Bismillah
“wahai orang-orang yang beriman,
Telah difardhukan puasa ke atas kamu
Sepertimana yang telah difardhukan
Ke atas orang sebelum kamu
Supaya kamu bertaqwa” (2:183)
Allah huAkbar, Allah huAkbar, Allah huAkbar
Walillahhilhamdh...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang mana dengan rahmatNya
Dengan izinNya, dengan kasih dan cintaNya kita diberi kesempatan untuk
Berada dalam bulan yang dipenuhi dengan baraqah, rahmah juga maghfirah ini,
inshaAllah.
Dengan sebatas ilmu juga kesedaran kita,
Mungkin saja berada dalam bulan ini bukan apa-apa...
Sama saja seperti bulan-bulan yang lain...
Bezanya, bulan ini kena berpuasa dan ada solat terawikh di masjid dan surau.
Oh, mungkin juga di rumah-rumah.
Itu je.
- Oh, sudah 1 Ramadhan ya, esok? Cepatnya masa berlalu,
Rasanya, baru je lepas sambut raya tahun lepas...
- Eh, dah nak puasa ya? Alamak... leceh la...nak sahur la,
Nak cari makanan untuk berbuka lah... adoi... kena
Terawikh bagai lagi...
- Puasa = bazar Ramadhan = food sedap = best
Mungkin saja few thoughts di atas melintasi fikiran kita, bukan?
Hehh... even worser bila Inche Ramadhan baru je nak duduk bersinggah,
Kita dah jemput si Syawal, dan ignore kan Inche Ramadhan yang ada depan mata.
“Seronoknya nak raya.. raya kali ni, aku nak pakai baju paling vogue.
Serius, dah lama aku mengidam nak try baju macam Dato’ Siti pakai
Masa perform kat konsert dia hari tu...”
Erks... padahal baru 1 Ramadhan kot... baru je Ramadhan sampai, dah nak 'halau'?
Siap jemput Syawal dengan idea-idea bernas untuk memeriahkan bulan itu lagi.
Astagfirullah al’Azim...
Kalaulah kita ni Ramadhan, mesti sentap, kan?
Yelah, just imagine, tengah queue nak ambil turn untuk makan tengah hari
Kat Dining Hall misalnya... tetiba, mak cik yang tukang senduk lauk @ host
Untuk makan tengah hari tu, panggil orang belakang kita dulu.
Bagi ayam drumstik saiz XXL lagi, dengan sayur dan desert sedap pula tu.
Kalau boleh, nak hias macam kat meja pengantin untuk makan beradab.
Sampai turn kita, boleh pula dia bagi telur masin dengan ikan jacket je?
Kuah pula, macam sayur masak dengan air putih je (okay, macam exaggerated).
Frust tak? Ada rasa macam loser tak? Heee....
Mungkin Inche Ramadhan juga berasa yang sama...
Dah la tunggu 11 bulan baru sampai turn dia, alih-alih,
Syawal pula yang kita alu-alukan...
When it comes to Ramadhan, buat ala kadar aja...
Sambut pun, nak tak nak je kan... apakah..?
(wahh... bunyi macam nak torture je... sila baca dengan
Nada lembut memujuk, ya... ala-ala kakak mithali nak pujuk
Adik yang tak mau mandi pagi gitu)
...
Okay, back on track.
Bagi la chance sikit kat bulan Ramadhan... ye, dak?
Treat dia sebagaimana dia sepatutnya...
Imarahkan malamnya dengan ibadah juga siangnya dengan
Melaksanakan ibadah puasa sesempurna mungkin...
Ada kekuatan, kita banyak-banyakkan amalan sunat...
Bukan selalu nak dapat bonus credit percuma...
Celcom dengan U Mobile pun tak mahu bagi free, tau...
Tunggu birthday baru dapat... tu pun, ciput je kot.
(bunyi macam tamak pula)
Haaa, masa bulan Ramadhan ni berganda-ganda rewards yang
Allah janji nak bagi... yang Maha Sempurna
Takkan mungkir janji, kan?
Kita harus percaya itu...
So,
Moral of the story, mari kita hargai umur juga kesempatan yang Allah bagi ni
Belum tentu tahun depan sempat ke tak kita nak rebut peluang melipat-gandakan
Pahala bagi amalan-amalan kita yang tak seberapa ni..
Zahirkan aprisiasi kita dengan pelaksanaan bagi ikrar juga janji kita.
p/s: semoga Allah memberi kita kekuatan juga keizinan untuk
terus berbakti sebagai abid juga khalifahNya
p/s 2: kredit utk cik shidah atas 'ketukan' ini... now i realize :)
selamat perkasakan amal! :)
ReplyDeleteahlan wa sahlan ya ramadhan kareem..hadirmu kunanti, pemergianmu kelak pasti kurindui..:'(
ReplyDelete