.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Tuesday, May 22, 2012

Aseef, I'm 24. dan saya manja.




bismillah.



alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

time passed by and it has been couple of weeks since I turned 19 for the 5th time. hehh...
mungkin pada meningkatnya usia, kita akan merasa ulang tahun kelahiran itu hanya sekadar hari biasa. well, at least untuk seorang yang hambar seperti saya :p
sedang usia itu sebuah nikmat dari Dia, yang maha pengasih.
dan nikmat yang paling besar itu apabila hati mula mengenal Dia sebagai Rabb yang menjaga, mendidik juga memberi segala kecukupan.
alhamdulillah, thumma alhamdulillah, thumma alhamdulillah.
dan kata-kata itu tentunya belum cukup untuk mensyukuri tiap nikmatNya.
If I can list them out, one by one, I would certainly come to no end.








tak banyak yang saya ingat tentang ulang tahun kelahiran saya pada kali ini (padahal baru berapa lama kan...seriyes amnesia).
erti manja yang selama ini saya fikir nge-nge (mengada-ngada) in terms of the feelings of reluctant untuk berbuat dan bergerak, tidak mahu penat dan busuk itu salah.
manja itu bila kita salah dalam meletakkan priority. manjakan diri lebih dari hak yang utama yang lebih patut kita penuhi. itu sungguh, sedih.



pada suatu petang, lewat beberapa hari dari ulang tahun saya, seorang mak cik berkongsi taujihat yang menghentak setiap sendi. mengkoreksi semula setiap langkah yang saya ambil, juga kata yang saya ucap.
sejauh mana saya memaknai semua erti hidup yang saya genggam selama ini.




"dan jika mereka mahu berangkat, nescaya mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Dia melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka, 'Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal itu'.." (At Taubah 9:46)



mungkin kita tidak pernah sedar atau perasan (not 'action' kamen kinda thing) yang setiap detik dalam hidup kita adalah satu didikan terus dari Tuhan. setiap detik yang penuh untuk mempersiapkan kita untuk sesuatu yang lebih besar menanti di hadapan.



macam bila kita menjadi pelajar persediaan di Kolej Maha Busy atau Universiti Sains dan Pengurusan (a.k.a MSU) err...



semua subjects, kokorikulum, kurikulum, BTN dan lain-lain adalah sebuah persediaan untuk major courses yang akan kita belajar pada peringkat yang lebih tinggi nanti.



begitulah hidup.



adakah Allah sengaja menyusahkan kita dengan segala 'handicaps' yang kita ada?



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengn kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kabajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari kejahatan yang diperbuatkannya.." (alBaqarah 2:286)







ini satu contoh yang sangat dekat dengan hati...



rasa-rasanyalah kan, kenapa agaknya 7 bulan dahulu, bila kita key in keywords untuk cari sources (bahan) untuk thesis kita, cuba buat inter-library loan dengan varsities lain di Malaysia Boleh-land untuk dapatkan the very buku we need untuk our research tak dapat atau tak jumpa? seriyessssss sangat frustrated, sedih dan penat.



lepas 7 bulan, kita key n the same keywords dan buat the same inter-library loan dengn varsities lain di Malaysia Boleh-land ni... ehhhhhhhhh, DAPAT....?



adakah takdir telah mempermainkan kita?




kalau itulah jangkaan dan fikiran kita, maka sangat dangkallah apa yang kita sangkakan itu... (ayat macam Dewan Bahasa dan Pustaka. Puan Emak pasti sangat gembira jika tahu dan akan suggest saya untuk menulis novel selepas ini. errr)




tapi sedar tak kita, sepanjang 7 bulan yang kita lalui itu, berapa banyak kesabaran, ketabahan, ketekunan, penyusunan strategi dan masa juga setiap ilmu, perbendaharaan dan pelbagai sisi tarbiah yang Allah telah ajari kita?




ya, presenting problematic situations tu, memanglah halangan dan cabaran yang kita nampak. tetapi, deep down, ada satu perkara penting dalam diri kita yang Allah mahu didik dan jaga. perkara itu sangat tersurat.




itu HATI.




