.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Tuesday, January 31, 2012

mencari erti





in the name of Allah, my everything inshaAllah.



Situasi 1


"Baiklah, kita semua akan main game taaruf, macam biasa tu lahh..."
Kak Fiza (bukan nama sebenar) mengawal keadaan dengan mencari perhatian semua yang hadir. hanya dia yang mampu bercakap sambil tersenyum. subhanallah. manis sungguh.



"Sekarang, semua kumpul ikut kaler tudung..."
maka, bertebaranlah para peserta mencari rakan-rakan sekutu. maksud saya, kutu dalam erti kata kebersamaan warna tudung tadi. sekian.



"semua dah jumpa? okey. sekarang, masing-masing taaruf dan tanya satu sama lain... kenapa atau apa yang membuatkan antunna semua masih kekal di atas jalan ni...."
dan aku terpaku. kekal di atas jalan? satu demi satu wajah di sekeliling aku pandang. tetapi tidak ke dalam mata mereka, kerana aku bimbang, hilang macho andai tertangkap menangis nanti, bila itu memang selalu berlaku pun. hehh...dengan mereka, karekter macho dan cool aku mudah sekali terhilangkan. cis.




Situasi 2


"Jadi dah berapa lama join 'bisnes' ni?"
kata 'bisnes' itu aku tukar. kamu tahu kenapa. kerana D dan T itu, sungguh, dua kata yang besar dan berat. senyuman segaris tanpa rasa aku ukir. neuron dalam kepala agaknya ligat melompat mencari sambungan kepada 'file' yang ada menyimpan 'maklumat' kepada soalan Kak Ijun(bukan nama sebenar) yang memandu di sebelah.



"berapa lama ya? 3 tahun? 4 tahun?"
aku teragak menjawab. ohh, perkara nombor dan data yang sewaktu dengannya memang susah aku hadamkan.



"Lamanyaaa..."
dalam syukur, ada rasa sayu yang tersembunyi. Kak Ijun (bukan nama sebenar) di sebelah turut terdiam. mungkin mengingati momen-momen berharga dalam hidupnya.




***



setiap kali saya berjalan, menaiki bas, berhimpit di dalam komuter atau menunggu di perhentian sambil melihat mereka di sekeliling saya, pasti ada satu persoalan yang berlegar dalam fikiran saya...



"Kalaulah, aku tak kenal DnT, agaknya macam manalah aku sekrang ni..."



entah, entah... aku tengah baca remaja sambil tiru gaya tudung terkini? hana tajima ke, yuna ke ape, entah. ke, dah tak pakai tudung?


entah, entah... aku tengah bersembang benda-benda yang tak berfaedah? sambil cakap kuat-kuat atau gelak terbahak-bahak?


entah-entah......... AHHHhhh!








dan saya tidak mampu untuk terus membayangkan pelbagai lagi perkara buruk yang lain. itu semua menakutkan.



andai saya ditanya,

'kenapa kamu masih (alhamdulillah) di atas jalan ini?'

kerana hidup ini umpama sebuah perjalan untuk mencari erti dan memaknai erti tersebut. dan saya temui erti itu di atas 'jalan DnT ini'. dan hidup ini adalah untuk aku penuhi untuk memaknai erti tersebut.



saya kira semua antara kita mencari erti hidup ini. dan mungkin kita semua sudah menemui makna tersebut.



erti hidup atau hidup yang bererti?



bermaknakah hidup andai diisi dengan perkara buruk lagi sia-sia? bermaknakah hidup andai mengejar perkara yang tidak kekal lama? bermaknakah hidup andai dihiasi dengan fatamorgana? bermaknakah hidup andai apa yang ada di dalam kepala dan hati itu perkara-perkara sepele dan remeh?




baiklah. cukup segmen QnA. ini bukan mock defense atau kuiz perdana ria. eh. macam familiar.
haha. -_-"




andai saya ditanya, again,

'kenapa kamu masih (alhamdulillah) di atas jalan ini?'

hakikatnya, itu berlaku di atas kehendak Dia, inshaAllah, alhamdulillah.











untuk mengharungi badai, kita harus terus berjalan. bukan berhenti.
dan untuk terus berjalan, hanya dua hal yang harus dibawa.
keyakinan. juga cinta.
- Buya Hamka -




p/s: sanah helwa utk sahabat sejati, cik liyana mohd subri.
Dia tahu siapa kamu dalam hidup saya.
semoga Allah berkahi kamu. selamanya.












9 comments:

  1. T___T slalu gak terfikir, "kalau tak ikut tarbiyah ni, kat manalah aku skang.."

    Tp tula, the fact that kita berada di mana kita berada skang ni, kenalah2 sgt2 bersyukur. dan tiada cara yg lebih baik ntok menunjukkan kesyukuran tu melainkan dgn berdakwh sehabis baik..

    Jzkk ntok perkongsian ringkas tp sgt berkesan. moga Allah redha.

    ReplyDelete
  2. Huuuuuuuuuuuu , akak . Saya pun terfikir gak , apa akan jadi kt saya , seorang yang mudah terpengaruh ni , if tak ikut usrah dan tarbiyyah , mesti hidup rasa kosong dan takde erti sangat . Thank you kak , menyedarkan . :)

    ReplyDelete
  3. inche gabbana:

    jzzk jg utk ingatan. syukur. that's the word :)

    ReplyDelete
  4. amira: adik syg, alhamdulillah that you found it helpful :) smoga Allah kukuhkan kedudukan kita atas jalan yg sungguh best dan osem ini :)

    mish u!

    ReplyDelete
  5. heyyyyyyy.nantilah saya komen secara live dengan anda (eh apakes)

    senyum.

    ReplyDelete
  6. anissssss: hehee ape kahhh? inshaAllah2 :)

    slamat berbahagia di kg halaman sobbss...soobbss...

    ReplyDelete
  7. kalau tak ikut tarbiyah..tak tahulah apa jadi ngan saya juga kan muna. mungkin ke tak kita akan ber emelan dan bercerita tentang first time kita menerima tarbiyah dulu? gaga

    ReplyDelete
  8. yana syg,
    segala kebarangkalian kalau kita tidak kenal dgn DnT tu mmg sgt menakutkan.
    Allah huAkbar, bila Dia memilih kita (esp saya yg mcm nini cokelat celup-celup-celup ni), rs mcm... Allah huAkbar.
    tak ada bnda lain yg harus ada dan dikenang jauh melainkan SYUKUR :)

    smoga Allah tambahkan petunjukNYa kpd kita semua

    love u!

    ReplyDelete
  9. Thank Allah. Thank u so much. For let us to be on this road =)
    Moga istiqamah hingga ke hujung nyawa. Amin.

    p/s: rindu muna. lama xjumpa.

    ReplyDelete