Hari itu hari
terakhir saya bergelar
Muallimah Muna (bukan nama sebenar). Perasaan
berbaur. Pernah suatu ketika saya begitu
tertekan bila tidak dapat mengawal kelas (tak tahu jika
classroom management itu penting).
Muallimah Faridah selalu risau yang anak muridnya seorang ni semakin kurus (eceyhh masa belajar dulu, tensi bagaimana pun,
makan lalu juga).
Suku masa pertama…
Murid 1: Muallimah, Syuib (bukan nama sebenar) jatuhkan beg saya!
Me: (berhenti menulis di papan putih). Oh, awak jatuhkan sajalah beg dia balik.
Murid 1: (terus ke belakang dan jatuhkan beg Syuib). Muallimah yang suruh!
Seisi kelas: Terkesima.
Kurang lima minit seterusnya…
Murid 2: Muallimah, Danish (bukan nama sebenar) kata saya b&*#$h!! (sambil menangis)
Me: (Berhenti menulis lagi. Kali ini sedikit geram) Awak cakaplah dia balik…
Murid 2: b&*#$h!!
Seisi kelas: Tertegun.
Seminit kemudian…
Murid 3: Muallimah….!! Irfan (bukan nama sebenar) ambil pensil warna saya….!!
Me: (Berhenti menulis. Kali ini rasa macam kepala dah mula berasap) Irfan…! Letak balik…!
(Satu kelas terdiam. Suara saya sudah naik 3 oktaf)
Baru je mula menulis…
Murid 4 dan 5: Muallimah, nak duduk kat sudut bacaan…?
Me: (diam berfikir 5 saat) Okey. Jangan bising. Siapkan latihan yang muallimah bagi ni…
Murid 4 dan 5: YAYYYY…!! (belum seminit, dia orang dah main smack down kat sudut bacaan tu)
Me: … Blur…
Hah-ha… kelakar ke? Tak tahu lah… well, at first saya rasa apa yang saya buat tu macam cool. Memang saya jenis malas ambil port (kesan jadi indifferent). Tapi bila fikir balik, rasa macam contoh yang tak baik. Ini bukan kes qisas… buat apa dibalas yang sama… ini soal mendidik hati-hati kecil agar menjadi sensitive pada nilai agama dan juga lebih mengenal tujuan dan erti hidup. Lepas hari tu, saya memang insaf, tak main lagi kes qisas2 ni… dan sebab itulah juga saya kena ganti pembaris panjang kaler kuning (yang cikgu-cikgu BM guna untuk buat garisan skema kat papan putih) kat kelas 4 Ilayasa’… heaven~
Ohh, waktu kian suntuk. Peperiksaan akhir tahun tinggal 2 hari sahaja lagi. Saya yang asalnya datang mahu menolong suka-suka terpaksa menggalas tugas yang lebih penting. Ada 3 lagi subtopics perlu dihabiskan. O-M-G….
Hari tu, betapa saya sangat berharap Muallimah Jamnah akan muncul pada keesokan harinya untuk sambung mengajar kelas yang sedikit ketinggalan itu. I was seriously crossed my fingers hard, praying for miracles to happen. But it didn’t. hah-ha!
Bayangkanlah, jika ada dua masa mengajar, satu masa habis main aci kejar dengan kanak-kanak tu dalam kelas? Bila pula nak habis cover syllabus? Memang heaven~
Serius saya bimbang. Mana tanggungjawab dan mana pula skill saya mahu beradaptasi dengan cepat untuk mengawal kanak-kanak hyper aktif dan bijak-bijak belaka ini… sampai satu tahap saya rasa give-up. Turn off. Mahu diapakan lagi dengan kanak-kanak ini? Saya tidak punya banyak masa…
Tapi, saya teringat sesuatu.
Setiap apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita. Allah tetapkan saya di sini, dengan keadaan begini, itu yang terbaik. Bukan urusan saya mahu memastikan setiap murid itu mendapat apa yang saya ajarkan. Bukan urusan saya mahu memastikan setiap murid itu faham bulat-bulat apa yang saya ajarkan.
Itu semua kerja Allah. Apa yang penting -------> saya berusaha sehabis daya, sekreatif mungkin, hasilnya, impak juga dampaknya, di tangan Allah juga.
“Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.” (3:160)
Dan begitulah hingga ke akhirnya… kebergantungan kita kepada Dia yang menjawab segalanya. Semakin banyak yang kita serahkan kepada Dia, semakin ringan beban yang kita galas (macam hypothesis sc tahun 4 pula).
Tapi, Muallimah Faridah selalu sahaja mengingatkan agar kami (para pendidik) untuk kembali merenung diri. Ada kurang atau salah apa pada diri kita sehingga anak-anak murid sukar mahu mendengar kata dan sukar dididik… harus kita bimbang bila kejahilan juga ignorance kita menjadi sebab orang lain terzalimi. Jangan kerana sikap dan peribadi kita, hak-hak (ilmu dan juga hidayah) mereka terhijab. Benar, Allah itu maha adil dan maha pengasih dan tidak pernah zalim.
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (4:32)
So, mari koreksi diri…
Semoga saja tangan yang menulis dapat menggalas apa yang ditulisnya…Amin ya Robb…