.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Tuesday, January 31, 2012

mencari erti





in the name of Allah, my everything inshaAllah.



Situasi 1


"Baiklah, kita semua akan main game taaruf, macam biasa tu lahh..."
Kak Fiza (bukan nama sebenar) mengawal keadaan dengan mencari perhatian semua yang hadir. hanya dia yang mampu bercakap sambil tersenyum. subhanallah. manis sungguh.



"Sekarang, semua kumpul ikut kaler tudung..."
maka, bertebaranlah para peserta mencari rakan-rakan sekutu. maksud saya, kutu dalam erti kata kebersamaan warna tudung tadi. sekian.



"semua dah jumpa? okey. sekarang, masing-masing taaruf dan tanya satu sama lain... kenapa atau apa yang membuatkan antunna semua masih kekal di atas jalan ni...."
dan aku terpaku. kekal di atas jalan? satu demi satu wajah di sekeliling aku pandang. tetapi tidak ke dalam mata mereka, kerana aku bimbang, hilang macho andai tertangkap menangis nanti, bila itu memang selalu berlaku pun. hehh...dengan mereka, karekter macho dan cool aku mudah sekali terhilangkan. cis.




Situasi 2


"Jadi dah berapa lama join 'bisnes' ni?"
kata 'bisnes' itu aku tukar. kamu tahu kenapa. kerana D dan T itu, sungguh, dua kata yang besar dan berat. senyuman segaris tanpa rasa aku ukir. neuron dalam kepala agaknya ligat melompat mencari sambungan kepada 'file' yang ada menyimpan 'maklumat' kepada soalan Kak Ijun(bukan nama sebenar) yang memandu di sebelah.



"berapa lama ya? 3 tahun? 4 tahun?"
aku teragak menjawab. ohh, perkara nombor dan data yang sewaktu dengannya memang susah aku hadamkan.



"Lamanyaaa..."
dalam syukur, ada rasa sayu yang tersembunyi. Kak Ijun (bukan nama sebenar) di sebelah turut terdiam. mungkin mengingati momen-momen berharga dalam hidupnya.




***



setiap kali saya berjalan, menaiki bas, berhimpit di dalam komuter atau menunggu di perhentian sambil melihat mereka di sekeliling saya, pasti ada satu persoalan yang berlegar dalam fikiran saya...



"Kalaulah, aku tak kenal DnT, agaknya macam manalah aku sekrang ni..."



entah, entah... aku tengah baca remaja sambil tiru gaya tudung terkini? hana tajima ke, yuna ke ape, entah. ke, dah tak pakai tudung?


entah, entah... aku tengah bersembang benda-benda yang tak berfaedah? sambil cakap kuat-kuat atau gelak terbahak-bahak?


entah-entah......... AHHHhhh!








dan saya tidak mampu untuk terus membayangkan pelbagai lagi perkara buruk yang lain. itu semua menakutkan.



andai saya ditanya,

'kenapa kamu masih (alhamdulillah) di atas jalan ini?'

kerana hidup ini umpama sebuah perjalan untuk mencari erti dan memaknai erti tersebut. dan saya temui erti itu di atas 'jalan DnT ini'. dan hidup ini adalah untuk aku penuhi untuk memaknai erti tersebut.



saya kira semua antara kita mencari erti hidup ini. dan mungkin kita semua sudah menemui makna tersebut.



erti hidup atau hidup yang bererti?



bermaknakah hidup andai diisi dengan perkara buruk lagi sia-sia? bermaknakah hidup andai mengejar perkara yang tidak kekal lama? bermaknakah hidup andai dihiasi dengan fatamorgana? bermaknakah hidup andai apa yang ada di dalam kepala dan hati itu perkara-perkara sepele dan remeh?




baiklah. cukup segmen QnA. ini bukan mock defense atau kuiz perdana ria. eh. macam familiar.
haha. -_-"




andai saya ditanya, again,

'kenapa kamu masih (alhamdulillah) di atas jalan ini?'

