Bismillah…
Cinta Ini, Membunuhku…
Baiklah, saya tahu, ianya agak keterlaluan. Tetapi cinta ini menuntut semakin banyak daripada saya. Masa. Tenaga. Wang. Juga kasih-sayang saya kepada yang lain.
Then I see you standing there,
Wanting more from me…
And all I can do is, TRY…
You = Inche Proposal -_-“
Saya mengadu kepada Kak O (bukan nama sebenar), kerja saya di siang hari membuatkan saya tidak punya masa langsung untuk Inche Proposal. Dahulu, sewaktu bekerja di bawah Dr. Aini (bukan nama sebenar) saya masih punya banyak waktu senggang. Kini, bila bekerja bersama Kak O di bawah Dr.O (nama sebenar haha), jangan harap. Waktu minima 24 jam sebulan sudah melampaui limit!
Pagi sampai petang kerja. Malam dengan night life dan bila tiba di rumah, malam sudah lewat. Kalau bukan pukul 11, pukul 12. Nak buka research articles dan journal, memang mimpi lah. Tertidur depan lappy dengan keadaan yang tak pernah bersedia tu, biasa..
Inche Proposal? Dia sudah jadi perkara yang hampir dilupaka sehinggalah saya sedar, saya tidak punya banyak masa lagi! Satu semester sudah berlalu. Sekian banyak tajuk dan area of interest bertukar ganti, masih belum selesai.
Siapa kata buat research in Applied Language Studies tu mudah?
Cubalah sekali.
(padahal, diri sendiri yang kata benda ni macam kacang goreng je T___T hukk hukk)
Kak O: Akak rasa, ko kena berhenti jumpa kawan dan keluar malam-malam.
Me: ehh…! Mana boleh, kak! Muna ada night life!
Kak O: yelah, ko kalau tak ada kawan, boleh mati kan? (without knowing what kind of night life I have)
Me: Heh… agaklah.
Memang boleh mati.
Apa erti saya hidup, kalau hati saya mati?
Hati saya sudah penat menghadapi sekian banyak kerenah manusia di sekeliling saya. Dengan orang-orang di pejabat yang saya tak faham langsung cara neuron mereka bersambung dan beroperasi. Belum tugasan yang mencabar tahap emosi dan fizikal yang begitu taxing juga uhmpftt… abaikan…!
Sambung balik.
Semua orang ada life masing-masing.
Mungkin definisi life kita berbeza, bergantung kepada cara pandang juga cara mentafsir.
And above all, kita hanya mahu rasa bahagia, happy and contented sahaja dalam hidup ni, tak kisahlah dengan apa atau bagaimana caranya kita boleh mencapai matlamat itu.
Erti bahagia dan contented saya?
Night Life! (sengih sampai sepet mata)
night life saya yang saya perlu untuk recharge semula. Duduk bersama untuk saling memperingati satu-sama lain juga berukhwah itu, nikmatnya hanya bagimereka yang tahu dan pernah merasainya sahaja.
Menatap wajah-wajah suci dengan mata yang bersinar itu, membuatkan hati saya damai dan tenang. Hilang penat. Hilang tensi yang bersarang.
Melihat bagaimana ketrujaan mereka, memberi saya satu semangat.
Mengetahui bagaimana mereka berubah, dari satu tahap kepada tahap yang lain, membuatkan saya terharu.
Mendengar dan berkongsi soal hati dengan mereka, menjadikan saya kuat.
Dengan apa yang saya rasa, dengan apa yang saya tahu, mana mungkin saya mampu melepaskan KEHIDUPAN yang begini…?
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan rasulNya bila dia menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi KEHIDUPAN kepadamu…” (alAnfal 8:24)
Certainly, everybody will die. But not everyone truly live.
Inilah hidup saya.
How’s yours?
Kak O: Kalau dah pukul 11 tu baru nak start reading, jangan haraplah. Lainlah kalau ko tidur dulu sebelum tu
Me: Aah ea? Muna (bukan nama sebenar) kena buat macam tu kot… J bangun awal pun, tak sempat juga nak habis baca… nampaknya, kena bangun awal lagi la (though tak tahu boleh harap ke tak mata nihh)
« Jika cinta kamu benar, maka semuanya akan menjadi mudah. Semua yang berada di atas tanah itu, adalah tanah juga »