.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Sunday, October 23, 2011

keSOBARan...




In the name of Allah, my Lord, my Everything.



Kita hanya boleh memberi apa yang kita punya.


Jam sudah lepas pukul 10 malam. Alhamdulillah ada Najah (bukan nama sebenar) untuk menghantar saya ke KTM Padang Jawa. Saya perlu ke Ansar untuk menumpang seorang sister untuk ke mukhaiyam (read: perkhemahan) esoknya di Ulu Yam dengan mak cik – mak cik yang comel dan baik hati.



Prior to that, saya menjalankan kerja-kerja ‘amal jariah’ di office Dr.O (bukan nama sebenar), sebelum saya dan Najah (bukan nama sebenar) menghadiri orentasi IELTS di Subang Jaya. Baru saja saya bertanya soal clutch dalam perjalanan pulang, konon tidak mahu tertipu dengan inche abang yang mana satu pedal clutch, yang mana satu stereng kereta, saya terpaksa menolak kereta Najah (bukan nama sebenar). Ya, pedal clutch Najah (bukan nama sebenar) patah. Tengah-tengah jalan raya, menuju highway. On top of that, sedang ribut dan hujan. Syurga~



Oh, bukan mahu highlight kejadian memburu foreman di senja hari, tetapi kejadian di KTM Padang Jawa.



Ya, Kita hanya boleh memberi apa yang kita punya.



Harap maklum, jam-jam begini, memang tiada kaunter tiket yang dibuka. Makanya, saya terpaksa membeli tiket melalui mesin sahaja. Ada dua mesin. Mesin 1, gelap tidak berlampu. Mesin 2 menyala-nyala, tetapi hanya menerima wang syiling sahaja. Syurga~



Me: Pak Cik, mesin (Mesin 2)ni rosak ke? Saya tak ada coins

Pak Cik Pengawal : (mengunjukkan Mesin 1 denga kayu chota nya)

Me: tak menyala pun, rosak ke?

Pak Cik Pengawal : tak (masih mengunjukkan Mesin 1 denga kayu chota nya)

Me: tak rosak ke? (sangat curious, sudah menghampiri Pak Cik Pengawal untuk meminjam wang syiling jika dia punya)

Pak Cik Pengawal : TAK! ORANG DAH KATA TAK, TU, TAK LAH. GUNA LAH DULU bla.. bla.. blaa…

Me: Terkesima*



Kurang lima saat selepas itu terus saya bagi sedasss ------> tak perlulah garang sangat.



Saya sudah terkejut dijerkah didepan khalayak begitu. Tetapi saya lebih terkejut dengan respon saya kepada Pak Cik Pengawal. Apakahh…?







Ya, Kita hanya boleh memberi apa yang kita punya.



Apa yang saya ada dalam hati, sehingga saya boleh membalas sebegitu?



Ya, mungkin bukan sebahagian daripada tugasnya mengawal mesin tiket dan menjawab pertanyaan orang awam yang jelas tidak suka berurusan dengan mesin (seperti saya). Mungkin termasuk saya, sudah 89 kali dia menjawab soalan yang sama malam itu, dan dia sudah naik jelak dengan rutin begitu. (oh, selepas saya, ada seorang lelaki hampir bergaduh dengan Pak Cik Pengawal yang bukan tugasnya menjaga mesin 1 dan mesin 2 itu atas sebab yang sama dengan saya =_=’)



Ya, Kita hanya boleh memberi apa yang kita punya.



Teringat kisah Nabi Isa as ketika baginda sedang duduk bersama-sama para pengikutnya, mempelajari ajaran Injil yang benar. Waktu itu, baginda didatangi oleh seorang lelaki yang marah-marah dan memaki hamunnya di khalayak ramai kerana tidak bersetuju dengan apa yang baginda sampiakan kepada kaumnya, dihadapan para murid juga pengikutnya yang setia.



Dan baginda hanya diam mendengar sambil memaniskan wajah. Selesai urusan orang itu yang datang semata-mata hanya mahu melepaskan nafsu amarahnya, baginda as telah menghadiahi dia buah-buahan yang enak yang baginda punya dengan penuh lapang dada juga senyuman yang tidak lekang dari wajah.



Para pengikutnya yang menyaksikan marah.



