.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Thursday, October 20, 2011

macam-macam hal daaa...



Bismillah…


Belakangan ini banyak sungguh perkara yang tidak selesai-selesai.


Me: Inche X, apa cerita laptop saya?

Inche X: Laptop awak okay je. Saya sibuk sikit sekarang ni, nanti bila free, saya hantarkan.

Me: Terima kasih banyak (naive)


Itu dua minggu lepas, bila sepatutnya sudah selesai lebih awal dari itu. Dan saya masih dengan ‘considerate’ terlebih, memberi masa dan kelapangan, harta saya yang paling berharga.


Me: Inche X, saya ke sana ambil laptop, boleh?

-----> tiada balasan


Esoknya.


Me: Inche, saya ke sana ambil laptop. Laptop lama saya ni dah tak boleh nak buat kerja-kerja berat. (saya nak angkut pergi program dan yuyu pun berat). Minta tolong respon

Inche X: Laptop awak tu rosak baliklah. Bagi saya masa sampai hujung minggu ni, saya sibuk sikit. Nanti saya hantar ke rumah.


Tak tahu harus respon apa. marah dan bengang sebenarnya. Tetapi, tak tahu harus ditujukan kepada siapa? Kalau benar rosak, apa gunanya saya berkeras mahu ambil laptop tu?


Sehabis boleh saya mahu bersangaka baik dengan Inche X, yang dah pegang laptop tu sekian lama, dari bulan 7 hari tu, sampai nak masuk bulan 11 dah sekarang.


Mak: Entah-entah dia dah jual laptop tu kak

Me: Eh, takkan lah…


Elok saja saya masukkan RM25x.xx ke dalam akaun beliau, terus senyap. Takkan lah nak menipu wang ‘sekecil’ itu kan…? Saya yakin dia sangat sibuk, baru dinaikkan pangkat katanya.


Ya, sebelum itu pun saya sudah berusaha untuk mencari masa supaya saya dapat mengambil sendiri laptop itu yang katanya sudah ‘baik’.


Nanti, nanti… katanya belum siap format lah. Hardware tak adalah… entah.


Mungkinkah saya harus melupakan sahaja laptop itu juga harapan saya untuk menyiapkan proposal juga thesis saya sepanjang hayat saya menjadi master-jee ini?


T___________________________T


Ikut hati, memang malas mahu fikir dan ambil pusing. Tapi, saya tidak mampu. Hey, rosak-rosak pun, kalau dah tahap tak boleh guna, mestilah saya masih mahu melihat ‘bangkai’nya juga! Kalau iya pun boleh dibuat tukul saja (sebab dah rosak dan tak boleh nak repair lagi), biar saya yang guna tukul tu, bukan anda, okay?


Macam memperbesarkan isu. Laptop je pun (sob…sob…:’( huu).


Berbalik kepada tajuk sebenar. Banyak sungguh perkara yang idak selesai. Apa masalah saya?


Mungkin ini pengajaran.


Muna (bukan nama sebenar) sila semak kembali.


URUSAN SIAPA YANG KAU AMBIL RINGAN DAN TIDAK SELESAIKAN?


Buka tafsir, terus dapat ini:

‘Maka apabila manusia ditimpa bencana, dia menyeru Kami. Kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, ‘sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku’ sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui’ (azZumar 39 :49)

T___________________________T

3 comments:

  1. lamanye "dia" repair lappy Muna.kalo anta kedai pun paling2 semenggu boleh siap. sumting wrong sumwhere dkat inche itu kot.hehe:)

    ReplyDelete
  2. ima: huuu guess so, entah. he's kinda trusted person of our lecturers, so must so i trusted him T___T. x pe la, sabar dlu **, huuu

    ReplyDelete