.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Sunday, October 23, 2011

keSOBARan...




In the name of Allah, my Lord, my Everything.



Kita hanya boleh memberi apa yang kita punya.


Jam sudah lepas pukul 10 malam. Alhamdulillah ada Najah (bukan nama sebenar) untuk menghantar saya ke KTM Padang Jawa. Saya perlu ke Ansar untuk menumpang seorang sister untuk ke mukhaiyam (read: perkhemahan) esoknya di Ulu Yam dengan mak cik – mak cik yang comel dan baik hati.



Prior to that, saya menjalankan kerja-kerja ‘amal jariah’ di office Dr.O (bukan nama sebenar), sebelum saya dan Najah (bukan nama sebenar) menghadiri orentasi IELTS di Subang Jaya. Baru saja saya bertanya soal clutch dalam perjalanan pulang, konon tidak mahu tertipu dengan inche abang yang mana satu pedal clutch, yang mana satu stereng kereta, saya terpaksa menolak kereta Najah (bukan nama sebenar). Ya, pedal clutch Najah (bukan nama sebenar) patah. Tengah-tengah jalan raya, menuju highway. On top of that, sedang ribut dan hujan. Syurga~



Oh, bukan mahu highlight kejadian memburu foreman di senja hari, tetapi kejadian di KTM Padang Jawa.



Ya, Kita hanya boleh memberi apa yang kita punya.



Harap maklum, jam-jam begini, memang tiada kaunter tiket yang dibuka. Makanya, saya terpaksa membeli tiket melalui mesin sahaja. Ada dua mesin. Mesin 1, gelap tidak berlampu. Mesin 2 menyala-nyala, tetapi hanya menerima wang syiling sahaja. Syurga~



Me: Pak Cik, mesin (Mesin 2)ni rosak ke? Saya tak ada coins

Pak Cik Pengawal : (mengunjukkan Mesin 1 denga kayu chota nya)

Me: tak menyala pun, rosak ke?

Pak Cik Pengawal : tak (masih mengunjukkan Mesin 1 denga kayu chota nya)

Me: tak rosak ke? (sangat curious, sudah menghampiri Pak Cik Pengawal untuk meminjam wang syiling jika dia punya)

Pak Cik Pengawal : TAK! ORANG DAH KATA TAK, TU, TAK LAH. GUNA LAH DULU bla.. bla.. blaa…

Me: Terkesima*



Kurang lima saat selepas itu terus saya bagi sedasss ------> tak perlulah garang sangat.



Saya sudah terkejut dijerkah didepan khalayak begitu. Tetapi saya lebih terkejut dengan respon saya kepada Pak Cik Pengawal. Apakahh…?







Ya, Kita hanya boleh memberi apa yang kita punya.



Apa yang saya ada dalam hati, sehingga saya boleh membalas sebegitu?



Ya, mungkin bukan sebahagian daripada tugasnya mengawal mesin tiket dan menjawab pertanyaan orang awam yang jelas tidak suka berurusan dengan mesin (seperti saya). Mungkin termasuk saya, sudah 89 kali dia menjawab soalan yang sama malam itu, dan dia sudah naik jelak dengan rutin begitu. (oh, selepas saya, ada seorang lelaki hampir bergaduh dengan Pak Cik Pengawal yang bukan tugasnya menjaga mesin 1 dan mesin 2 itu atas sebab yang sama dengan saya =_=’)



Ya, Kita hanya boleh memberi apa yang kita punya.



Teringat kisah Nabi Isa as ketika baginda sedang duduk bersama-sama para pengikutnya, mempelajari ajaran Injil yang benar. Waktu itu, baginda didatangi oleh seorang lelaki yang marah-marah dan memaki hamunnya di khalayak ramai kerana tidak bersetuju dengan apa yang baginda sampiakan kepada kaumnya, dihadapan para murid juga pengikutnya yang setia.



Dan baginda hanya diam mendengar sambil memaniskan wajah. Selesai urusan orang itu yang datang semata-mata hanya mahu melepaskan nafsu amarahnya, baginda as telah menghadiahi dia buah-buahan yang enak yang baginda punya dengan penuh lapang dada juga senyuman yang tidak lekang dari wajah.



Para pengikutnya yang menyaksikan marah.



Pengikut2: Kenapa anda masih berbuat baik dengan orang yang sebegitu? (tidak puas hati)

Nabi Isa as: Ketahuilah, kita hanya boleh memberi apa yang kita punya.



In a way, it’s not only about the best and sweet fruits which the prophet gave to that man, but it is beyond that.

Beyond our material and physical wealth. It’s within us. The heart.



Apa yang ada dalam fikiran kita, itu yang akan kita keluarkan. Apa yang ada dalam hati kita, itu yang akan kita luahkan. Refleks kembali respon saya kepada Pak CIk Pengawal tadi.



