Kak X: Okey, kita cuba jalan ni. Akak tak tahu jalan mana yang cepat.
(sambil membuat pusingan U turn yang tajam. Ganas akak ni drive…)
Me: Ohh, okey :)
(saya ikut aja… usah ditanya mana satu jalan yang dekat atau jauh. First, saya fail bab pembezaan jarak. Second, saya tak pernah ingat nama jalan even kat kawasan rumah sendiri. Okey. Tipu. Saya ingatlah nama jalan kalau dah itu alamat rumah saya. Yang bukan, tak ingat)
Kak X: Hahh…? Lumut lagi 90 km? ni, kalau bawa 100 km/j pun dalam 90 minit baru sampai. Kita dah lambat ni.
(Kak X sedikit gelabah selepas melihat signboard kaler biru di sebelah kiri jalan)
Me: -------------->speechless.
( 90 minit? 100 km/j? oh my… pagi-pagi dah kena kira rumus fizik ni. Nombor satu hal, formula… erm, apa pulak rumusnya ni? E=mc2 ke?)
Kak X: Kalau kita ikut jalan yang dari Medan Gopeng tadi mungkin lagi dekat kot. Haissh… kenapalah pak cik tu kata jalan ni dekat?
Me: ---------------------> erks… speechless lagi.
(Nak kena ingat jalan pula. Adoii… sudahlah I’m the only person who can get lost in her very own hometown… Akak ni pakai acara ingat nama jalan pula… nak tanya short cut lagi?)
Kak X: Eh, betul ke jalan ni? Kenapa kita tak lalu highway? Ni dah masuk rumah-rumah orang ni. Tak kira.. I nak tanya jugak abang tu.
(berhentikan kereta di bahu jalan dan terus keluar bertanya kepada sekumpulan pemuda yang nampak gayanya macam baru bagun tido tapi dah melepak kat luar rumah. Uishh akak ni… memang otai! Kalau saya, saya rela ke kampong sebelah untuk bertanya daripada kena tanya a group of guys yang menggerunkan itu)
Me: Betul ke kak? (setelah beliau kembali ke tempat asal)
Kak X:Heee... macam dah betul. Tak apa lah. Kita tawakkal.
(dengan ucapan bismillah, Kak X masuk gear 1 dan keluar ke jalan besar)
Agaknya macam tu lah gayanya bila berjalan dengan cikgu fizik :) heee ** menarik. Sangat menarik. Alhamdulillah… lebih ramai orang yang kita jumpa, kita kenal, lebih banyak ilmu dan pengalaman yang kita timba. (tak tahu kenapa tak guna besen ke, gayung ke… ini, timba?)
Tahukah anda bahawa setiap orang di sekeliling kita adalah asset kita?
Wahh… trivia pula di pagi hari (be it, middle of night and what not…still, it’s pagi hari in this entry). Again, ini bukan cerita tentang economies of scale etc, pakai acara asset, liabilities, mortgage bond segala :b heheee ^^. Tapi, suka atau pun tak, memang life’s all about economics thingy. Only on the graphs part we don’t bother much. Opportunity cost, making decisions (arts of choosing) and generating more profits than loses are parts and partials of life.
-------> okey. Ini sudah berbunyi crappy daripada yang sepatutnya. Serius, dong… <-------
Orang ramai adalah aset in a way…. Humnn… bagaimana ya? Oh, ia perlu kepada suatu hobi aneh. Ya, tidak semestinya hobi. Mungkin saja ia adalah suatu keperluan. Apakah…?
Tad-da…! (sila baca dengan gaya excited)
Observant. Itu saja. Humn.. mungkin ada yang menyoal bagaimanakah? Kenapakah? Mengapakah? Etc etc etc… tapi, memang kita perlu menjadi pemerhati. Daripada duduk mengelamun and ended up as a ‘blur sotong man’, being an observant is much better :)
Hummn.. ia bukan anjuran saya semata-mata… mari kita tinjau ini…
"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)" (3:137)
rehat tiga minit...
"Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun" (4:49)
"Perhatikanlah, betapakah mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang nyata (bagi mereka)" (4:50)
"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al Kitab? Mereka percaya kepada jibt dan thaghut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahwa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman. Mereka itulah orang yang dikutuki Allah. Barang siapa yang dikutuki Allah, niscaya kamu sekali-kali tidak akan memperoleh penolong baginya" (4:50,51)
"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur'an? Kalau kiranya Al Qur'an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya" (4:82)
"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu), telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain" (6:6)
Okey. Nampak kan? Well said, sebab kalimah agung ini bukan dari siapa-siapa, tetapi dari DIA yang maha mengetahui lagi maha memiliki… Allah huAkbar.
Makanya, marilah kita terus memerhati. Emm, bukan setakat buat eksperimen di makmal saja perlu buat pemerhatian, bahkan bila kita berjalan-jalan atau bersia-sia (bersiar-siar sebenarnya), kita perlu memerhati. Sebabnya…
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" (3:190-191)
Jelas kan? Kita bukan setakat boleh memerhati kerenah manusia, belajar daripada good and flaws of others (diri kita sendiri terutamanya), bahkan daripada alam itu sahaja, sudah terlalu banyak untuk kita renungkan, fikirkan dan ambil pengajaran, inshaAllah…
Akhirul kalam, mukmin itu bicaranya zikir, diamnya fikir… (mari renung2kan dan beramal!) Allah hu ‘Alam (-_+) Y
p/s: Hey, rumus untuk jarak vs kelajuan bukan E=mc2 (ini einstain's untuk atom danteori big bangnya)
---> Thanks ya Allah, I found so many treasures and happiness to be cherished along this way; the very path which I left once before I realize, it’s all that I need
semakin pandai menulis! terer dah nampaknya.. sangat2 suka! :) rasa mcm awak tengah cakap..
ReplyDeletesaya belajar dari kamu :) terima kasih ya :))
ReplyDelete