.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Thursday, August 19, 2010

Lautan Nikmat pt.2



Nota: bahasa pengantar agak mengelirukan kerana penulis akan ‘code-switch’ sesuka rasa. Harap maklum dan harap bersabar sepanjang pembacaan.


Allah huAkbar, Allah huAkbar, Allah huAkbar, walillahil hamdh…


Ada part 2 pulok~

Well, actually, I was trying to talk about the ‘Diver Theory’ on the previous entry but since the ‘Gum Incident’ took place first so this come second. It’s a blessing in disguise anyway and parts of the ibrah I’d love to share with others.



Lets go through the quote once again –

“Di dalam lautan nikmat, ada dua jenis makhluk. Yang satu tenggelam, yang satu lagi menyelam. Kau tahu apa bezanya?”


emm, dalam lautan nikmat, yang satu tenggelam, yang satu menyelam... apa bezanya?


Bezanya ialah yang seorang tu, tenggelam, yang seorang lagi tu, menyelam. Itu je. Hahaa ~ okey. Serius. Tapi, serius, memang bezanya adalah seorang tu tenggelam dalam lautan nikmat, manakala yang seorang lagi tu, menyelam dalam lautan nikmat. Ini bukan cobaan ~


Basically, the implied main idea is how one of the two ‘makhluks’ managed to be a diver while the other one is drowned. Hum… Macam mana nak jadi penyelam yang nampak apa yang ada dalam lautan nikmat itu ya? Ta-daa~ that’s the question. ^^ (macam Hamlet)



In the very first place, sebelum kita decide untuk masuk ke dalam lautan dengan niat untuk menyelam, kita harus punya kelengkapan yang cukup, bukan? Yang pastinya, kita bukan tergolong dalam spesis Inche Duyong Aridinata yang bernafas dengan insang. Makanya, paling kurang kita perlu tangki oksigen.


Hum… mahu lihat coral dan Nemo juga perlu kepada goggle, kan? Sebab, paling terror pun, 60 saat je mata kita boleh melihat dalam air. Agaknyalah. Haha. Makin ke dalam, laut juga akan makin gelap (semakin, semakin.. macam hipotesis untuk eksperimen budak-budak darjah 6). Selain goggle, mungkin juga torch-light diperlukan.


Dah dapat teka, apa bezanya dua makhluks itu? Okey, saya akan berhenti memukul semak (beating around the bush).


Makhluk 1

Makhluk 2

Si Penyelam

Si Tenggelam

Nampak keindahan laut etc (endulging the nature’s beauty)

Tak Nampak keindahan laut. Siap minum air masin dan hampir saja lemas.

Menggunakan peralatan menyelam yang canggih i.e. goggle, O2 tank & torch

Tiada alatan menyelam yang lengkap.



Sudah dapat implicit message nya? Analogi kali ini agak samar, bukan? Subtle. Mungkin case scenario boleh membantu.


Case Scenario

Inche Ahmad (tak tahu kenapa orang selalu bagi contoh nama Ahmad) adalah seorang perenang Negara. Wah…usah dicabar kewibawaanya lagi. Pemenang pingat emas Sukan Olimpik ini memang jaguh renang dan bab semam-menyelam ni, tak payah nak test la. Beliau memang star.


Suatu hari, beliau ke Pulau X untuk berenang dan mungkin boleh menyelam kalau sada masa. Ditakdirkan Tuhan, beliau punya wanyak waktu senggang hari itu. Tiada sesi latihan etc. so, he then decided to go for a dive.


Malangnya, beliau terlupakan alatan-alatan yang beliau perlu untuk menyela,. Dengan pedenya (percaya diri) beliau terus terjun danmenyelam. Meyelam lagi dalam. Dan terus ke dalam.


Hasilnya? Beliau hampir lemas dek kerana tekanan dalam laut yang makin meningkat. Mata juga mulutnya dimasuki air masin. Hah-ha… (macam tak baik ketawakan orang yang hampir lemas).



Nampak ke? Itulah sejenis atau segolongan manusia. Biasanya dalam lautan nikmat, kita selalu tenggelam (bila sebut lautan nikmat, mari kita ingat berapa banyak nikmat yang melaut Allah beri pada kita). Kita boleh lemas tanpa pelita untuk menyuluh dasar laut yang sangat banyak keindahannya... Even sometimes, tanpa alat pernafasan kita termengah-mengah dan susah nak bernafas.


Kalau kita mahu jadi penyelam dalam lautan nikmat yang nampak segala keindahan, yang mengecapi setiap nikmat dengan penuh syukur, kita perlu kepada alat-alat yang berkualiti tinggi. Barulah kita dapat nampak semua keindahan dalam dasar laut tu (in this case, laut nikmat).



Do you follow? (trademark favourite Dr.Chai)

So, persoalannya sekarang, adalah:

1. Mahu guna alatan berkualiti yang bagaimana untuk lihat kurnia Allah dalam nikmatNya yang melaut itu?


- Perlu pakai kanta/ kaca mata yg dipilih oleh Allah juga rasulNya

- Perlu ada ‘pencerahan’ yang sempurna kurnianNya juga...


Barulah boleh betul-betul jadi 'penikmat' @ penyelam.
Dengan ayat-ayat Allah, baru kita boleh keluar dari kegelapan kepada cahaya..




“Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang (Al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad) untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sungguh, terhadap kamu, Allah maha penyantun, maha penyayang” (57:9)


“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (55:13)




kalau kita semak balik realiti, kadang-kadang kita tak syukuri nikmat... mengutuk nikmat lagi... even sometimes selalu aja mengeluh ... tak bagus kan?



Itu tandanya kita tak guna 'peralatan selam' yang sebenar...sebab tu kita tak nampak betapa cantik dan indahnya apa yng Dia bagi, apa yang Dia aturkan buat kita... kalau tak best pun, kita kena redah juga sebab hanya Dia je yang tahu yang terbaik kan?


‘Penyelam’ yang sebenar akan melihat dengan mata yang terbuka, akal yang sihat juga hati yang bercahaya :)

Allahu A'lam...



2 comments:

  1. Salam ukht...

    subhanallah, walhamdulillah, allahuakbar...!

    segala puji bagi Allah yg telah memberi kita segala 'kelengkapan' itu...kerana hny dengan izinNya jua hati kita dibukakan untuk pencerahan agar lebih tahu arah kaki melangkah...

    6:122 (orang yg berjalan, sorang ada torchlight, sorang bergelap...kau tahu ape bezanya?haha)
    nntkan post ana pasal yg ni plak...

    moga terus tsabat melangkah...
    wasalam

    ReplyDelete
  2. salam sis,

    wahh menarik juga tu, analogy torchlight hummm ^^

    hehee

    alhamdulillah, Allah huAkbar :)

    ReplyDelete