hakikatnya, itu berlaku di atas kehendak Dia, inshaAllah, alhamdulillah.







video



untuk mengharungi badai, kita harus terus berjalan. bukan berhenti.
dan untuk terus berjalan, hanya dua hal yang harus dibawa.
keyakinan. juga cinta.
- Buya Hamka -




p/s: sanah helwa utk sahabat sejati, cik liyana mohd subri.
Dia tahu siapa kamu dalam hidup saya.
semoga Allah berkahi kamu. selamanya.












Wednesday, January 18, 2012

syukur. tak perlu kata apa-apa



In the name of Allah, my Everything, inshaAllah.


Saya tidak begitu gemar untuk memulakan bicara dengan sesuatu yang berbunyi tuduhan melulu atau seperti kenyataan yang berat sebelah. Makanya, untuk membuatkan perasaan saya okey, saya akan katakan bahawa ayat seterusnya yang bakal saya tulis ini adalah hasil daripada pemerhatian dan evaluasi saya, yang tentunya tidak akan sama dengan mata atau hati lain yang turut memerhati.


(nota: cik puan arissa gemar memerhati orang dan keadaan sekeliling sebagai sumber hiburan di waktu lapang. Aneh kan?)


Kes Senario – bual-bicara ahli rumah yang sudah tamat kontrak perjanjian dengan tuan tanah.


Tukang Tanya: Macam mana dik? Dah ada rumah ke nak move in?

Gadis P: Belum lagi. susah lah kak. (stress)

Tukang Tanya: Eh, rumah hari tu, tak ok ke?

Gadis P: Lapas tengok rasa macam tak sesuailah. Entah, rasa macam tak boleh nak study duduk situ.

Tukang Tanya: Laa, yeke?

Gadis P: Akak untung lah, semua dah ada.

Tukang Tanya: *senyum*tak perlu kata apa-apa.

Sounds familiar? Jangan…perihal ini tiada kaitan dengan yang masih hidup, pengsan atau yang sudah kembali menemui pencipta. Ini situasi, hasil rekayasa sahaja. Sekian.


Agak-agaknya, ada ke manusia di muka bumi ni yang dapat semuanya dengan mudah dan percuma?



Well, maybe we’ve never heard of cases like Prince Charles or anak perempuan Ketua Menteri Sarawak Negeri di Bawah Bayu were struggling hard for their needs and necessities in life. Ade ke pernah baca Edward Cullen menggagau cari rumah sewa di hujung semester pembelajarannya? Tak ada kan… sebab mereka semua golongan istimewa yang sudah Allah tetapkan rezeki yang baik, dari keuarga yang tidak perlu bersusah untuk hidup. Tetapi masih, ada bahagian lain untuk mereka sebagai ujian Tuhan, Allah huAlam.


Argument saya adalah mengenai keadaan kita, orang biasa-biasa yang hidup melata atas bumi Tuhan ini.


Agak-agaknya Tukang Tanya di atas tu, tidak melalui susah-payah ke dalam hidup sebelum Gadis P boleh claim si Tukang Tanya itu sebagai seorang yang begitu beruntung, tidak lagi perlu bersusah payah mencari rumah sewa dan punya segalanya?

(when above all, sebenarnya Gadis P tak berniat apa-apa pun bila berkata sedemikian. Harap maklum)

Macam kita membaca research articles, master thesis atau PhD thesis. Baca senang je. baca je. dan bila baca, rasa macam senang je kot orang tu tulis.


Agak-agaknya, boleh bajet tak bagaimana proses penulis tu memerah otak, tidak tidur malam, stress jumpa supervisors, laptop rosak, krisis rumah tangga, kenduri sepupu, konflik dalaman, masalah kewangan, kekurangan dari segi pengangkutan, nak print drafts dan articles, mengejar dan dikejar DEAD line dan lain-lain lagi yang dia terpaksa lalui sebelum dia dapat menghasilkan that very piece of writing?


