.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Tuesday, March 20, 2012

follow the bandwagon



in the name of Allah, my everything :)



situation 1

claim : everybody love pepsi cola
conclusion : i must love pepsi cola



situation 2

claim : rakan sebaya sudah menikah
conclusion : saya juga harus menikah!




hahaaa (gelak hambar).
macam dah masuk kelas critical thinking pula.
soal nikah kahwin ini bukan macam main pondok-pondok. jauh sekali seperti mengikut trend bandwagon. kerana ini soal masa hadapan. bukan bahagia duniawi sahaja. ia membawa sampai ke syurga.



hidup ini komitmen untuk akhirat sana.


situasi 3

Kak S: Muna (bukan nama sebenar) dah isi borang BM?
Me: belum
Kak S: kenapa?
Me: takut.
Kak S: takut tu very subjective la dik
Me: -senyum-



wahaiii... ini sebenarnya satu panggilan untuk saya. eh, bukan panggilan haji, sampai seru untuk menikah atau apa-apa jenis calling yang sewaktu dengannya. tetapi sebuah bentuk kesedaran.



ramai, bila sampai soal jodoh, usaha tak boleh kalah.
jodoh tak datang bergolek, dik.
butuh usaha.
tetapi usaha yang bagaimana yang seharusnya kita utamakan?
dengan pacaran?
atau dengan bersosial?



tetapi bila tiba soal hidayah, masih bertunggu, bertangguh.
nantilah, bila dan sampai masa, bila dah sampai seru, atau agak-agak dan ready,
aku berubahlah.
malasnya kita bila tiba soal kebaikan.
sedang Tuhan menghamparkan syurga seluas langit dan bumi buat kita
malah menyeru kita untuk bersegera untuk berbuat kebajikan untuk syurgaNYA.




jodoh itu belum tentu lagi, tetapi mati sudah konfem pasti.
dan kita masih berusaha dan bersedia untuk uncertainties itu.
bukan salah, tetapi keutamaan kita di mana?
antara urgent dengan important.




teringat perkongsian seorang sahabat, apabila ada sister yang ditanya soal BM di hujung pengajian.


Mak Naqibah: Ha, ni dah nak habis study ni, dah fikir soal BM?
Anak Usrah: -diam, tersipu- Mak Naqibah: Macam manalah nak berBM, tidur sendiri pun tak terjaga



....tettttt....



hahaaa (gelak cover) macam dekat di hati.
usaha yang paling perlu itu, saya kira, pada pembaikan diri. persediaan diri mungkin.
meningkatkan diri dari segala aspek. mentaliti, emosi dan paling penting ruhiy.
urusan BM ini bukan urusan peribadi, ia mungkin menjadi isu ummah.




bagaimana individu yang hampeh mahu melahirkan keluarga yang unggul lalu membentuk masyarakat yang paling bessssttt sedunia? islam memerlukan rijal-rijal yang osem untuk membangun ummah dan seterusnya dunia ini. bukan individu yang hanya sibuk memikirkan soal diri sendiri dan diri sendiri dan diri sendiri lagi. terlalu memikirkan perkara remeh dan sepele, hingga tidak nampak cita-cita yang lebih besar dan best.




satu point untuk ponder.
ada seorang adik berkongsi,
mencari hidayah itu lebih penting daripada mencari tulang rusuk.
ohh itu menyentap.
tapi, kalau tulang rusuknya bernama cik hidayah, kira bonus lah. heheeee... eh.




hidup ini komitmen untuk akhirat sana.



nasihat seorang sahabat yang paling saya sayang, memilih pendamping hidup itu perlu berhati-hati. kerana hidup kita ini singkat, perlu dioptimumkan usaha untuk terus beroleh pahala daripadanya hatta ke soal perkahwinan. fikirkan kelangsungan dakwah dan tarbiah.





wahhhhhhhh nampak macam sangat berat pula.
anyway, yakin satu,




"perempuan-perempuan keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji pula, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula..." (AnNur 24:26)




itu janji Tuhan. takkan Dia mahu mungkir, bukan?




berusahalah. dan Dia yang maha Adil lagi maha mengetahui itu yang akan menilai juga membalas usaha kita. kerana hanya Dia yang paling faham dan cintakan kita. someday, somehow, bila sampai masanya, Dia kata 'jadi' maka 'jadilah'!





"...ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa" (alFurqan 25:74)




p/s: kak hanum, (bukan nama sebenar) nak isi borang BM buleh? theheheee **,







10 comments:

  1. Hehe sukanya entry ni ,
    sekarang nak fikir soal BM jugaklah , boleh ? :P

    tapi , nak belajar dululah . hm . cane nak belajar sambil fikir soal BM ?
    Hehe .

    Saje je tanya :P
    Thanks kak sebab share opinion akak :)

    ReplyDelete
  2. wahhh... berat soalan tu, bg org yg x ada pengalaman mcm kak... heee ^^,

    tpi iA, 1st, kalau rasa2 dah ok, prepared etc di tambah dgn istikharahnya, proceed. itu melengkapi 1/2 drpd addeen :D

    tpi slagi rse mcm x ok ag, sila sibukkan diri dgn tarbiah dan study :) inshaAllah, Dia je yg maha tahu bila kita sedia atau tak. dan bila Dia nk bg rezeki tu, iA, x kn ada sape yg dpt halang, even diri kita sendiri

    fikir tu perlu jg, tpi berpada2 inshaAllah. sbb kita ada cita2 yg lebih besar kan?

    Allah huAlam :)

    ReplyDelete
  3. u nk isi borang pe yang?
    hehee **,

    bz interview skrg eh?
    smoga Allah bantu dn tempatkn u kt tmpt yg paling baik :D

    ReplyDelete
  4. gulp. semoga Allah menuntun dalam setiap langkah kita dan menggerakkan hati kita jika salah atau betul apa yang kita buat.

    "mana keutamaan kita, antara urgent dan important"

    rindu gile gile gile...nak share post ini dekat pesbuk yea. ;*

    p/s: macam kenal je sahabat yang paling anda sayang tu. (perahsan tan)

    p/p/s: maaf dah tak hapdet. satu je nak cakap. turning point tu tak semestinya berlaku sekali je dalam hidup, mungkin boleh berlaku berkali2.

    <3

    ReplyDelete
  5. Hey love, mmg sahabat yg plg saya sayang tu kamu :D

    hummn... betul2, turning point tu akan berlaku berulang kali. bila kita dh kind of setel atau faham akan sesuatu, nanti Dia akan ajari kita pelajaran yg lain pula kan?

    amiiinnn smoga llah shj yg tuntun dan jaga kita semua. dalam setiap apa yg kita buat.

    mish u la. lama x beremelan ;'(

    smoga Allah oelihara kamu dlm lindungan rahmat dn kasih sygNYA <3

    ReplyDelete
  6. Hehe yea . Saje je nak buat akak cuak . :)

    Kalau akak tak ready , Mira dua puluh juta kali ganda tak ready :)

    ReplyDelete
  7. adik manis: masa depan, biar Allah yg tentukan :)

    ReplyDelete
  8. bace blog muna mampu buat diri ini bermotivasi kembali..*skema pulak*..nice one muna. thumbs up!!:DD

    ReplyDelete
  9. ima syg: alhamdulillah, smoga bermanfaat :) doakan kebaikan utk kita semua eh ;)

    ReplyDelete