"...kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. dan Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.


kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu..." (Ali Imraan 3:153,154)







best kan...?



tetapi rasa itu hanya akan dapat dimiliki dan dirasai apabila kita melihat dan merasa dengan mata hati yang sedar, bahawa kita ini tidak memiliki apa-apa juga tidak dimiliki sesiapa, melainkan Allah.
itu nikmat hidup bertuhan.
nikmat yang dikecapi hanya bila Allah itu menjadi Rabb kita.



Allah huAkbar, walillahil hamdh.



dan sungguh. semua itu hadiah ulang tahun paling bermakna dari Tuhan, buat saya.



moga Allah redhakan kita semua, juga bantu kita untuk melihat kebenaran, demi kebenaran yang hanya Dia sediakan untuk hamba-hamba yang Dia kasihi.



"sungguh, (ayat-ayat) ini adalh peringatan, maka barangsiapa mengkehendaki kebaikan bagi dirinya TENTU DIA MENGAMBIL JALAN MENUJU TUHANNYA. Tetapi kamu tidak mampu menempuh jalan itu, kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh, Allah maha mengetahui, maha bijaksana.." (al Insan, 76:29,30)



may Allah make us the people of taqwa. amiiin.



p/s: sanah helwa, arissa.

Monday, May 14, 2012

Travel Log Finale - Semua Cinta Suatu Kedamaian

in the name of Allah, my Lord, my Everything, inshaAllah..



mungkin tak pernah terbayang di mata, atau terlintas di kepala. berada di sini, pada saat ini dengan mereka yang asing tetapi selalu dekat dalam hati.



pernah juga suatu ketika terasa kehilangan kawan apabila diri sendiri sedar kepada perlunya berubah untuk sesuatu yang baik. kadang-kala teman yang akrab tetapi tidak seiring langkah untuk bersama di atas jalan asing dan melakukan perkara-perkara aneh perlu di jaga batas bersama mereka.



tetapi sungguh benar janji Allah, apabila kita meninggalkan sesuatu keranaNya, akan Dia gantikan dengan yang lebih baik.







nikmat iman, nikmat islam, nikmat tarbiah juga ukhwah yang tidak mampu dibeli atau dicari di mana-mana.



paling terkesan bila mendengar taujihat dari Ummi Ina (bukan nama sebenar) bila beliau berkata, jika Allah mahukan kita untuk terus tsabat, Dia akan mempersiapkan kita. Paling utama, Dia akan menunjukkan satu per satu kebenaran di hadapan mata. Hingga hati rasa gembira bersamaNya, untuk mengenaliNya. kerana pada akhirnya yang akan kekal itu hanya alHaq. dan itulah fitrah kita.



berada di bumi seberang meninggalkan sejuta tanda dalam hati.



dari yang muda saya belajar erti semangat. erti berbuat setulus hati dan berbagi sehabis boleh dengan mereka yang kita kasihi hanya kerana Dia, atas satu ikatan paling mulia, tali aqidah.



memang tidak dapat dinafikan, kadang-kala terlalu lama berada di tempat sendiri juga berkitar dengan insan dan situasi yang sama membuatkan kita jumud. maksud saya, statik dan kaku. sedang jiwa dahagakan sesuatu yang basah juga segar.



dan benarlah bila Dia berfirman untuk kita berjalan dan bermusafir untuk mentadabburi alam, dan belajar dri setiap sudut kehidupan.







jazakillah khair buat adik Nas (bukan nama sebenar) yang menjadi tukang ojek, mengangkut saya ke sana-sini, menahan beban saya yang tidur di belakangnya juga menahan semua perasaannya untuk saya. untuk adik Ila (bukan nama sebenar) yang mengajar saya erti tegar, sabar dan tangkas bertindak. adik wani (bukan nama sebenar) buat indirect lesson untuk belajar berhati lapang. dan seluruh warga Widad, juga yang lain yang tak tersebut. Kalian istimewa dalam hati saya.



