.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Monday, August 15, 2011

Ada Ke, Tak Ada Ke, Sama Je…



Bismillah…

Penyibuk Kelas 1: wahhh… aku kagum betul lah dengan kau ni.

Perasan Kelas2: Eh, apa yang nak dikagumkannya? (tersengih-sengih sambil sibuk melarikan mouse, main DOTA)

Penyibuk Kelas 1: tak ada lah, aku tengok, kau ni, bulan puasa pun cergas aje, macam tak puasa pulak…

Perasan Kelas2: Kau nak kata aku tak puasa la sekarang ni? (makin kuat menekan key board pula. geram)

Penyibuk Kelas 1: Eh, jangan salah faham, maksud aku, kau maintain okay even kau puasa, macam bulan yang bukan bulan puasa pun…

Perasan Kelas2: mestilah, takkan la sebab puasa kita nak longlai je kot ? sahabat nabi dulu, siap pegi berperang bagai tau bulan-bulan puasa macam ni…

Penyibuk Kelas 1: ye jugak. Tapi, diorang masa bulan puasa tak main DOTA bagai nak rak, macam kau kan…? Diorang lumba kejar buat pahala

Perasan Kelas2: -_-“

Kita kah itu…?

Nauzubillah…

Kenapa agaknya ya, asal bulan puasa je, macam-macam tazkirah, show, ceramah kat tv, radio hatta belog-belog dan website rasmi UiTM pun menyajikan hidangan yang lazat untuk rohani kita?

Debater Agung: Kau tak tahu? Ramadhan kan pesta ibadah… so, semua orang berlumba-lumba lah nak dapatkan ganjaran yang berlipat ganda tu… siapa nak ketinggalan? Rugi woooo gwa cakap lu…

Insan Kerdil: habis tu, bulan lain tak payah nak beribadah macam tu ke?

Debater Agung: Errr…

Insan Kerdil: kalau macam tu, kita ni, sebenarnya hamba ALLAH ke, hamba Ramadhaneyh?

Astaghfirullah al Aziim…




Macam mana ya?

Kalau kita ambil peluang bulan ramadhan ni bersedekah, bertadarus, berjemaah di masjid dan surau, tu kira dah Alhamdulillah sangat la tu… even after or before ramdhan kita macam back to basic ----> menjalani hidup biasa yang punya hubungan biasa-biasa saja dengan ALLAH


Kalau bulan puasa pun, kita macam sama aje dengan bulan tak puasa, tak ke rasa macamhampeh?


Kalau puasa kita tu macam hanya menahan lapar dan dahaga aje, agak-agaknya, worthy ke kita puasa?


I mean, no tadarus, solat pun hujung waktu, tak menundukkan pandangan dan tak menahan marah serta banyak la lagi perkara-perkara lain yang patut kita polish masa bulan puasa ni kita tak buat pun…


Yang kita buat hanyalah, tahan lapar dan dahaga aje.


Worthy ke puasa kita tu?


Baik tak payah puasa!

Eh.

Astaghfirullah al aziim…


Bukan nak ajar tak puasa, tapi nak ajak sama-sama kita baiki mutu dan tahap amalan kita.


Macam mana kita nak claim kita dapat degree taqwa (even rasa mcam jauh dan susah) tu kalau kita tak berbuat seperti yang sepatutnya?


Taqwa tu bukan takut.

Takut tu Khauf… takutkan Allah tu Khauf.





Taqwa tu, bak kata Ka’ab apabila ditanya oleh Umar alFaruq…

‘Umpama kamu berjalan di atas jalan yang sempit dan penuh duri. Pastinya kamu sangat berhti-hati, takut kerpijak duri dan takut pakaian kamu tercarik dengan duri-duri itu’


Contohnya, macam kita kunci pintu rumah dan pasang safety alarm.


Kenapa kita kunci pintu rumah dan pasang safety alarm? Sebab kita takut pencuri masuk.


Kita kunci pintu rumah dan pasang safety alarm tu sebab takut. Takut tu la yang kita umpamakan dengan Khauf. Perbuatan kunci pintu rumah dan pasang safety alarm tu lah taqwa. The DEEDS.


The very deeds yang kita buat sebagai langkah berjaga-jaga dan berhati-hati itulah taqwa. Takut Allah murka, dan berbuat kerana mahu DIA redha. inshaALLAH.


Kalau kita tak dapat even sikit cebisan taqwa tu, rugilah kita…


Macam ulat bulu naik daun, eh. Macam ulat bulu yang nak masuk ke dalam kepompong ramadhan tapi keluar tak jadi rama-rama pun.


One thing, ada hadis yang meriwayatkan bahawa, CELAKA lah barang siapa yang kelaur dari bulan ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan ALLAH…


Jom muhasabah puasa kita… di tahap mana?


Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: setiap amalan anak adam adalah baginya, melainkan puasanya. Ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka sia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meniggi suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Aku berpuasa demu Tuhan di mana diri Muhammad di tanganNYa. Maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari Qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan, yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu dengan Tuhannya, dia bergembira dengan puasanya.

(HR Iman Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)







vid ini sgt menarik. mahu share dengan anda!




6 comments:

  1. nicely written!

    :)

    semoga kita sama-sama peroleh sifat itu. bukan senang kan nak dapat taqwa tu..

    ReplyDelete
  2. ha..
    nice vid muna~~

    totally agreed with the post..huk3..~~
    masih ada masa lagi..jom improve ibadah kita dan istiqamah~~

    ReplyDelete
  3. yana syg; alhamdulillah...Allah huAkbar :)

    usaha, mutu, keunggulan! hehee ^^

    mish u la... smoga ibadah kita diterima :)

    ReplyDelete
  4. shiah: alhamdulillah :)

    smoga bermanfaat ;)
    jom jaga dn tingktkn mutu ibadah yg sida ada ;)

    jom la dtg umah ;)

    ReplyDelete
  5. munaaa :)

    banyak sangat nak cakap tapi mc tak terkeluar.mcm mana tu.selamat berpuasa ^^

    ReplyDelete
  6. anis syg: keep it to urself la mcm tu heheee

    x la, jdi rahsia la mcm tu, btween u n HIM :) sweet je ^^

    hey smlm mimpi anis.
    anis sihat ke? semua ok?

    ReplyDelete