Bismillah…
Alhamdulillah, Alhamdulillah… Alhamdulillah
Allah huAkbar.
Seriyesli, tak terhihtung banyaknya nikmat dan kurnia Dia buat kita. Kesempatan juga peluang yang dia hadirkan dalam setiap detik hidup kita untuk mengenal Dia, mencari erti hidup dan untuk sedar, kembali pada Dia.
Ramadhan datang lagi.
Selalunya verse yang ke 183 daripada surah kedua dalam alQuran ni yang paling femes dituliskan di dinding-dinding muka buku juga yang dihantar lewat mesej pesanan ringkas…
“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu agar kamu berTAQWA” (2:183)
Dan mungkin ia tamat di situ.
Bersambung pula dengan sambutan hangat di bazaar ramadhan, jualan mega jakel, moreh di masjid negeri etc.
Itulah ROH ramadhan di Malaysia.
Hakikat.
Ke?
Allah huAlam.
Si Arissa yang menulis mungkin tidak jauh dari definisi ROH ramadhan di atas.
Arissa-hati besar: Apa nak buat. Dah memang kita duduk di Malaysia. Bukan planet Jupiter atau bumi berkah, Makkah alMukarramah. Pergi dengan arus (go with the flow) ajelah… mana nak lari lagi?
Arissa-hati kecil: Travel lah, backpacking, untuk rasai ramadhan yang hidup tu di tempat-tempat yang tak declare pun Negara mereka tu Negara islam. OZ ke, UK ke… barulah thrill. Barulah ada life…! Macam Fend dengan Chad ;)
Arissa-hati besar: errr… duit dalam uncang magic ada bape sen?. Bercita-cita tinggi itu bagus. Tapi… reality nya sekarang ni…. Nak bayar duit sewa pun kena buat loan dengan inche abah. Apa cerita?
Arissa-hati kecil: and that’s it…? Gi-la L.O.S.E.R.
Arissa: -_- *sigh
Roh Ramadhan
Taqwa
Adakah keduanya perkara yang tidak lain melainkan hanya mustahil dan tidak mungkin semata-mata?
Oh… sudah tentu tidak! If not, takkanlah Dia janji semua tu, kan?
If there’s no such bi’ah solehah (suasana/persekitaran yang baik) CREATE one.
Mungkin perlu mulakan dengan target atau planat.
Macam ni…
Takkanlah aktiviti dan benda lain bukan main sistematik dan canggih tapi tang ramadhan, hampeh kan…?
Mari merancang dan mari melaksanakan sebanyak-banyak ibadah dalam bulan yang penuh barakah juga maghfirah ini.
Semoga ibadah-ibadah yang kita lakukan dapat jadi anak tangga kita menuju TAQWA juga bekalan kita menempuh 11 bulan lain yang mendatang selepas ramadhan ni (kalau panjang umurlah).
Mulakan sedikit demi sedikit tetapi berterusan.
”Undoubtedly, the one who purifies (their soul) has succeeded. And the one who soiled (their soul) has certainly failed.”(91:9-10)
Ramadhan ni macam sekolah. Macam kita akan sit untuk SPM or something dan targetnya mestilah nak dapat straight As dalam test tu kan? Straight As tu la TAQWA, sebagai hadiah mujahadah juga pengorbanan dan kesabaran kita sepanjang bulan ni.
Kita ni pula macam ulat bulu. Or ulat daun. Dan akan masuk ke dalam kepompong ramadhan supaya metamorphosis yang kita undergo tu, boleh jadikan kita rama-rama yang terbang cantik.
Oh, mungkin ada yang tidak tahu, ulat bulu ni akan berpuasa masa proses pertukaran tu. Yelah, dalam kepompong, nak makan apa?
Dengan puasa tu lah dia boleh jadi rama-rama yang paling cantik. Kalau tak sabar etc, mungkin keluar dari kepompong, tak jadi apa pun. Sama je jadi ulat bulu macam asal.
Macam tulah kita. Dah penat puasa, mestilah kita mahu hasil yang best kan?
Mestilah lepas keluar dari kepompong ramadhan tu kita nak jadi rama-rama yang chanteq! Kalau kuar tapi jadi ulat bulu balik (means, habis pose, tabiat jahat dan sia-sia kita kembali kepada asal) kitalah golongan yang rugi tu.
Kalau kuar tu tak jadi ulat bulu, tapi jadi ulat lain… lagi haru!
Mari koreksi diri.
Setiap perubahan memerlukan pengorbanan. Yang penting, setting niat yang betul juga langkah pertama!
Sampai bila kita nak macam ni?
Sampai bila kita nak jalani hidup biasa yang punya hubungan BIASA saja dengan Allah?
Insan A: Tengoklah, kalau betul-betul dah sedia.
Insan Penyibuk: Ya, right~ . Entah sempat ke tidak tunggu sedia tu. Tengok-tengok dah kena soal dengan malaikat Munkar dengan Nakir. Siapa nak jawab?
Insan A: Akulah jawab! Kubur lain-lain hokey!
Insan Penyibuk: Cuba kau cakap macam tu depan Tuhan nanti. Berani ke?
“Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat (Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah karena mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya.” (7:146)
DUSH!
Rasa macam kena penampar jepun. Tepat kat batang hidung sendiri.
Memang nak bagi kena kat batang hidung sendiri pun. Takkan kat batang paip pulak, kan?
Astaghfirullah alAziim.
Semoga tangan yang menulis, juga mata yang pertama membaca lebih ringan amal juga perbuatannya.
Tiada istilah terlambat selagi matahari masih terbit di timur.
Tiada istilah siapa benar sekarang kerana masa hadapan bukan pada tangan kita.
Semoga kita tidak mati, melainkan dalam iman dan islam.
Oh, nak share ni…
Hehh.. cool kan?
Mari sertai mereka yang cool bergaya sepanjang bulan ramadhan ni (semoga terbawa-bawa walau dah habis ramadhan).
Jom ceate WAVE baru.
Orang dok sibuk garu iPad, iPhone dan segala bagai skrin yang gatal, kita garu muka surat tafsir quran kita ;)
Jom jadi Quran berjalan!
p/s: salam ramadhan kareem. Ampunkan salah sialap saya. Halakan segalanya. Semoga kita dapat menemui Dia genagan kegembiraan yang sejati juga jiwa yang paling sejahtera.
video di atas sangat cool!!!!
ReplyDeletehey, semoga mendapat satu cinta di bulan yang penuh barakah ini.. sama2 kumpul amal untuk grad dengan sifat taqwa hey!
saya dapat sesuatu dr muntij. sangat mengkesankan! boleh menangis kalau nak cerita. jum usrah online bincang pasal yang saya send tu jum! :) sibukkan diri dengan ibadah supaya jahiliah tak sempat nak mnyelit dalam masa kita..
misyubunch
love
yana syg:
ReplyDeletewahhhhhhhhhh
jom3...!!
bila..? heee ^^
msti sgt mnarik kn..?
Allah ...
oh... ada mcm byk bnda nk share tpi lupa
iA, nanti..
jumpa kak farah hehe
jom sibukkn dri ng bnda2 yg best!
mish u more
tima kasheh atas peringatan yang menarik ,,,,,,u made it well dear!!!!i wont stopp follwing yours ,,heheheh,,salam ramadan jugak
ReplyDeletedearest athirah;
ReplyDeletealhamdulillah, semoga kita sama2 ambil pengajaran dan rebut peluang dgn baik!
barakallah.. barakallah... **,