Jauh. Panggang. Dari. Api. -_-“



Tiada senyuman balas. Tiada ucapan terima kasih atau wajah yang manis untuk dia. +_-



Selalunya, dengan penyakit delayed respond saya, saya tidak akan sempat membalas (sebab akan terkedu dahulu dan berfikir lama harus rasa apa dan mahu bereaksi bagaimana). Dan selalunya, bila saya sudah mampu memikirkan respon yang baik, saya akan terlepas peluang itu. =_=’



Dan sungguh, Kita hanya boleh memberi apa yang kita punya



“… hanya orang yang berakal sahaja yang mampu mengambil pelajaran. Iaitu orang yang memenuhi janji Allah dan tidak melanggar perjanjian. Dan orang-orang yang menghubungkan apa yang diperintahkan Allah untuk menghubungkan (silaturrahim) dan mereka takut kepada Tuhannya, dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang yang SABAR KERANA MENGHARAP KEREDHAAN TUHANNYA, melaksanakan solat dan menginfakkan sebehagian ezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi-sembunyi atau terang-terang, serta MENOLAK KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN, itulah orang yang mendapat kesudahan yang baik” (ArRa’d 13: 19-22)



Ya, key points di situ ------>


1. Bersabar kerana Tuhan


Sabar itu pada permulaan. Tidak dipanggil sabar jika sudah selesai memaki hamun dan bersangka buruk selepas sesuatu itu berlaku, tetapi bersabar dari permulaannya.



Pemarah 1: %^^**())%$#@@ (ayat-ayat marah). Sabar je laaaaahhh !


-----> eh, simpan saja sabar anda yg berada di hujung tu. Anda sudah berjaya melukakan dan mengorak rabak hati saudara anda dahulu sebelum anda merasa yang anda sudah berusaha untuk bersabar.



2. Membalas kejahatan dengan kebaikan


Orang melayu kata, orang baling batu, kita bagi bunga. Ya, selalunya orang fire sekali sahaja, dan kita balas balik 10 kali ganda :p uhhh -_-“


Macam mana kita nak dapat yang ini…?



“...itulah orang yang mendapat kesudahan yang baik. Iaitu syurga-syurga And, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang saleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu” (ArRa’d 13: 22-23)



Lesson learnt.






6 comments:

  1. munaaaa.anda tahu,saya juga diuji dengan nikmat sabar tempoh hari.betul kan,kalau dah fail di permulaan,bukan nama sabar dah kalau hanya 'melisankannya' di mulut (sedih)

    ReplyDelete
  2. Anis: huuu latihan sepanjang hidup iA ;)yg pnting, cara terima dan bagaimana kta mahu brtindak di masa hadapan iA ;)

    smoga Allah terus jg kita semua, aminn **,

    ReplyDelete
  3. psl nabi Isa a.s nih.kak ct penah dgr yang perumpamaan pakcik hari tu bg,"teko hanya mengeluarkan isinya" ... fhm kan maksudnya... peringatan utk diriku especeli kejadian di ptg jumaat yang deras dilanda hujan...dingin hujan pun x mampu men'cool'kan diri yg sedang marah.

    ReplyDelete
  4. “Balaslah perbuatan buruk mereka dengan yg lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.” almukminun 96

    *tadabur ayat di atas dalam hati*

    sangat teringat exmurabbi saya kata bila saya cerita kan ttg org kutuk kat fb. pastu belau kata, takpe..kita lalu sambil beri salam. ingat tak ayat tu? yang pasal beri salam tu? tak ingat ayat mana

    tapi, Allah sendiri kata takyah balas sesuatu keburukan dengan keburukan, sebab orang2 ni ada yang tak berapa faham, namun, kita lah yg bertanggungawab tunjukkan qudwah yg paling baik disisi NYa.

    kdg2 kita sendiri ada marah. dan ego. bila bengang n geram mmg terasa macam nak balas sedas dua yang malatop bia pecah kepala and puas hati, but kita lupa. kalau kita balas dengan kebaikan, teringat2 syurga yang masa itu takde sapa pun akan marah, suma org bekasih sayang dan begembira. and set in mind yang “you may lose the battle but you win the war”

    kan? dunia hanya sekadar dunia

    kan?

    ini sebenarnya cakap dengan cermin sebab antara semua dalam usrahmate saya, saya lah org yang paling kurang sabar, cakap lepas, pemarah, garang, emo namun paling cepat menangis. huk

    okay, saya pembebel tegar

    love,
    si comot

    ReplyDelete
  5. miss sheikh:

    kakak, jzkk utk sharing ny.. huuu best dn sgt kena perbandingan teko dgn isinya tu... ^^,

    sabar, nyata bukan sekadar di bibir saja kn..

    selamat brcuti di kg! ;)

    ReplyDelete
  6. si comot yana:

    “you may lose the battle but you win the war”

    that really hits la ;) haiii

    mmg sbnrny klau sabar dn diam, x rugi apa2 pun. bertenang tu, sifat malaikat yg harus kita warisi (kn ad hadis yg gopoh2 tu dri syaitan, yg tenang2 tu dri malaikat)

    smoga trus mnjadi insan tabah

    hey

    saya rindu anda... T___T

    ReplyDelete