.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Tuesday, April 12, 2011

Gadis Bermasalah pt.2



bismillah...



Makanya, kami meneruskan sesi pujuk-memujuk which I never could trust myself doing it. Huuuhh…. So, that’s the end of the story.



Itu je la… tak ada ending tragis atau apa-apa yang sewaktu dengannya. That kakak’s identity is still maintained ‘mysterious’ because she’s so ‘very the secretive to tell us a slight hint or cue about what’s happening but never mind, guess we left her in a better condition because she was able to say another phrase rather than



“Tak nak balik… tak nak balik….”



she said …



“Tak apa, nanti saya balik sendiri”



Heheee ^^ Hahh…? Tak ke bagus tu?



Yang tak bagusnya, kita orang ni hah yang tersadai tengah-tengah alam pukul 12.30 pagi… homaiii… cik adik yang cantik tu dah berlalu dengan ‘kawan’ nya. redha je la. Tadi saya sendiri, dan bukan apa-apa jika harus pulang sendiri juga. That was the condition and things occurred were my choices.



Motif cerita ni? Errr…. Inilah perkara yang saya tidak dapat digest dari saat saya meninggalkan ‘gadis bermasalah’ tu, semalam. Semoga Allah lindungi dia dan temukan dia dengan orang-orang yang baik dan bersikap lemah-lembut terhadap dia.



Memang agak kasihan, seorang-seorang dalam gelap dan lumpur yang kotor. Bukan ramai yang mahu turun ke dalam lumpur itu untuk membawa dia keluar. Atau sebenarnya, tak perasan pun. Atau yang lebih perit hakikatnya, tak mahu ambil kisah pun.



Kalau saja saya bersikap ignorant juga sel ikan (selfish), sungguh saya tidak tahu jawapan apa yang akan saya beri bila dia menuntutnya nanti, di hadapan Dia. Allah…



Sungguh apa yang berlaku itu dengn seizin Dia. Kalaulah Dia tidak mengkehendakinya,pastilah saya juga tidak akan berjaya melakukan walau sekecil-kecil perkara baik di sisiNya.



“Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan kebaikan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.” (at Takwir 81:29)



“Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan kebaikan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (al Insan 76:30)



Perhaps, the most that I could do was to pull her out of that muddy and mucky ‘parit’ or may be provide her some other assistance, anything that I can do.



Entahlah. Itu perkara lahiriah yang memang kita nampak. Sakit, derita, kotor, dan hampa. Itu perkara yang dekat, ada depan mata. Tapi, perkara yang tidak terlihat oleh mata, yang berada jauh dari pandangannya itu yang patut lebih kita risaukan. Which is, the REAL condition of ourselves.



Hakikatnya, sebenarnya ramai di antara kita yang masih selesa di dalamlumpur’ yang kotor tu sama macam apa yang Syed Qutb katakan dalam mukaddimah Fidzilalil Quran nya. Menikmati hidup yang penuh dengan angan kosong juga perkara yang sia-sia, tidak kekal lama.



Kita hidup untuk ke ‘sana’. Dunia ini penting hanya kerana adanya akhirat. Kalaulah hidup kita di sini pun tak ‘terjaga’, bagaimanalah di sana nanti, kan? Logic lah kan? Kita solat, inshaAllah, ramai aja orang yang solat. Kita sedekah, inshaAllah lebih banyak yang orang lain mampu berikan daripada kita.



Kalaulah syurga itu ada limited edition pass, mampu ke agaknya kita nak dapat satu, bila orang lain perform much better than us? Agak-agaknya lah kan, ibadah yang macam mana yang Dia mentioned dalam Quran tu?



“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (ad Dzariyat 51:56)



Mashitah kata, mungkin inilah tanda yang ‘kerja-kerja’ merawat penyakit yang melanda kita sekarang masih sangat banyak. As described by Inche Kahfi 88, “Pangkalnya jauh, hujungnya belum tiba”.



Ya, tanggungjawab bagi yang berada di tempat yang selesa, baik, harum, wangi dan beruntung untuk menarik keluar mereka yang ada di dalam ‘lumpur’ itu. Tapi…



“Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barang siapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barang siapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara (mu).” (al An’aam 6:104)



Sang Nabi s.a.w yang amat mencintai kita itu pun bukanlah pemelihara mutlak kita. Mengharap syafaat, sedang sunnahnya, sangat-sangat berat kita amalkan. Mengharap syafaat, sedang selawat keatas Baginda s.a.w pun jarang sekali meniti di bibir.



Apa yang mampu kita andalkan sekarng ni? Mungkin harus mula dengan perkara yang paling asas -----> diri sendiri dahulu. Kita harus MAHU membenarkan kebaikan untuk berlaku dalam diri kita. Membenarkan in sense of, MENERIMA dan MENGHARGAI apa juga bentuk KEBAIKAN yang DIA mahu beri kepada kita. Semoga hidayahNYA tidak jemu mengetuk dan masuk ke dalam diri…



Makanya, ia kerja kedua-dua belah pihak. Mutual interest inshaALLAH, barulah senang cerita. Mari buat sehabis baik! Kita diterima atau tidak, itu bukan persoalannya sebab …



“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (al Qasaas 28:56)



Tapi, persoalannya ialah sebaik mana kita memberi… sebagai bukti dan tanda sayang kita kepada mereka yang kita sayang... [sedih………………………………]




Allah hu’Alam



2 comments:

  1. hari tu ada idea nak komen. hari ini macam dah blank pula.

    tapikan itulah, kita kan selalu tak tahu apa yang orang lain hadapi dalam kehidupan dia

    dan kita juga harus hargai apa yang berlaku dalam hidup kita

    dan kita dua, kena selalu ambil pengajaran dari apa yang di antara kita dah hadapi dan lakukan.

    terima kasih kerana berkongsi kehidupan dan pengalaman dengan saya!

    seronoknya bercuti separuh hari di hari jumaat. selamat berweekend! dan sudah pasti weekend akan lebih sibuk berbanding hari-hari lain kan?

    ReplyDelete
  2. huuu... iA ap yg trtulis itu yg trbaik utk sy dn kamu inshaALLAH...

    sila kongsikn cerita kamu juga ya... tak adil begini (xcept, sy balas 2 emel kamu dgn 1 saja dari saya) hehee ^^

    smoga kita akn trus mnjadi aset yg brharga pd org lain...

    selamat brhujung minggu juga! smoga wiken kali ini dpt mngubah kita ke arah yg lebih baik iA :)

    misyu,ukhti

    ReplyDelete