Pengikut2: Kenapa anda masih berbuat baik dengan orang yang sebegitu? (tidak puas hati)

Nabi Isa as: Ketahuilah, kita hanya boleh memberi apa yang kita punya.



In a way, it’s not only about the best and sweet fruits which the prophet gave to that man, but it is beyond that.

Beyond our material and physical wealth. It’s within us. The heart.



Apa yang ada dalam fikiran kita, itu yang akan kita keluarkan. Apa yang ada dalam hati kita, itu yang akan kita luahkan. Refleks kembali respon saya kepada Pak CIk Pengawal tadi.



Jauh. Panggang. Dari. Api. -_-“



Tiada senyuman balas. Tiada ucapan terima kasih atau wajah yang manis untuk dia. +_-



Selalunya, dengan penyakit delayed respond saya, saya tidak akan sempat membalas (sebab akan terkedu dahulu dan berfikir lama harus rasa apa dan mahu bereaksi bagaimana). Dan selalunya, bila saya sudah mampu memikirkan respon yang baik, saya akan terlepas peluang itu. =_=’



Dan sungguh, Kita hanya boleh memberi apa yang kita punya



“… hanya orang yang berakal sahaja yang mampu mengambil pelajaran. Iaitu orang yang memenuhi janji Allah dan tidak melanggar perjanjian. Dan orang-orang yang menghubungkan apa yang diperintahkan Allah untuk menghubungkan (silaturrahim) dan mereka takut kepada Tuhannya, dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang yang SABAR KERANA MENGHARAP KEREDHAAN TUHANNYA, melaksanakan solat dan menginfakkan sebehagian ezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi-sembunyi atau terang-terang, serta MENOLAK KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN, itulah orang yang mendapat kesudahan yang baik” (ArRa’d 13: 19-22)



Ya, key points di situ ------>


1. Bersabar kerana Tuhan


Sabar itu pada permulaan. Tidak dipanggil sabar jika sudah selesai memaki hamun dan bersangka buruk selepas sesuatu itu berlaku, tetapi bersabar dari permulaannya.



Pemarah 1: %^^**())%$#@@ (ayat-ayat marah). Sabar je laaaaahhh !


-----> eh, simpan saja sabar anda yg berada di hujung tu. Anda sudah berjaya melukakan dan mengorak rabak hati saudara anda dahulu sebelum anda merasa yang anda sudah berusaha untuk bersabar.



2. Membalas kejahatan dengan kebaikan


Orang melayu kata, orang baling batu, kita bagi bunga. Ya, selalunya orang fire sekali sahaja, dan kita balas balik 10 kali ganda :p uhhh -_-“


Macam mana kita nak dapat yang ini…?



“...itulah orang yang mendapat kesudahan yang baik. Iaitu syurga-syurga And, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang saleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu” (ArRa’d 13: 22-23)



Lesson learnt.






Thursday, October 20, 2011

macam-macam hal daaa...



Bismillah…


Belakangan ini banyak sungguh perkara yang tidak selesai-selesai.


Me: Inche X, apa cerita laptop saya?

Inche X: Laptop awak okay je. Saya sibuk sikit sekarang ni, nanti bila free, saya hantarkan.

Me: Terima kasih banyak (naive)


Itu dua minggu lepas, bila sepatutnya sudah selesai lebih awal dari itu. Dan saya masih dengan ‘considerate’ terlebih, memberi masa dan kelapangan, harta saya yang paling berharga.


Me: Inche X, saya ke sana ambil laptop, boleh?

-----> tiada balasan


Esoknya.


Me: Inche, saya ke sana ambil laptop. Laptop lama saya ni dah tak boleh nak buat kerja-kerja berat. (saya nak angkut pergi program dan yuyu pun berat). Minta tolong respon

Inche X: Laptop awak tu rosak baliklah. Bagi saya masa sampai hujung minggu ni, saya sibuk sikit. Nanti saya hantar ke rumah.


Tak tahu harus respon apa. marah dan bengang sebenarnya. Tetapi, tak tahu harus ditujukan kepada siapa? Kalau benar rosak, apa gunanya saya berkeras mahu ambil laptop tu?


Sehabis boleh saya mahu bersangaka baik dengan Inche X, yang dah pegang laptop tu sekian lama, dari bulan 7 hari tu, sampai nak masuk bulan 11 dah sekarang.