Dan kita mahu mengambil jalan mudah dengan melihat dan menilai hasil penulisan itu sebagai suatu nasib baik sahaja. Atau untungnya nasib si penulis tu boleh menulis tanpa memikirkan apa DI SEBALIK semua itu.


Amboi, Amboiiiiiiiiiii.


Eh, emosi pula.


Mungkin. Mungkinlah, ada kawan-kawan yang membantu atau apa sahaja bentuk pertolongan yang kita dapat untuk memudahkan segala urusan kita. Dan semua itu berlaku atas izin Allah juga.


Hasil yang kita dapat dari usaha itu juga atas ketentuan Tuhan juga. Logiklah. Usaha, dapat. Tak usaha tapi dapat, nasib baiklah tu. Tak usaha dan tak dapat, memang padan muka. Eh, ini bukan saya yang kata, saya hanya quote Inche Fadzli Yusof dalam kitab Kuasa Sukses nya sahaja. Sekian. Jangan marah, nanti kena jual (senyum, sambil kenyit mata).


Oh, pokok pembicaraan saya, satu sahaja.


Syukur.


Syukur atas apa yang Allah sudah lengkapkan dan sediakan untuk kita. Satu tangan sakit, masih ada anggota lain yang masih berfungsi. Paru-paru masih boleh bernafas, mata masih boleh melihat, telinga masih dapat mendengar etc. tetapi hanya tangan satu yang sakit itulah yang kita keluhkan, yang kita bisingkan.


“kenapa tangan saya sakit?”

“susahnya tangan ni sakit, apa pun tak boleh buat”


Etc, etc ,etc.

Sebelum ni, tangan tu okay, adakah kita pernah bertanya kenapa tangan saya okay?

Teeettttt….!


Kalau mengikut kes studi di atas, dalam semua rasa, Syukur itu sebenarnya yang paling utama.

Tak dapat cari rumah sewa lagi, Syukur masih ada tempat untuk berteduh atau kawan-kawan yang mahu membantu. Syukur, sebelum ni pernah rasa nikmat ada rumah, tak jadi homeless yang duduk bawah jambatan. Eh. Over.


Dan selepas itu, berusahalah. Tak akan ada perkara yang indah datang bergolek. Tak ada nikmat yang datang percuma. Usaha itulah bayarannya, dan semoga Allah sahajalah yang membalas semua itu dengan ganjaran yang lebih baik.


‘Penutup bagi setiap kesusahan itu adalah sabar. Dan penutup bagi setiap kesenangan adalah malas – Saidina Ali Karamallah huWajhah.


Above all, untung pada sisi Allah itu yang paling penting. Mari evaluate diri kita, sejauh mana kita berbuat mengikut skema dan standard Dia?


“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.” (5:35)

“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (42:20)




video



Thursday, January 12, 2012

Change.





In the name of Allah, my Everything, inshaAllah.


Whether or not we’re realizing it, people are changing with time. We’re doing it. People around us are doing it. More often than not, the changes we’ve made or going through in life are difficult to do.


Uhh, because no man is an island, no matter what we do there’ll be critiques and criticisms from those hearts and eyes who evaluate us and usually the verdicts would turn us down. But well, that’s the challenge.


Bring them back to Allah; the changes, the results and the side effects. May the journey made easy so that at the end of the day, it’s Allah’s love and bless that we will gain and that is


i-k-h-l-a-s


p/s: I’ve changed my tenderness of desire (TD) to ‘remember M, remember E’ theme. Kak O (bukan nama sebenar) said, TD has really, negative connotation and I took after her advice because my eyes could not see everything. And my way of thinking may hinder me to see certain facts that I’m not aware of.


Well, remember M, remember E has a cute and strong connotation though.


video