.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Friday, February 10, 2012

chiku's






bismillah... :)



saya kurang pasti waktu menulis post ini harus suka atau cuak. cuak sebab tarikh defense untuk proposal sudah sangat dekat. dan sudah 3 hari berkampung di fakulti dengan
Dokter Pembimbing.









tapi memang seharusnya rasa yang ada itu syukur :)



semalam beliau belikan saya pau perasa ayam untuk sarapan pagi (comel kan? hehe).



semalam dan hari sebelum semalam beliau sepatutnya berehat di rumah, cuti sakit. tetapi beliau memilih untuk menolong saya berurusan dengan inche proposal. dari pagi sampai petang. dan sudah beberapa hari juga beliau terlepas waktu makan tengahari kerana menolong saya.



oh, minggu lepas, saya juga harus bertemu janji dengan beliau. setelah beberapa ketika menunggu beliau samapi dalam keadaan terhuyung hayang. aneh. kerana semua yang mengenali beliau pasti merasa pelik jika melihat orang seperti
Dokter Pembimbing saya berjalan sambil memegang dinding dan meja sebagai sokongan.



beliau jatuh di pejabat kwsp (perhatian: dokter pembimbing saya sudah berusia 60 tahun). dan masih menggagahkan diri untuk meneruskan temu janji dengan saya.



T___T



siang tadi keluar makan tengah hari dengan
Dokter Pembimbing dan beberapa orang pensyarah lain di fakulti. dalam kereta selepas selesai makan, pensyarah yang memandu menghulurkan sejambak (tak tahu jika ini penjodoh bilangan yang tepat atau tidak) kad dengan kata-kata motivasi. seorang lagi pensyarah lain memilih sekeping kad dan membacanya dengan kuat untuk kami semua dengar. dan kata-kata semangat itu membuatkan saya dan Dokter Pembimbing terdiam 2 saat.





----> EVERY MASTER WAS ONCE A DISASTER <----





Dokter Pembimbing: Did you hear that, muna (bukan nama sebenar)?

Saya: yes doctor.








"dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.

dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan dapat menjulang stinggi gunung"

(Al Isra' 17: 36,37)








8 comments:

  1. mummy xsht? kim slm kat die eh mun2 :)

    ReplyDelete
  2. Jaga diri, dik. InsyAllah will always pray for u..doa sama2 ye... Menempuhi masa-masa sukar ini...

    ReplyDelete
  3. nini kay:

    haah. she's not in a tiptop condition of health. doakan i sempat habis masters dulu eh hehee **, x la, doakan dia :)

    ReplyDelete
  4. kakak 'psycho':


    inshaAllah kak, mari kita semua berusaha. mungkin the 'thing' is our own selves kot kan?


    ^^, smga Allah mudahkan urusan DnT kak, that the dunya will follow :)

    mish u

    ReplyDelete
  5. waaah mengingatkan saya dengan dokter pembimbing saya.. sakit kadang-kadang sampai kena pergi rumah beliau..sebab beliau cuti rehat. kesian kan pada mereka yang berusia tapi masih mahu membantu kita untuk grad cepat2...

    ReplyDelete
  6. kan yanaaa...? hailaa
    kalau tak grad juga thun ni, mmg nak cari pasalllllll hehe

    semoga Allah beri kita semua kekuatan jg hidayahNya :)

    mish u!

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah.

    Saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan.

    Jemput baca post terbaru saya.

    Law kana bainana, aku harap kita beriman la na. :D

    ReplyDelete
  8. cik Agunci..

    salam kembali,

    mashaAllah, mmg jenis short, simple dan sweet ya?

    love the blog, adore the writer.
    smoga Allah redha dan jaga hati2 kita semua :)

    ReplyDelete