in the name of Allah, my Lord, my Everything...
alangkah syahdu menjadi kepompong, berkarya dalam diam,
bertahan dalam kesempitan.
tetapi bila tiba waktu untuk menjadi kupu-kupu,
tak ada pilihan selain terbang menari;
melantun kebaikan antara bunga,
menabur keindahan kepada dunia.
dan angin pun memeluknya,
dalam sejuk dan wangi syurga.
alangkah damai menjadi bebijian; bersembunyi di kegelapan,
menanti siraman hujan, menggali hunjaman dalam-dalam.
tapi, bila tiba saat untuk tumbuh mekar,
tak ada pilihan kecuali menyeruak menampilkan diri;
bercecabang menggapai langit,
membagikan buah manis di setiap musim
pada segenap penghuni bumi.
dan matahari pun mendakapnya, dalam hangat serta cahaya.
aku cemburu.
maka kutulis bait ini untuk jiwaku dengan harap dan rindu;
berkilaulah jiwa dalam dakapan ukhwah!
-Salim A.Fillah
-Dalam Dakapan Ukhwah
tak baca lagi buku beliau yang ini. serius mampu menghasilkan air mata hujan? kalau begitu, nak try baca satu.
ReplyDeletesaksikan aku seorang muslim tak habis baca lagi, still pending.
bestkan bila dalam dakapan ukhwah yang hadir selepas keimanan..
seriyesss wa cakap luu... hehee
ReplyDeleteAllah huAkbar... Dia yg mmberi rasa iA..
wahhh sy cri buku tu x jumpa2 ag...
betul cakap yna... iman dulu, baru ukhwah kn?
hee ^^ mmg nikmatnya lazat berkrim.... di sukai ramai ^^