ish..ish..ish…
Allah huAkbar…
when I first read this, I don’t know
if I should curse first or say a prayer instead…
Astaghfirullah alAzim…
But for the being, there’s only one word
which can best describe them,
--------> KESIAN <---------
First thing first, mari kita teliti ini:
“Wahai orang-orang yang beriman, diWAJIBkan
Ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
Atas orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa”
(2:183)
Puasa itu hukumnya wajib…
Ya, persoalan adab berpuasa, berbuka juga
beberapa perkara pokok yang perlu diambil perhatian
itu satu hal,
Yang tidak mahu berpuasa ini juga satu perkara lain.
Kalau mahu bersoal jawab dengan non-muslim mengenai
Hal puasa, mungkin masih mudah lagi bagi kita.
----> kami berpuasa kerana puasa itu wajib
----> kami berpuasa kerana puasa itu menyihatkan badan
----> kami berpuasa kerana puasa itu cara yang terbaik untuk mengawal nafsu
Tapi, jika dengan
Ummat islam sendiri yang mempersoal, memperlekeh
Dan ‘memper’ apa-apa lagi perkara negative
yang sama waktu dengannya (again), tak ke
Rasa macam sangat luar alam, tu?
Ada seorang sahabat yang paling saya sayang berkongsi
Cerita tentang reality ummah sekarang…
Bila beliau mengadu pada murabbinya dan mudah saja
Sang murabbi membalas…
“Itu maknanya, kamu belum lagi keluar dan berhadapan
dengan dunia yang sebenar”
Jika saya terkedu, mungkin saja sahabat saya itu tergamam lebih lagi.
Hakikatnya, memang ada yang mengambil ringan
hukum Allah yang ini.
Alhamdulillah, kita hidup dengan dikelilingi
Sahabat-sahabat juga kaum keluarga yang taat pada perintah Allah
Tapi, di luar lingkugan kita, ada yang tak peduli langsung.
Nauzubillah…
Melanggar hukum sesedap rasa dan yang agak menakutkan,
Bila tanpa sedar, telah mempersendakan agama…
“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al Qur'an itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak (pula) pemberi syafa'at selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka, disebabkan perbuatan mereka sendiri. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu” (6:70)
Well, mungkin ada kalanya kita mengambil sikap pertengahan…
Ya, tidak mahu terlalu outspoken atau assertive bila sampai kepada
Isu agama dan perkara yang sama waktu dengannya…
Mungkin kita bimbang dianggap radikal atau saja bila berbicara
Soal agama itu adalah jumud dan tidak ‘cool’ langsung!
Sampai-sampai kita telah menggadaikan maruah agama
Dan juga pendirian kita dengan harga yang paling murah…
Nauzubillah…
Suatu petang, semasa saya masih lagi mengikuti kursus industry
Di Mont Kiara dahulu, saya menunggu di dalam van dengan seorang
rakan sekerja. Waktu itu, pak cik yang memandu van singgah untuk
ke sebuah kedai telekomunikasi untuk membaiki telefon bimbitnya.
Sebelah kedai telefon itu, sebuah kedai SPORT TOTO
(Tak tahu patut panggil tempat jual nombor ekor itu
Sebagai kedai atau tempat judi (dalam bahasa yang lebih mudah faham))
Dan diapit pula dengan sebuah kedai makan.
Dek kerana saya punya satu kegemaran memerhati sekeliling,
Menebak fikiran, tabiat juga gaya hidup orang ramai, saya memandang ke
Luar jendela.
“Eh, itu melayu, kan?”
Soal saya kepada rakan di sebelah.
“Haah. Wahh, main nombor lah dia”
I was speechless. Selepas yang seorang itu keluar, ada lagi
yang sama waktu dengannnya (lagi) tidak segan silu
Keluar masuk tempat tu. Saya mula panas hati.
“Apahal dia orang ni?”
Itu je yang saya mampu kata dengan wajah yang mula memerah.
Si rakan itu sekali lagi gelak. Entah apa yang kelakar.
“Eh, kalau macam ini ramainya, aku pun mahu turut serta lah.
