.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Tuesday, June 19, 2012

another facet of sayang





bismillah...


sayang 1
---> uissshhh, sayangnya kuah spaghetti tu, buang-buang... membaziiiirr..!


sayang 2
---> sayang la kalau tak pergi... kau ingat harga tiket konsert ni 3 posen je ke?!


sayang 3
---> haiiishh... sayangnya bakat dia tu disia-siakan pada jalan yang mungkar...


sayang 4
---> saya sayangkan awak...sungguh-sungguh, sepenauh hati saya =_= (meloya)



***



humn... nyata nya, sangat banyak sisi sayang ni. sayang as in tak nak membazir, rugi dan sayang yang sebenarnya sayang. yeke..? Allah huAlam.



I've also read it somewhere...about another facet of sayang. Things like:



'abang naqib / kakak naqibah tu, orang yang korang tak kenal, tapi tiba-tiba boleh sayang kat korang'




hehh... kelakar juga. dan up to a point rasa macam tak real langsung.



like, hey, come on lahhh.. dengan adik-beradik sendiri pun kadang-kadang sangat berkira kot... dan untuk 'sayang' yang begitu, bukan senang eyh, macam makan takoyaki kat jusco. queue untuk giliran, buat order takoyaki berperisa unagi dan errr... ok.







ada masanya, bila lelah berusaha merebut perhatian adik-adik yang mahu kita ajak utk MLM DnT ni, kita akan hilang rasa.



perlu bersaing dengan segala perkara yang mereka sayang - study, duit scholar, mentor dan seniors yang terpercaya, drama korea, 2 pm, masa untuk berjalan-jalan di hujung minggu dan sebagainya (tu dah banyak habis dah bagi contoh tu...).



dan siapa lah kita, insan yang muncul tiba-tiba dalam hidup mereka, mahu mencuri hati juga perhatian mereka untuk dibawa kepada sesuatu yang 'asing'. (ayat tak menahannnn~)



berbuat, berjumpa dan memaksa diri for the sake of tanggungjawab - atas rasa beratnya menanggung hak syahadah itu.



dan rasa manis hasil dari sayang yang lahir dari hati itu hilang.



tetapi, begitulah... sesungguhnya, hanya hati yang bersih dan penuh dengan rasa sayang hey itu sahaja yang mampu melimpahkannya pada hati-hati yang lain.



betul-betul menguji dan menapis niat kita. benar-benar me'reflect' apa isi hati kita juga keadaan jiwa kita. Allah....



sebenarnya, apa yang lahir dari hati, inshaAllah akan masuk ke hati.



dan tentang this very another facet of sayang,

'abang naqib / kakak naqibah tu, orang yang korang tak kenal, tapi tiba-tiba boleh sayang kat korang'



it ain't an impossible one...




butuh masa. butuh usaha. dan apabila keadaan hati kita sudah benar dan bersedia, inshaAllah, Dia akan beri. kerana ini soal hati; hak milik Dia yang abadi. Dialah penjaganya.



bahagian kita adalah untuk usaha itu. kerana yang memberi keputusan, hanya Allah sahaja.



soalnya, sudah berjerih yang bagaimana kita berusaha?
bahagian ruhi dan tarbiah diri sudah selesai atau belum?
mutabaah amal masih banyak lompong atau sudah cemerlang bilangan tick nya?



semua soalan itu secara peribadinya untuk saya sendiri yang jawab. juga ambil tahu.



ya Allah, ya Allah, ya Allah...

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu
bertemu untuk mematuhi perintahMu
bersatu memkul beban dakwahMu
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah ya Allah ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini... 




2 comments:

  1. *senyum*

    ajaib bukan, macam mana boleh ada saya pada orang yang tetiba je dtg.

    post ini sesuai sangat dengan kakak murabbi yang nak tinggalkan kami dah. walau pun sedih tp kan.. teringat masa kak D tinggalkan kami semua dulu..

    sayang, tapi sampai ke syurga. takut sayang kat dunia ini hnya tempelan dan bukan semata kerana Allah..

    :'( bu mil

    ReplyDelete
  2. yana...

    huuu iA, Allah susun yg terbaik utk kita. haiishh.. stiap insan yg hadir akan tinggalkn tanda dlm hati..moga Allah kuatkn kamu dn juga sahabat2 di sana.

    ReplyDelete