Moga Allah kukuhkan langkah kita untuk ke syurgaNya dengan mereka yang kita sayang.



dari yang paling senior (1 tahun je pun hehe) Bu Mil (bukan nama sebenar yang pastinya), saya belajar erti sabar dan tabah. erti berbuat sehabis daya, mengerah tenaga juga setiap yang kita ada untuk Dia semata-mata. tak boleh manja. tak boleh cengeng. dan saya menangis menulis ini buat dia. jazakillah khair kak, untuk sekejapan yang sangat bermakna.



dengan mereka, rakan sebaya, saya belajar menjadi matang. fatin (bukan nama sebenar), teha (bukan nama sebenar), fatimah (bukan nama sebenar), fina (bukan nama sebenar) dan laili (bukan nama sebenar). kadang-kala sangat tidak faham bagaimana kalian dapat selamba dan tenang bersahaja menghadapi ujian Dia. mungkin kerana itu Dia memilih anda semua sebagai yang layak di atas jalan Dia.



Semoga Allah redha dan kuatkan kalian semua di sana.







dan buat dia, yang selalu bersama saya walau jauh, hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan anda.



untuk setiap lelah yang anda sanggupi buat saya, untuk setiap detik yang anda gadai buat saya, untuk setiap wang ringgit yang anda beri buat saya. terima kasih sahabat. kalau tiada saya lagi di dunia, moga Allah gantikan dengan seseorang yang lebih baik buat kamu untuk terus menggapai cinta juga redhaNya atas jalan ini.



bila Allah hantarkan kamu, Dia telah tampalkan juga semua kekurangan saya dengan kelebihan kamu.



semoga persahabatan ini semata-mata kerana Dia dan moga ia kekal hingga ke syurga.




"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati orang yang beriman. walaupun kamu menginfakkan seluruh kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka. tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia maha perkasa, maha bijaksana" (Al Anfal 8:63)



banyak kerja dan tanggungjawab yang menanti.
mari terus kuat bekerja, hey!

Wednesday, May 9, 2012

Travel - Log 4: Erti Hidup Pada Memberi 2



Bismillah...


cont'd...


pagi itu yana membawa saya ke tempat dia belajar dan bekerja. wahhh, selama ini membaca dalam emel sahaja, memang tidak berapa faham dan kurang real. bertukar angkot dan sampai ke errr... deretan kedai? mana rumah sakit giginya?






dan sangat tak sangka, perlu lalui 'jalan tikus' untuk sampai. sungguh, dengan kebolehan mengecam jalan yang terbatas, boleh sesat kalau saya sendirian. dalam hati bersyukur, diri sendiri nak ke akademi tidaklah seteruk ini. walaupun jarak akademi - rumah cuma 8 minit perjalanan (which that 8 minuets usually akan jadi 1/2 jam paling cepat =_=) dengan kenderaan beroda, masih banyak mengomel.



tadaaaaa.... inilah tempat yana:
tak sangka, di sebalik jalan tikus, ada perkara indah begini...






untuk beberapa ketika, kami menanti pasien tumpangan (patient dalam bahasa indonesia. yeke? haha) yana. saya belajar coated-tounge itu apa. (oh, itu pun selepas 'kelas tambahan' yana tentang jenis tumor, bagaimana cara men'diagnosis' penyakit juga beberapa pembentangan kasus yang beliau pernah kelola sehingga jam 2 pagi =_=')






selepas menanti dokter pengajar yang tidak kunjung tiba, yana membawa saya ke pasar baru sebelum jalan-jalan cari makan suimay, mium teh botol dan es teh manis, juga jalan-jalan cari seketul tart buah dan seketul macaroon berperisa strawberry. seketul je? memang khas untuk saya untuk bagi rasa. comel.






periksa duit tempatan, ada kurang 250,000 rupiah. hebat berbelanja buku sampai tak perasan belum carikan ole-ole untuk keluarga tercinta. dan kartu atm saya tidak boleh beroperasi dari luar negara. duit malaysia tertinggal di beg lain. wang dalam akaun yana pula, lebih kurang 1,000 rupiah sahaja. dan beliau masih membayar macam-macam untuk saya. dia memang aneh.


err... ini, bagaimana ni?



yana: tak apa lah, baru tahu kan bagaimana rasanya bergantung hanya pada Allah kan?
me: huhh...? (tak dapat nak relate sangat)
yana: macam ni, barulah adventure...
me: * monolog dalaman* adventure? tak ada duit nak beli jajan tu bukan adventure, itu sedih.



