Mengejar mulia tetapi mengambil hina
Mengetahui haq tetapi mengambil batil
Hidup tidak pernah sekejam itu
Mengapa menzalimi diri?
Mahu ditunggu apa lagi?
Bila kitab-kitab diangkat
Bila pintu-pintu ditutup
Bila rahmat tidak lagi mendahului murka
Mahu ditunggu apa lagi?
Bila bicara nanti dihakimi
Bila tingkah nanti diselidiki
Bila niat nanti yang membantuti
Mahu ditunggu apa lagi?
Bila manusia tidak mampu memberi
Bila amal tak mampu melindungi
Bila yang dipuja langsung tidak memanfaati
Mampukah kau menghadapi detik itu?
Mempukah kau mengharungi hari itu?
Demi Tuhan yang mengajar melalui pena
Demi Tuhan yang mengajar dengan namaNya
Demi Tuhan yang maha suci dari segala persangkaan hamba-hambaNya
Bertegaslah
Berpendirianlah
Ambillah sikap semuda-muda usia
No comments:
Post a Comment