.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Friday, February 3, 2012

persembahan olok-olok







bismillah...




jam sudah menunjukkan tepat pukul 9.45 pagi. RED alert! Sumpah kalau lambat keluar, akan terlepas bas dan telat untuk temu janji dengan dokter pembimbing (read: supervisor).




bergelut dengan kantuk dan lelah, hampir satu jam juga bersiap setelah memastikan semua yang perlu dibawa juga di cetak keluar (read: print out) sudah diselamatkan (read: save) di dalam pen pemandu (read: pendrive). dan saya mengambil masa 'ekstra' untuk menunggu inche lappy padam dengan sepenuhnya. okey,tipu. kurang 30 saat menunggu saya memaksa inche lappy untuk padam secara manual.




11.30 pagi, selamat tiba di fakulti. dan sungguh, untuk semua perkara ada alamatnya. ada tanda-tandanya.


contoh:

1. leher membesar tanda kanser
2. sakit perut tanda mahu ke tandas
3. cakap putar-putar tanda kurang keyakinan. mungkin sedang menipu.
4. seorang ibu melahirkan tuannya, tanda dunia mahu kiamat. err
5. dan lain-lain.




tetapi, satu perkara yang saya suka maklumkan (based on empirical studies) LAPTOP ROSAK memang tak ada TANDA-TANDA yang menunjukkan lagi 27 minit dia akan meragam atau mogok lapar! eh -_-"




baikl
ah. itu yang terjadi sebenarnya, hujung minggu yang lalu. esoknya saya ada pembentangan olok-olok kertas kerja (read: mock defense) dan laptop saya padam, tanpa dapat diselamatkan langsung. slides untuk pembentangan olok-olok juga belum siap. apatah lagi draf yang sempurna untuk kertas kerja. oh, sebenarnya ini adalah kali ke tiga sepanjang hayat saya bergelar chiku. (chiku = young and novice researcher). menarik bukan?







tak ada apa pun yang signifikan sebenarnya. laptop sahaja yang rosak. saya masih dalam keadaan baik alhamdulillah. otak, paru-paru, buah pinggang juga jantung hati masih beroperasi seperti biasa. padahal seriyesssssssssssssss stressssssssssss. ingat proposal sahaja akan rasa mahu menangis. eh tak, maksud saya rasa 'teruja' [^^,"]. ehermmnn... (cleaning throat).




tapi inshaAllah, rahmat Tuhan itu luas. ada sahaja cara Dia mahu selamatkan hambaNya TT__________________TT (baiknya Allah). tak tahulah mahu cerita bagaimana. panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanng sangat.



ada Dr.O, inche Ammal, Dr.D, Nab (semuanya bukan nama sebenar) yang membantu di saat-saat kritikal. dan yang paling utama, doa dari emak dan juga yang lainnya yang membantu dan melancarkan perjalanan persembahan olok-olok saya. (read: presentation for mock defense).




Allah huAkbar, walillahilhamdh.




kesimpulannya, sabar juga usaha itu tiada batasnya, sampailah ke saat terakhir. jangan pernah berputus asa.




tiada apa yang mampu melemahkan kita, melainkan diri kita sendiri. dan terang sekali (read: apparently) peranan syaitonirrojiim yang sentiasa mahu kita menjauh dari rahmat juga kasih sayang Tuhan. yang mahu kita bersangka yang bukan-bukan kepada yang Maha Mencintai itu.




takut dan risau itu dua sifat yang melemahkan kita. sila jauhi mereka. maksud saya sifat-sifat tersebut. boleh jadi ada orang di sekeliling kita yang boleh menyebarkan viris tersebut juga. maka, tolong jaga minda juga hati kita agar tidak mudah terpengaruh.



untuk itu, kita mesti menanamkan rasa tenang dan yakin. dan keduanya tidak datang percuma. perlu usaha, ilmu juga persediaan. dan yang paling utama, HANYA dengan SEIZIN ALLAH sahaja semuanya berlaku. baik atau buruk. apa yang akan menimpa kita, pasti akan berlaku. begitu juga apa yang tidak akan menimpa kita pasti tidak akan berlaku. yakin dengan rahmat Tuhan!







"pena-pena telah pun diangkat. dan lembaran sudah pun kering"









No comments:

Post a Comment