.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Saturday, November 13, 2010

tenderness of desires






Tenderness of desires = muna liyana

Seriously; Meaning lies with people and it doesn’t really has to stand on its own. It’s my name and it’s me to bring about the meaning.


Muna itu cita-cita. Samalah juga ertinya dengan keinginan atau desire. Muna liyana itu tenderness of desire. Tapi bukan niat saya untuk membahaskan apa maksud muna juga apa ertinya liyana. Cuma belakangan ini, terlalu banyak yang berlaku hingga sampai di suatu tahap saya rasa….


I’m a person with no ambition. Hehh… macam Zati lak, gembira bila tak ada cita-cita lagi (well, Zati has her very own right of feeling so, she’s only 12 after all… while me? Hahaa)


Selalu aja saya berharap hidup ini tidak punya banyak pilihan. Macam kalau kita ke kedai untuk membeli beg kertas buat isi jajan untuk diberi kepada kanak-kanak yang datang ke kenduri kakak kita kahwin (tak tahu apa relevan nya analogi ni). Kalau puan kedai tu cuma ada satu jenis beg kertas saja, kan mudah kerja kita. Masuk kedai, beli je beg kertas yang sejenis tu sebab dah tak ada pilihan lain. Tak perlu nak argue beg mana yang cantik tapi murah, beg mana yang nampak murah tapi mahal harganya. Tapi mak kata, kalau semua nya sama, standardized, itu komunis. Hehh.. betul juga.


Manusia begitulah. Memang kita diberi pilihan dan kerana pilihan-pilihan kita itulah kita akan diganjari. Makanya, pilihan-pilihan yang terbentang luas di depan mata, usah dipandang enteng. Cuba tengok pokok, memang pokok tu tak ada pilihan . Hari ini dia nak jadi pokok padi, esok dia nak tukar jadi pokok rambutan pula. Pengsanlah para petani tak kira yang moden atau yang veteran. Kalut satu alam kalau hari ni penoreh getah toreh getah, esok pokok getah dah jadi pokok kaktus pula. (ok, rasa macam dah digress sangat)


Pokok dan haiwan Allah ciptakan untuk manusia… mereka tidak punya pilihan tetapi hanya tunduk dan patuh pada Sang Pencipta. Setiap masa mereka berzikir memuja-muji Allah, siang dan juga malam mereka. Manusia? Again. Kita diberi pilihan. Mahu ingat Allah setiap saat dan ketika, atau tidak… mahu pilih jalan yang lurus atau tidak…


“dan (demi) jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),


maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,


sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu,


dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” (91:7-10)


Oh, sebenarnya mahu bicara soal cita-cita. :p heee


Saya nak jadi doctor… sebab mak nak saya jadi doctor. Makanya, saya akan pursue untuk masters then PhD inshaAllah (semoga disampaikan). Dulu mahu ambil medic, tapi Allah tahu saya geli lain macam dengan penyakit dan jenis tak sampai hati. Lalu, Dia tempatkan saya di tempat yang lebih baik, Alhamdulillah. Selalu buat pede aja bila tengok CSI atau Grey’s Anatomy. Faking myself.


Abah mahu saya jadi pegawai tadbir diplomatic. Makanya, saya ambil ujian SPA untuk jawatan PTD Gred M14 dan harap-harap dapat ke peringkat seterusnya..aminn


Saya sendiri?


Saya tak berharap banyak dalam hidup. Cuma satu sahaja cita-cita saya ----------> saya mahu redha kedua orang emak dan abah saya. Supaya saya dapat redha Rasul SAW yang tercinta dan juga redha Allah yang paling utama. Mudah saja untuk ditulis, utuk diperkata. Sukar untuk dilaksana tetapi tidak mustahil untuk dikecapi. inshaAllah..


“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya” (2:207)

Hey, kamu juga boleh berharap yang sama!

Seorang kakak dan juga sahabat setia pernah berkata,


“Berharaplah, kamu akan menuju apa yang kamu harapkan itu”


See?

Orang Penan kata…


“Dream BIG DREAMS because small dream has no magic” hehee ^^


Hey, ingat, percaya itu berharap :)

4 comments:

  1. ingat x natrah slalu tlis
    imagination is power than knowledge...
    alahai,rndunye ngn kwn2 ta'ayhku...

    ReplyDelete
  2. abi: hehee yep, akmal aiman selalu begitu :)
    rindu semua... murni asmak natrah ainaa abi jugak eheee ^^

    ReplyDelete
  3. the devil u know huhu =)

    cita2 mencapai redha tuh is a big dream...dgn redhaNya jugak kite ditentukan ke syurga or not kn...

    moga terus menggapai cita2 =)

    ReplyDelete