Bismillah…
Cinta Ini, Membunuhku…
Baiklah, saya tahu, ianya agak keterlaluan. Tetapi cinta ini menuntut semakin banyak daripada saya. Masa. Tenaga. Wang. Juga kasih-sayang saya kepada yang lain.
Then I see you standing there,
Wanting more from me…
And all I can do is, TRY…
You = Inche Proposal -_-“
Saya mengadu kepada Kak O (bukan nama sebenar), kerja saya di siang hari membuatkan saya tidak punya masa langsung untuk Inche Proposal. Dahulu, sewaktu bekerja di bawah Dr. Aini (bukan nama sebenar) saya masih punya banyak waktu senggang. Kini, bila bekerja bersama Kak O di bawah Dr.O (nama sebenar haha), jangan harap. Waktu minima 24 jam sebulan sudah melampaui limit!
Pagi sampai petang kerja. Malam dengan night life dan bila tiba di rumah, malam sudah lewat. Kalau bukan pukul 11, pukul 12. Nak buka research articles dan journal, memang mimpi lah. Tertidur depan lappy dengan keadaan yang tak pernah bersedia tu, biasa..
Inche Proposal? Dia sudah jadi perkara yang hampir dilupaka sehinggalah saya sedar, saya tidak punya banyak masa lagi! Satu semester sudah berlalu. Sekian banyak tajuk dan area of interest bertukar ganti, masih belum selesai.
Siapa kata buat research in Applied Language Studies tu mudah?
Cubalah sekali.
(padahal, diri sendiri yang kata benda ni macam kacang goreng je T___T hukk hukk)
Kak O: Akak rasa, ko kena berhenti jumpa kawan dan keluar malam-malam.
Me: ehh…! Mana boleh, kak! Muna ada night life!
Kak O: yelah, ko kalau tak ada kawan, boleh mati
Me: Heh… agaklah.
Memang boleh mati.
Apa erti saya hidup, kalau hati saya mati?
Hati saya sudah penat menghadapi sekian banyak kerenah manusia di sekeliling saya. Dengan orang-orang di pejabat yang saya tak faham langsung cara neuron mereka bersambung dan beroperasi. Belum tugasan yang mencabar tahap emosi dan fizikal yang begitu taxing juga uhmpftt… abaikan…!
Sambung balik.
Semua orang ada life masing-masing.
Mungkin definisi life kita berbeza, bergantung kepada cara pandang juga cara mentafsir.
And above all, kita hanya mahu rasa bahagia, happy and contented sahaja dalam hidup ni, tak kisahlah dengan apa atau bagaimana caranya kita boleh mencapai matlamat itu.
Erti bahagia dan contented saya?
Night Life! (sengih sampai sepet mata)
night life saya yang saya perlu untuk recharge semula. Duduk bersama untuk saling memperingati satu-sama lain juga berukhwah itu, nikmatnya hanya bagimereka yang tahu dan pernah merasainya sahaja.
Menatap wajah-wajah suci dengan mata yang bersinar itu, membuatkan hati saya damai dan tenang. Hilang penat. Hilang tensi yang bersarang.
Melihat bagaimana ketrujaan mereka, memberi saya satu semangat.
Mengetahui bagaimana mereka berubah, dari satu tahap kepada tahap yang lain, membuatkan saya terharu.
Mendengar dan berkongsi soal hati dengan mereka, menjadikan saya kuat.
Dengan apa yang saya rasa, dengan apa yang saya tahu, mana mungkin saya mampu melepaskan KEHIDUPAN yang begini…?
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan rasulNya bila dia menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi KEHIDUPAN kepadamu…” (alAnfal 8:24)
Certainly, everybody will die. But not everyone truly live.
Inilah hidup saya.
How’s yours?
Kak O: Kalau dah pukul 11 tu baru nak start reading, jangan haraplah. Lainlah kalau ko tidur dulu sebelum tu
Me: Aah ea? Muna (bukan nama sebenar) kena buat macam tu kot… J bangun awal pun, tak sempat juga nak habis baca… nampaknya, kena bangun awal lagi la (though tak tahu boleh harap ke tak mata nihh)
« Jika cinta kamu benar, maka semuanya akan menjadi mudah. Semua yang berada di atas tanah itu, adalah tanah juga »
muna....first time bc blog muna...nice..=)
ReplyDeletemunaaa.besarnya hati anda nak berkongsi segala dengan semua.semua yang semakin lama,semakin ramai.
ReplyDeletesemoga yang semakin ramai itu juga akan saling tarik-menarik tangan each other untuk menuju Dia di sana nanti,inshaAllah.
dan sungguh,untuk setiap masa,WANG,juga TENAGA yang anda habiskan untuk kami,hanya Dia yang mampu membalasnya.walaupun kdg2 rasa muna,jangan spend banyak duit utk kami dah.sebab rasa macam manja sangat.tak lupa untuk kasutmu yang semakin dimamah tar jalan.sungguh,tak mampu nak hitung berapa tapak langkah kaki muna di bumi shah alam ni :)
rasa mcm banyak pulak membebel.(hoh?)apa-apa jalan,semoga kami dapat menyusuri jalan yang telah anda lalui ini dengan kekuatan juga one fine day inshaAllah.
dan inche proposal,sila jangan banyak 'nakal' dengan muna.siap siap semuanya inshaAllah.jom grad sesama :)
:)
ReplyDeletetak ada kata boleh diungkap kan
baca email jika anda ada masa okay.
saya dah tuliskan semuanya
superb night life...
ReplyDeleteklo saya, thats my wiken life^^
semoga tsabat d jalanNya
jadikan sabar dan solat sbg penolongmu [2:45]
Kata2 hikmah saidina Ali:
"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"..
srtera maya :
ReplyDeletejzkk dtg main di sini ;)
smoga bermanfaat ya ;)
dn smoga tgn yg mnulis ni lbih dkt dgn amal dn prbuatannya...bukn skadar di bibir juga hujung jari.
doakan kita semua dpt jlnkn tugas SH kita shabis boleh ;)
inshaALLAH
anis syg:
ReplyDeletehuu... malu pula anda bc prkara begini... heh
tpi inshaALLAH, segala hyperbole di sini, are meant to be hyperbole.
kalau berbuat krn Dia, hati harus redha dn ikhlas kn?
lagipun, sy hny mmpu mmbri apa yg sy punya which certainly bukn milik sy juga pd hakikatnya...
makanya, x kisahla, mmbunuh ke apa, yg pnting dpt 'beli' hati ;) inshaALLAh
doakan kita semua ya.
love u fillah iA ;)
yana syg:
ReplyDelete**, tak terkata.
sayang kamu fillah.
mngkin smakin lama, masa utk mnulis emel pn smakin kurang tpi inshaALLAH, tahu dn faham keadaan msg2
smoga kamu trus kuat!
(29:69) dear ;)
tc love
puding karamel:
ReplyDeleteterharu utk kata2 dn ingatannya ;)
smoga Allah bantu semua urusan anda dn mudahkn jalan anda ke syurga ;)
(8:63)