama sebenar, mama lama) tahu itu haha.

Kak AIza (bukan nama sebenar) keep on apologizing for things which were out of her control pun and we know that.
If I were her, I myself pun tak pretty sure whether or not I can still think about others and my yuyu even.
Inilah usrah sebenar.
Inilah tarbiah sebenar.
Mulanya dari tasbih kifarah yang dulu, hingga ke alfatihah yang seterusnya.
Hati dan perasaan berbaur. Tak tahu, mixed mood.
And I know, it wasn’t the blame game or what not.
Because, in fact, above all, sebenarnya, saya hanya…
R.I.N.D.U.
Ya.
Saya tahu, itu pelik.
Berjumpa hanya sekali (lama dahulu) dan ada sekali (itu pun sekejap) masa Talk IM di Shah Alam and I claimed I missed her.
Boleh kata gila juga.
Ha-ha.
Sebab memang tak kenal mana pun.
Allah huAKbar.
Mungkin ini kuasa doa.
Dia yang mengikat hati.
Dan semoga ianya terus bertaut demi redhaNYA. Amin.
“dan Dia (ALLAH) yang mempersatukan hati mereka (orang beriman). Walaupun kmau menginfakkan semua (kekayaan yang berada di bumi) nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia maha perkasa, maha bijaksana” (alAnfal 8:63)