kali ini, dengan kuasa tangan saya menahan angkot. redha je lah. apa yang ada, itulah rezeki saya untuk dikongsi dengan keluarga di Malaysia. duit je pun, bukan apa-apa...



dan di dalam angkot saya dengan yana duduk berjauhan. di hadapan saya ada seorang ibu meriba anaknya yang saya kira berusia 3-4 tahun. masa-masa begini saya memang suka buat hobi aneh saya iaitu memerhati orang.



dan saya memandang ibu tadi dengan anaknya. wajah beliau aman dan hanya tersenyum. tetapi dalam kepala saya berputar-putar banyak persoalan. panas-panas begini, kok anaknya dipakaikan baju panas dengan hood yang melitupi seluruh kepala? orang Bandung memang aneh ya?



dan saya mencuri dengar perbualan salah seorang penumpang perempuan dalam angkot dengan ibu tadi...

maaf, tak dapat nak describe dalam bahasa indonesia untuk lebih feel. sebab saya pun tak berapa ingat dan dapat tangkap perbualan mereka. haha (gelak cover).



penumpang A: dari mana, bu?
ibu: dari rumah sakit. mahu di kasi obat anaknya. harus disuntik selang dua minggu. ini sudah lewat beberapa hari (menjawab sambil tersenyum)
penumpang A: anaknya kenapa?
ibu: kemalangan sama ayahnya juga kakaknya. saya juga tidak tahu, hanya dia yang terpelanting dan selamat. ayah juga kakaknya meninggal.



dan kisah sedih anak itu saya dengar dengan penuh teliti. hisy, ingat senang ke nak curi dengar? siap dalam bahasa indonesia lagi...



rupa-rupanya the fact that kepala anak itu ditutup dengan hood adalah kerana tempurung kepalanya cedera kesan dari kemalangan itu. tak tahu pecah ke, retak, tetapi sangat serius sampai perlu ambil suntukan tiap dua minggu. jika tidak, akan berlaku pendarahan lain.



bila ditanya kenapa anaknya masih menangis dan kesakitan, rupa-rupanya tadi di rumah sakit anak itu tidak mendapan rawatan yang sepatutnya. sang ibu tidak punya wang yang cukup buat biaya dan terpaksa pulang dengan hati kecewa.



beliau sudah meminta untuk diberi ubat hanya separuh sahaja, kerana hanya itu wang yang dia punya. tetapi mungkin prosedur hospital begitu, mana bisa beli ubat separuh-separuh. setiap suntikan ongkosnya dalam 110,000 rupiah begitu. itu kurang dari RM50 duit Malaysia. dan kita RM50 boleh buat shopping tudung bawal obama lah, tudung yuna lah, makan yang sedap-sedap dan membazir... macam-macam.



melihat tangisan ibu bercerita, hati saya koyak. mata mula panas dan dada saya berkocak. ya Allah, dan aku yang duduk di hadapan takkan hanya mendengar dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa? masa itu sangat teringat setiap kata yang saya kongsi hampir dalam setiap yuyu...


"dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari TuhanMu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertqawa.

iaitu, orang-orang yang berinfak baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang menahan amarahnya dan dan memaafkan kesalahan orang lain. dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan" (ali imran 3: 133-134)



hampir tiba ke destinasi. walau berperang dengan hati yang didesak rasa bimbang dan macam-macam lagi, inshaAllah, cinta Allah itu yang saya mahu. saya yakinkan diri, yang saya masih punya wang lebih jika berbagi dengan dia. moga dengan apa yang saya kongsi dengan ibu itu memudahkan dia untuk rawatan anaknya nanti.



sampai di pasar, hampir setiap penumpang dan yana (bukan nama sebenar) juga memberi sumbangn untuk ibu tadi. dan memang, bukan niat dia menagih simpati. dah kami yang mencuri dengar, takkan lah nak buat -buat tak tahu kan? alhamdulillah, Allah masih beri rasa dalam dada kita, tanda ada jiwa sensitif juga iman di situ. itu lebih utama.



