.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Friday, May 6, 2011

Pengkaji Chiku Kelas 1 Bhg 2



Sambung sikit…

Anda pasti tidak tahu… dengan keadaan saya yang hanya Tuhan saja yang mengerti betapa ‘berserah sajalah’ masa tu, memang saya tidak akan ‘wishful thinking’. Tidak akan ada sky jet atau roket Dato’ Sheikh Muszaphar yang akan angkut saya ke tempat yang saya paling mahu pergi masa tu. Betapa mengidamnya saya mahu jadi Pelompat masa tu (read: How I wish I could be somebody like ‘Jumper’).

Seorang kawan selalu berpesan;

“berharaplah, kamu akan menuju apa yang kamu harapkan itu”

di mana, saya rasa frasa yang paling tidak praktikal untuk tempoh 2 jam yang menduga keimanan itu TT___TT. Allah huAkbar, Allah huAkbar, Allah huAkbar… walaupun hati dah gemuruh tahap dewa, saya jalani juga apa yang Tuhan sediakan untuk saya pagi itu sebab walau bagaimanapun, apa yang nak jadi, akan jadi.

----------------------> Makanya, mari rempuhi saja apa yang tersedia depan mata. Lepas 2 jam itu nanti, tak akan ada siapa pun yang ingat apa yang berlaku dalam tempoh itu. Dan tahu-tahu saja, saya sudah sampai ke KTM Shah Alam dan bersedia untuk ke UiTM pula.

Aihh? Macam itu saja ke?

Err… okey, saya mahu menujukan penghargaan saya yang tidak terhingga kepada cik amoi manis yang sungguh bertabah duduk di sisi saya dengan keadaan saya yang ‘beralun’ macam bandul dalam makmal sains pelajar tahun 4 di sekolah [+_____=]“ siyess ma-lu gi-la. Tapi sebab dah mengantuk sangat, saya pun tak mahu kisah dah. Bila keluar dari perut keretapi itu,tak ada siapa akan ambil tahu pun kan? (thehehee ^^).





Saya sampai di pintu gerbang UiTM tepat jam 8.55 pagi. Ada lima minit sebelum kelas bermula dan disebabkan kuasa kuda kaki saya belum dinaikkan grade (upgrade) nya lagi saya mengambil ‘sedikit’ masa sebelum saya berjaya masuk ke dalam dewan dengan penuh sopan dan manisnya walaupun dah lewat 15 minit.

Lihat? Tak ada apa-apa yang serius pun yang berlaku, bukan? Itulah point saya sebenarnya.

Selalu kita risaukan yang bukan-bukan, yang tidak-tidak. Kalau lambat nanti, macam mana? Kalau tersangkut di tengah kesesakan lalu lintas nanti, bagaimana? Kalau itu macam mana? Kalau ini, bagaimana pula?

Dan banyak lagi kalau-kalau yang lain bila sebenarnya, Dia sudah manyiapkan yang terbaik untuk kita.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216)

Saat kita diuji, memang terasa berat cubaan itu tapi, bila sudah kita lewati, apa yang kita belajar? Apa yang kita tahu? Apa yang kita syukuri, paling penting?

Begitulah. Macam yang saya celotehkan di atas. Selepas tempoh 2 jam nanti, tidak akan ada siapa yang akan ingat apa yang berlaku. Selepas tempoh 2 jam nanti, tak akan ada siapa pun yang akan kisah apa yang terjadi.

“Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.” (39:49)

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.”(47:31)

Rugilah kita andainya penantian, ujian juga setiap yang kita lalui itu kita anggap bagai suatu perjalanan waktu sahaja. Ehh macam lagu Jacklyn Victor pula “…penantian hanyalah waktu…” ececeeyhh… okey. Cukup karutan di situ.

Ya, malanglah kita sekiranya dengan setiap apa yang berlaku, tiada apa yang kita pelajari. Tiada apa yang kita dapati dari hidup. Bahkan, lebih buruklah nasib kita jika tiada sedetik pun dari itu bertambah rasa syukur juga cinta kita padaNYA yang selalu menjaga kita.

Allah huAkbar, Allah huAkbar, Allah huAkbar walillahilhamdh.

Kita sibuk mahu selesaikan urusan kita dengan manusia. Menjaga masa, detail setiap urusan dan macam-macam lagi supaya imej, reputasi, nama apa-apa sahajalah mengenai kita di mata ramai. Mungkin yang lebih utama di mata pihak atasan yang menilai dan yang mungkin mempengaruhi ‘masa depan’ kita.

Tapi, bagaimana pula urusan kita dengan DIA?

Solat kita, tingkah laku kita dan sebagainya sedang DIA maha melihat? Maha mengetahui? Di mana malu kita pada DIA?

Mungkin sungguh mustahil untuk kita tidak menjaga hubungan dengan mereka yang ‘di atas’ kita sebab sedari mula kita yang telah ‘mengikat’ diri kita dengan mereka. Tetapi setiap perkara itu sudah DIA gariskan peraturannya. Sudah DIA aturkan agar amanah kita tidak kita ingkari, hak DIA tidak kita tinggal lari.

Mari kita fikir dan rasionalkan semula. Semoga tangan yang menulis, juga mata pertama yang membaca ini diberi kekuatan untuk melaksanakan apa yang dilafazkan.





3 comments:

  1. hey..ceritakan apa yang berlaku tentang 'adik2' please..

    btw tak sangka murabbi muna tegas ya mendidik anak2nya. masa saya jumpa dia di sini..sangat2 lembut dan kelakar. siap letak stick note kasih sayang kat meja saya. sweet juga. haha

    takpela..tegas mendidik. kerana sayang..

    kadang2 saya pun menghadapi perkara yang sama. atas bas lah nak tidur sekejap. haha. kadang2 atas bas juga tempat nak baca notes. ngaaa..

    be good :)

    ReplyDelete
  2. ada lagi part yang paling penting dalam post ini,

    iaitu tentang bersangka2 dengan apa yang akan berlaku..terlepas pandang tentang pandangan DIa...

    ingat buku tarbiyah ruhiyah yang saya ceritakan?harus baca! ^^

    ReplyDelete
  3. hehh... baru tahu? saya memang belajar jadi tegas dan berfikiran tegak dari beliau. maksud saya, objektif dan jangan susah2 fikir perkara yang tidak pasti.

    saya tidak dapat ke yuyu mgu lepas atas perkara yang peribadi. ingat beliau tidak kisahkan saya sebab beliau tidak membalas mesej saya pun tapi tadi beliau call hahahaa (gelak puas hati, macam keji pula) sayang yang beliau simpan tu, saya nampak sudah :)

    ohh saya mahu kongsi juga kisah adik2 ajaib nih :) inshaALLAH doakan sempat ya.

    misi: hunt 4 tarbiah ruhiyahh ^^

    ReplyDelete