Mana tahu, untung-untung, jadi jutawan kan?”
Whatte..? Saya lupa apa yang saya balas pada dia tetapi
Sampai sekarang, bila saya terkenangakan keadaan itu, saya marah sangat.
FUHH..! mungkin sepatutnya dengan lebih berhikmah
Saya sampaikan larangan berjudi dalam islam kepadanya
Kerana mungkin dia tidak tahu
Astaghfirullah al’Azim…
Dan untuk ke sekian kalinya, saya kecewa.
Bayangkanlah, kalau semua ummat islam begini, apa akan jadi
pada masa hadapan?
Semua benda dibuat main
Semua benda dibuat gurau
Semua benda pandang sebelah mata
Semua benda tak serius
But guys, this is not fun, anymore!
Orang yang bukan islam, from 8 to 5, lima jam mereka focus pada kerja. Bersungguh.
Orang islam, from 8 to 5, 27 minit saja jika dibandingkan.
Walaupun saya tidak sukakan nombor, saya masih tahu,
27 minit tu, kurang dari setengah jam. Apa jawapan kita nanti
bila Sang Pencipta mempersoalkannya di sana?
Bukankah kita adalah sebaik-baik ummah? (3:110)
Ya, tapi dengan bersyarat…
- Menyuruh kepada yang makruf
- Mencegah kepada yang mungkar
- Beriman kepada Allah
Oh, ini bukan hasil rekayasa. Ini kajian orang bukan isalam juga.
“Alah, rileks lah… bukan aku serius pun, main-main je.
Lagi pun Minah, nanti kubur kita lain-lain.
Biarlah kalau dia rasa dia mahu berbuat sesuka hati dia pun.
Bukan masalah kita. Itu hak individu”
Ya, right…
Hak individu… kubur lain-lain
Cuba kita lihat ini:
‘Dan tidak ada pertanggungjawaban sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa’ (6:69)
Okey, the first part of the verse memang kata kita
tak ada tanggungjawab terhadap dosa orang lain
tapi part yang kedua itu kan katanya, kita WAJIB mengingatkan…
---------------> eh, kenapa macam marah sangat ni?
….. hah-ha….. (nada bukan serius yang dibuat-buat)
Astaghfirullah al’Azim….
Okey. Mari terjun ke kesimpulan saja.
(jump into conclusion)
1. Kita punya tanggungjawab untuk saling meningati. Kasihan saudara2 kita yang terbiar hanyut, leka dan tidak tahu menjadi mangsa terus-terusan. Nanti, kalau mereka minta pertanggugjawaban kita semasa ‘di sana’, bagaimana? Hal kat sini, kita settle kat sinilah kan?
Semoga Allah beri kekuatan untuk kita dan juga semoga Allah beri hidayah untuk kita semua untuk terus jadi lebih baik pada masa akan datang.
2. Mari ambil peduli dan ambil serius soal agama kita. Mengaku cintakan agama itu bukan hanya ucapan, kan? Mari kita buktikan dengan berbuat. Love is a verb, so does islam (noted, islam is written in lower case since it’s a verb and not a noun in this context). Mungkin caranya dengan memahami dan membuat orang lain juga faham tentang islam.
3. Above all, only with God’s will we can succeed. Semoga Allah memberi izin kepada kita untuk menjadi hamba juga khalifahNya yang functional.
Semoga Allah mengampuni kita atas
kesalahan juga kelalaian kita yang kita commit
samada kita ingat atau tidak, sengaja atau tidak, tahu atau tidak tahu…
Ya Allah, ikhlas kan saya…
"Love is a verb, so does islam"
ReplyDeletelove this quotation...love is also a responsibility spt kata2 sang pencinta kpd yg dicintainye,"aku ingin bertanggungjawab ke atas kamu"...so love and be responsible towards this deen :)
p/s:leh pkai tak konsep kt atas nih?hehe
angah: alahai... sori bru prasan
ReplyDeletetq dtg main2 kt sini...
humm konsep yg menarik juga..
gotta give some thoughts on that...
tq utk sharing ny :))