dan saya keluar dari angkot dengan lutut yang menggeletar juga hati yang berderbar. insaf. dan betapa saya adalah orang yang paling perlu banyak bersyukur atas setiap nikmat yag Dia beri, juga tidak diuji seperti ibu tadi. astaghfirullah alAziim...



sambil berjalan-jalan, yana memberi pencerahan buat saya. see? untungkan ada sahabat yang saling mengingatkan? alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...



yana: kak mila (bukan nama sebenar) pernah share fasal zuhud. zuhud tu bukan tak pandang duit dan dunia langsung. bukan juga dengan pakaian compang-camping yang kita tunjukkan pada zahirnya. tapi bila hati sudah tidak terasa terikat dengan dunia dan kesenangannya. bila kita punya wang, kita guna dengan hemah dan bersederhana. bila tidak punya wang, hati masih lapang. best kan?
me: *senyum dalam*



" sungguh, bagi orang-orang yang berbuat kebajikan akan minum dari gelas berisi minuman yang campurannya adalah air kafur. iaitu mata air dalam syurga yang diminum oleh hamba-hamba Allah dan mereka dapat memancarkannya dengan sebaik-baiknya.

mereka memenuhi nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.

sambil dalam hatinya berkata, "sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan (wajah) Allah dan kami tidak mengharap balasan dan terima kasih dari kamu" (al Insan 76: 5-9)



Allah huAkbar, walillahilhamdh.



dan erti hidup itu pada memberi. Allah huA'lam. Dia maha tahu apa yang ada dalam hati kita. semoga setiap kebaikan yang kita lakukan dikira ibadah pada sisi Dia.


Allah huAlam...






p/s: bila ntah nak habes log nih haha :)

Tuesday, May 8, 2012

Travel - Log pt.3: Erti Hdup Pada Memberi 1



bismillah...



Hari ke-tiga ( gila lama dah pergi, baru nak update :p hehe), akhirnya kami menaiki shuttle untuk ke Bandung. Alhamdulillah, shuttle yang dimaksudkan akhowat itu, memang shuttle. hehhh... Faham kan, bila kita expect untuk naik bas, tetapi ended up masuk dalam tin sardin? hehee tetapi alhamdulillah, kali ini tidak :)



Sepanjang perjalanan, baru faham kenapa Kak Dina (bukan nama sebenar) tak bagi tidur. MashaAllah, subhanallah... memang tadabbur alam tu best. Betapa besar nikmat Allah beri pada kita dan sering kita sebut perkara yang lacking dari kita.



Oh Allah, forgive me when i whine...








Bandung tidak seperti Jakarta yang panas dan bising. Though part macet memang intolerable dengan Jakarta, tetapi, Bandung masih mendamaikan. Mungkin sebab cuacanya yang nyaman (humn.. adakah ini rahsia kecantikan orang Bandung? err... haha) kerana Bandung di kelilingi bukit (bunyi macam pelajar Geografi kelas pertama, kan? haha, credit untuk K.Mila (bukan nama sebenar) yang memberi pencerahan).



Tiba di Stesyen CTRANS, yana menyambut kami dengan gaya... err tak mengapa lah. biar saya dengan kid (bukan nama sebenar) simpan di hati sahaja. Apa pun keadaan dia, dia tetap istimewa dalam hati saya (hehh... saja buat drama, asiiif yana, in desperate needs of menceriakan hati sendiri)



Kali pertama naik angkot (angkutan kota) yang macam selalu tonton dulu dalam sinetron jam 6 di tv 9. for real. 5.24 pm, 26th april, 2012.



dan ada pengamen. ini adalah orang yang membawa alat muzik untuk menyanyi dalam seminit dua bila angkot berhenti. I bet you, they sometimes sing better than 'retiss' segera hasil rancangan realiti. mungkin kerana itu yang mereka lakukan sehari-hari demi seribu dua duit rupiah which equals to less than 50 sen duit kita.



ya, orang di sini terpaksa menyanyi dan mempertaruhkan nyawa untuk makan. kita? boleh spend duit entah ke mana-mana, malah makan tak habis lagi. dan masih kurang bersyukur...



