.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Saturday, April 7, 2012

It Has Never Been Easy. Quote. Unquote.

Bismillah...



nak membina manusia bukan kerja mudah.
tak senang macam bancuh kopi 3 dalam 1.
masak air, tuang premix coffee, kacau dengan plastik sachet (err. macam familiar) dan,
tadaaaaaaaa~ siap untuk dihidang. eh.



teringat kak siti (bukan nama sebenar) pernah kongsi,



tak ramai yang bertahan untuk membina diri sendiri,
lebih ramai yang tak dapat bertahan untuk membina orang lain.




ouuhhh, itu sangat merobek hati Y______Y








suatu masa, saya merasa lelah dan buntu. mungkin sedih dan juga sedikit kecewa dengan diri juga binaan saya. dan rasa itu saya kongsikan dengan seorang sahabat yang paling saya sayang. kerana memang tiada yang palsu dengan dua premis kak siti (bukan nama sebenar) di atas.




"kamu tak boleh nak banding-bandingkan adik-adik kamu. yang dah fly tu, takkan sama dengan yang kita baru dapat. lain orang yang nak kita dengan orang yang kita pula yang nak kan dia.



macam kalau kita dah kahwin dengan suami baru. tapi sampai sekarang asyik teringat dan kenangkan suami lama kita je... sampai bila pun kita takkan boleh nak mulakan hidup dengan suami baru tu dan bina hubungan yang best. macam tu la kamu dengan adik-adik baru ni. jangan expect yang sama"




dan jawapan dia buat saya berfikir dalam. dan lama. bukan sebab metafora kehidupan suami isteri tu, tapi sebenarnya nature perhubungan kita sesama manusia.




setiap insan berbeza dan perlu cara yang berbeza untuk disantuni.
sounds so lamed tapi memang itulah namannya manusia.




bila kita expect sesuatu, kita akan rasa frust menonggeng kalau tak dapat nak meet the expectations. tetapi kalau kita berhenti mengharap yang tinggi-tinggi, kita akan sangat surprise even dengan perkara kecil tetapi akan nampak besar pada kita.




sebab kita tak mengaharap apa pun dari mereka.




mudah kan, rahsia bahagia?




sememangnya pleasant surprise tu lagi gila BEST daripada frustration. =_='




dan untuk merasa sedih itu, kerana apa pula?




kalau benar kerana Allah, harusnya rasa yang tinggal itu hanya ikhlas dan redha atas apa yang berlaku.




tetapi , itu pun setelah benar-benar berjerih perih. kalau buat sekadarnya sahaja dan bila rasa perlu sahaja, memang tak payah nak mengigau di siang hari.




wake up and get back to reality. itu wishful thinking namanya.









nabi Nuh a.s sendiri sahaja berdakwah selama 1000 tahun, kurang lima puluh. siapa kita mahu mengeluh? baginda a.s boleh la nak hantar full blown thesis yang setebal himpunan journal 50 edisi pada Tuhan tentang kaumnya, juga segala eksperimen dan metod yang baginda guna juga hasil akhirnya.




kita? jangankan disertasi pendek, essay dengan 500 patah kata pun belum tentu dapat kita justify depan Tuhan nanti.




wahaiiiiii~




yes, it has never been easy. kerana syurga itu bukan murah nilainya.




"dan bersabarlah engkau bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharapkan wajahNya (keredhaanNya).

dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia;

dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya dan kedaannya sudah melewati batas" (AlKahfi 18:28)




p/s: hari rabu ni cuti umum hey! let's plan and execute something! jangan biar futur2 tu nampak macam gula-gula kapas yang sedap, sedanf ia mengundang padah! err..







6 comments:

  1. kalau mudah membina manusia, sekarang sure dah susun batu bata tingkat ke berapa dah kan.

    yang penting hablumminallah. then baru hablumminannas.

    yana belajar cara dakwah org sini, berbeza dengan kita bila mereka betul2 berkonsepkkan hablumminallah tu. kalau kita akan DF betul2 di awal dengan material n kasih sayang kan. tapi mereka tak guna material. teringat masa yana bawa kek yang yana bake sendiri untuk usrah adik2 pastu akhwat tu kata, dia tak ada masa nak buat semua ni.. lain kan cara nak mendekati mad'u tu ikut kesesuaian budaya dan masyarakat. dan mereka memang lain caranya nak dekati. (BahasaMelayu saya dah kronik rasanya). itulah seni dan kreativiti kan..

    apa pun, buka hati luas2 untuk beri kasih sayang, dan ingat yang setiap mad'u kita adalah amanah dan pinjaman Allah

    ok lah. ari ni nak cuti

    bai cik imut <3

    love

    ReplyDelete
  2. wahaiiii cuti eh? bestnye :)
    smoga Allah berkahi masa dn usaha anda ;)


    ye lah, kalau mmbina mnusia tu mcm buat menara kl, dh lama siap...tpi ni manusia. mark that, muna.

    humn...
    betullah, point to ponder. mcm mana kita dgn Dia? x payah nk pecah kepala sgt la dgn manusia...kalau Allah pun blum btul2 clear dn ok, toksah brmimpi di siang hari la...

    jzkk yana utk ingatan. air asia ada sale skrg ke jakarta. shud i book?

    mish u love~

    ReplyDelete
  3. book book!!! rindulah datang la siniii

    ReplyDelete