.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Thursday, October 28, 2010

Let's Experience Life pt.2








p/s1: sila bersiap sedia, cik penulis akan code-switch pada bila-bila masa sesuka rasa.

p/s2: post ini agak panjang…. Jika punya banyak masa, boleh la scroll sampai bawah. If not, datang la main lain kali bila kamu benar-benar lapang ya :)

p/s3: let’s open our hearts and minds :) . May Allah bless…

Allah huAkbar, Allah huAkbar Walillahilhamdh…

Hoooo~ banyak perkara yang berlaku dalam hidup. Mungkin saja semua itu hanyalah bahagian dari seluruh chapters dalam odyssey seseorang yang tidak penting dan tiada makna langsung. Mungkin aja


Saya kira kita (saya dan juga kamu yang sudi membaca) sudah bersetuju ----->

Everybody looks, but only few can see.

Everybody listen, but only few can hear.

Everybody seek, but only few can find

Apa saja pengalaman yang kita lalui dalam hidup, mungkin saja sama dengan pengalaman orang lain. Kita jatuh tangga, ada aja kawan kita yang terjelopok. Kita terlepas train, ada aja penumpang lain yang terlepas trip yang sama juga. Kita dapat straight A’s, ada aja kawan-kawan yang lain dapat straight A’s juga. Kita ada kucing, jiran belakang rumah kita pun ada kucing juga.

(ok dah berlebih)


Yang membezakan kita?

Hati yang menilai untuk memahami.

Iye ke? Betul ke ‘hati’ yang menilai?


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” (7:179)


See? Bukan saya yang kata, tapi Dia yang bagi tahu :)

So? What’s the matter?

Ohh… ini soal hati.

Ini soal hidup.

Ini soal bagaimana hati menilai makna hidup.

Ini soal bagaimana kita belajar daripada hidup.

Cara belajar yang paling berkesan? Melalui tarbiah. Justeru, tarbiah itu penting.

(opss, adakah saya telah menggunakan jargon yang pelik-pelik?)


Begini, ya… anggaplah tarbiah itu suatu proses pendidikan di mana kita belajar dengan penuh berkesan dan berhikmah. So… let’s experience life. Mari belajar daripada hidup supaya hidup kita bukan sia-sia.


Bak kata Mak Cik Alang (mak usrah baru wink2 **), kita belajar daripada persekitaran. Apa yang ada di sekeliling kita, apa yang berlaku di sekeliling kita, kita tafsirkan supaya hasilnya bermanfaat untuk kita dan kita dapat pula berikan pada orang lain dan juga alam inshaAllah. Supaya pada akhirnya, kita semua berpegang pada tali-tali Allah.


“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (3:103)


Bagaimana cara tarbiah itu?

---------> Luqman AlHakim belajar hikmah daripada orang bodoh (sorry kena mention)


Pernah tak terdetik dalam hati kita bila mana kita melihat atau berhadapan dengan certain things or events in life… contohnya:


1. ----------------------------------- > Uissh… Alhamdulillah… nasib baik aku tak macam penagih dadah tu…

2. ----------------------- >Alhamdulillah Malaysia ni ada musim buah dengan musim hujan je, kalau ada musim salji, susah nak aku nak makan nasi…


(ok, sikit-sikit sudah…)


Ta-ddaa….


Hehee itulah hikmah! Bila kita melihat, hati kita mentafsir apa yang Allah cuba tunjukkan pada kita. Apa yang Dia mahu kita belajar dari orang sekeliling dan juga persekitaran kita…


“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu...” (2:29)


Sweet kan Dia? :) heee ^^. Tiada apa pun yang Allah jadikan sia-sia di muka bumi ni. Kenapa pokok buah tembikai menjalar, kenapa kat dunia ni ada pelbagai bangsa, kenapa kita duduk kat bumiEven cacing pun ada sebab kenpa dia berak tanah bulat-bulat…

------------------> Hidup hanya sekali. Buat apa nak fikir susah-susah? Masa yang ada ni, baik kita bergembira, hidup bahagia dan berseronok.


Orang jawa kata:


“Life is too short to be anything but happy”


------------> Iya. Tapi, bahagia itu apa dan bagaimana?


“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (6:32)


“… Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.” (4:77)


Jelas kan?


Allah hu’Alam… semoga tangan yang menulis mampu menggalas peran berat untuk melakukan apa yang dicoretkan…


"Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)" (18:10)




No comments:

Post a Comment