Mak: Entah-entah dia dah jual laptop tu kak

Me: Eh, takkan lah…


Elok saja saya masukkan RM25x.xx ke dalam akaun beliau, terus senyap. Takkan lah nak menipu wang ‘sekecil’ itu kan…? Saya yakin dia sangat sibuk, baru dinaikkan pangkat katanya.


Ya, sebelum itu pun saya sudah berusaha untuk mencari masa supaya saya dapat mengambil sendiri laptop itu yang katanya sudah ‘baik’.


Nanti, nanti… katanya belum siap format lah. Hardware tak adalah… entah.


Mungkinkah saya harus melupakan sahaja laptop itu juga harapan saya untuk menyiapkan proposal juga thesis saya sepanjang hayat saya menjadi master-jee ini?


T___________________________T


Ikut hati, memang malas mahu fikir dan ambil pusing. Tapi, saya tidak mampu. Hey, rosak-rosak pun, kalau dah tahap tak boleh guna, mestilah saya masih mahu melihat ‘bangkai’nya juga! Kalau iya pun boleh dibuat tukul saja (sebab dah rosak dan tak boleh nak repair lagi), biar saya yang guna tukul tu, bukan anda, okay?


Macam memperbesarkan isu. Laptop je pun (sob…sob…:’( huu).


Berbalik kepada tajuk sebenar. Banyak sungguh perkara yang idak selesai. Apa masalah saya?


Mungkin ini pengajaran.


Muna (bukan nama sebenar) sila semak kembali.


URUSAN SIAPA YANG KAU AMBIL RINGAN DAN TIDAK SELESAIKAN?


Buka tafsir, terus dapat ini:

‘Maka apabila manusia ditimpa bencana, dia menyeru Kami. Kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, ‘sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku’ sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui’ (azZumar 39 :49)

T___________________________T

Sunday, October 16, 2011

dwell










terlepas train itu, biasa. tersalah stesen itu, bukan aneh. paling penting, tahu tujuan. dari Dia kita datang, kepda Dia kita pasti kembali. masih punya masa untuk 'loleh2' di antara itu? teruskan. He's not at the losing end.titik.




apakah kehidupan ini?



Bismillah…

Kali ini serius.

Saya memang super duper bizi tahap x boleh nk update belog.

Hehh~

Tapi inshaALLAH masih punya masa untuk makan sambil menaip, maknanya, belum mencapai KPI yang ditetapkan untuk claim title bizi.

Cuma kadang-kala terlepas stesen dan train. Juga melintas jalan secara menonong sebab otak sudah tidak mampu focus. Oh, ada juga simtom pre-menopause sebab bila cakap, selain combine syllables, saya juga cakap fakta yang salah tetapi yakin apa yang saya cakap itu adalah sesuatu yang benar. Weng – weng.

Kritikal.

Bila fikirkan masalah, sebenarnya, selalunya, it’s us who tend to make a BIG fuss about it when others are suffering more than us. Setiap kali down, akan teringat k.aiza (bukan nama sebenar). Bagaimana beliau struggle dan cuba bertahan. Teringat yana (bukan nama sebenar) bagaimana dia lebih teruk diuji.

Dan sampai tahap ini… andai ada masalah atau silap, jangan melihat dan menimpakan beban itu pada orang lain. Pada keadaan. Tetapi pada diri sendiri.

Ya, ini masalah saya.

Atau, saya yang sebenarnya bermasalah?

Errr… yang pasti, it’s not about how we’re doing with others.

It’s not about what and how will others perceive our condition later.

It’s not what others would think about us if we do so and so… orang lain takkan ada kaitan dengan kita. Langsung. Yang ada hanya DIA juga diri kita sendiri. Or shall I be more exact by saying diri saya sendiri?





Ya, apa pun juga keadaannya, sesulit atau semacam apa pun, tidak perlu sandarkan salah pada orang sekeliling. Tak perlu fakir apa orang lain akan fakir semula tentang kita yang nampaknya bertindak bodoh atau culas. Kerana akhirnya, DIA yang akan menentukan. DIA lebih tahu apa yang kita nyatakan, juga apa yang kita cuba sembunyikan.

Malu.

Sampai saat ini, DIA masih memegang kejap aib juga kelemahanku. Sedang aku…?


TT____________TT