.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Thursday, June 23, 2011

Pre-dept


nota: tajuk tak ada kaitan dengan kandungan.


saya pernah baca, orang mukmin tu, suka kalau ber’jaulah’. Maksudnya bermusafir atau berjalan sebab harapan mereka, mereka ingin mati syahid ketika dalam perjalanan. Antara pesanan mereka kepada yang tinggal termasuklah…


“doakan saya syahid, ya”


Suatu hari, saya temankan mak untuk mencuba pakaian. Masuk ‘fitting room’ berdua sebab dengan keadaan kaki mak yang baru mahu pulih dari retak akibat terjatuh di sekolah dulu (sebulan lebih hey cuti. I mean, MC) memang tak mampu nak membongkok dan berdiri sendiri.


Me: Mak, arwah Embah (panggilan nenek dalam bahasa jawa) dah pergi Mekkah?

Mak: Dah. Tujuh orang dulu, naik kapal. (maknanya, pergi bertujuh)

Me: Ohh… (sambil masukkan kaki seluar)

Mak: Tapi balik enam orang je.

Me: hahh..? kenapa?

Mak: yang lagi seorang meninggal kat sana. Orang kata, kalau pergi Mekkah, tak boleh dalam bilangan ganjil.

Me: ohh… habis tu, kita pergi tiga orang? Kak Na (bukan nama sebenar) nak tinggal la kat sana. Mak balik dengan abah je ea.

Mak: Hey, itu buat hajilah. Lagi pun kakak kan nak tolong mak kat sana buat umrah.

Me:


Saya dengar, bila tugas kita sudah selesai, kita kan dipanggil Dia untuk tinggal di sisiNya. Bukankah mati itu syarat untuk kita bertemu Dia?

Tapi kerja saya….

  1. Yuyu adik-adik MSU
  2. Yuyu keluarga di UiTM
  3. DF sahabat-sahabat seperjuangan
  4. Paper untuk Translation Conference
  5. Proposal master-jee
  6. Profile Dr.O+ make up SKS working hours
  7. Sidai kain


Banyak lagi yang tak selesai. Hailaaa~

Tapi, mati itu PASTI. Hidup itu, inshaALLAH bak kata Mum. Hehh… so, saya masih ada harapan.



“Doakan saya syahid ya!”



p/s: tolong maafkan salah juga khilaf saya. Saya manusia biasa yang selalu mencuba untuk menjadi luar biasa (though more often than not I appear weird).minta halalkan semua ya



semoga awal hingga ke hujungnya kerana DIA.

"wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bersusah payah menuju Tuhanmu maka PASTI kamu akan menemuinya " (al-insyiqaq:6)

1 comment:

  1. mahu syahid juga bersama kamu

    tapi Allah pasti akan pilih hambaNya paling layak untuk mati yang paling mulia kan?

    T______T melihatkan keimanan diri dan kesolehan diri yang tak seberapa...

    *menangis belakang pintu*

    ReplyDelete