Bismillah…
Allah huAkbar, Allah huAKbar, Allah huAkbar Walillahilhamdh.
Satu perkara, saya memang seorang yang ‘bertenang terlebih’ dan koboi (ad-hoc) tapi selalunya saya akan mencuba sedaya-upaya supaya perkara yang akan saya jalani tidak lari dari definisi ‘rutin’ walaupun perkara yang rutinitas itu sungguh-amat membosankan. Tak ada thrill. Tak ada life.
Tapi, kadang-kala, bukan semua perkara boleh kita letakkan risiko yang tinggi. Contohnya, macam bila esok kita ada peperiksaan akhir yang sangat-amat-terlalu genting tetapi kita mahu mencuba tahap kecekapan IQ kita dengan hanya belajar bila ada masa 8 jam sahaja lagi sebelum ke dewan peperiksaan dengan anggapan tindakan kita itu sungguh cool bergaya. Apakahh??
Itu namanya, menempah maut, dan ulangan suara (untuk perhatian) di sini ya, tindakan meletakkan diri pada risiko yang sebegitu amatlah tidak cool langsung. [=___=]”
Tapi saya secara peribadinya telah melakukan perkara yang sebegitu. Wahhh… loka-logiknya, memang saya tidak akan menduduki peperiksaan akhir tahun atau hujung semester kerana saya hanyalah seorang ‘pengkaji chiku’ (chikus = young and inexperienced researcher) tetapi saya perlu menghadiri siri-siri modul untuk melengkapkan semester pertama saya sebagai ‘pengkaji chiku’ atau saya perlu mengulang semester (bahasa pasarnya, repeat sem) pula nanti. Saya tidak mahu menjadi Chikus untuk kali kedua… TI-DAK…!!!
Tapi…
Ini yang berlaku pada yuyu lepas…
Kak Syimah (bukan nama sebenar): kenapa Ain (bukan nama sebenar) nak kena balik Shah Alam balik?
K. Ain (bukan nama sebenar): Sebab Ain (bukan nama sebenar) nak hantar Muna (bukan nama sebenar) balik malam ni. Esok pagi-pagi lagi dia ada modul.
Me: ‘wait, sit and take’
Kak Syimah (bukan nama sebenar): Tak payah. Ain (bukan nama sebenar) stay. Muna (bukan nama sebenar), esok ambil train pukul 7. Stop kat Central, then ke Shah Alam.
Me & K.Ain (bukan nama sebenar): Err…
Tsiqah je la. Mama kan… tapi dalam hati dah macam-macam prasangka jahiliah dibentuk. Nampak sangat masih suka bersangka-sangka [=____=]” Astaghfirullah…
saya memang gagal (fail) bab pembezaan jarak tapi bila sampai bahagian genting sebegini, tiba-tiba jadi arif pula. Keadaannya begini…
KTM Kajang ------> KL Central ------> KTM Shah Alam ------> Dewan Kuliah, Fakulti Kejuruteraan UiTM Shah Alam
Dan saya hanya ada 2 jam untuk semua itu. Kebarangkalian untuk saya menyertai modul atas masa (on time) memang senipis plastik yang balut (cover) gula-gula susu cap arnab putih yang boleh cair dalam mulut tu. Memang tak ada harapan. Dengan sistem pengangkutan awam yang akan suka buat hal bila kita memerlukan atau dalam suasana terdesak, terasa diri sendiri amat hopeless. TT______TT
Tapi anda tahu….?
bersambung...
huahuahau (nak gelak sopan banyak2)
ReplyDeletebandul itu sgt boleh diimagine walaupun telah lama meninggalkan alam lab.keh2.
insyaAllah.Allah angkat semua usahanya di pertemuan abadi nanti.nak sedut sikit semangat sampai jadi bandul tu weheeee~
:p
thehehee ^^ malu pula haha ^^
ReplyDeleteAllah huAkbar... banyak benda yang kita perlu belajar lagi kan?
oh... gudlak utk paper esok! :)
miss u la sis xoxo