dan itu modal yana untuk membuat saya dan kid (bukan nama sebenar) untuk menghabiskan hidangan sepenuh meja yang dia jamu di The Kiosk, Ciwalk.








ohh, mahu kongsi, ini pemandangan dari tingkap bilik yana. best kan?







dan benar, ini sebuah mimpi jadi nyata. dari yana mula belajar di sana saya kepingin untuk menjenguk tempat beliau. berkali-kali saya cakap pada puan emak dan juga inche abah. sampai satu masa inche abah bosan... haha




me: abah, kak na (bukan nama sebenar) nak pergi Bandung tau!
abah: dari dulu cakap, tapi tak pergi, pergi ponnnnn....
me: hehhhh... =_='


dan Allah sampaikan saya ke sana. tempat yang penuh dengan seribu daya manusia mengharungi hidup. di sana saya belajar erti syukur, erti berbagi juga erti tawakkal dan zuhud pada dunia.



bersyukur dengan apa yang kita punya, hadiah dari Tuhan. nikmat iman, nikmat islam, nikmat sihat dan banyak lagi tak tersebut.




wahai Tuhan, terimalah dari kami, dan bantulah kami untuk sentiasa mengingati Mu, mensyukuri nikmat Mu dan memperbaiki ibadah kami kepada Mu... amiiin






to be continued ...

Saturday, May 5, 2012

Travel - Log pt.2: Jakarta




bismillah...








ini sebuah mimpi yang jadi nyata
bila harapan itu membawa aku kepada nyatanya reliti
yang aku mimpikan selama ini
lantaran dengan rahmat Ilahi -
pada hakikatnya yang membawa aku sejauh ini
dan bila mana hanya rahmat itu yang kita semua perlu
untuk menempuh segalanya
dan bila sebenarnya, hanya dengan menempuhi 'jalan ini'
dapat kita kecapi rahmat. juga nikmat itu.
nikmat jaulah
nikmat ukhuwah
dan lebih dari itu, nikmat iman juga islam.







jakarta,
sebuah kota panas. bising, dan macet.
itu tiga kata dari seorang karyawan toko di Tanabang
dan aku melihatnya sebagai tidak lain -
suatu perjuangan
yang ditunjang hebat dan kuat dengan satu kata -
harapan.




kerana setelah kering daya, usaha
juga ruang dan peluang untuk mencuba
hanya harapan itu yang membantu kita untuk tegap dan tetap




kerana dengan harapan, ada kejayaan.




dan di atas segalanya,
kerana kita ada doa.
kerana kita ada Dia.






secangkir latte,
sebuah bulatan gembira,
Senayan City, Jakarta
250412





Wednesday, May 2, 2012

Travel - Log pt.1: KUL-CGT

in the name of Allah,  my Lord, my everything.. inshaAllah.



Masih teringat-ingat lagi bait-bait tulisan saya pada entry yang lalu. soal dua mimpi yang bersangkut dengan wak.



Pagi itu, saya bergerak seorang diri untuk ke KL Central dan seterusnya ke KLIA. Jadual penerbangan Kid (bukan nama sebenar) si manager sementara di kedai Kakak Jutawan, tidak sama. Tandanya rancangan saya untuk ke seberang memang ad-hoc. Welcome to the Cowboy Life of mine~



Setibanya di Balai berlepas, saya menelefon puan emak. Sungguh tidak saya khabarkan yang saya bersendiri. Mahu digantung buku merah tu? silakan~ And, to my surprise, saat itu saya menerima sebuah berita yang membawa terus semua semangat saya pergi.







Wak yang mimpikan saya sebagai seorang pakar hati itu telah kembali ke rahmatullah pagi yang sama saya mahu berlepas ke Jakarta (sampai sekarang masih tak dapat hadam kenapa Jakarta tu CGT.).



Saya terduduk dan bingung. Tidak tahu harus apa dan bagaimana saat itu. Puan emak berpesan, teruskan sahaja perjalanan kerana takkan sempat untuk saya menyertai mereka di permakaman. Kirimkan doa juga bacaan ayat-ayat suci sahaja buat  arwah.



dan seluruh perjalanan saya sunyi. sesepi hati yang lompong saat wak pergi.

alFatihah...



"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (3:185)