.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Tuesday, May 8, 2012

Travel - Log pt.3: Erti Hdup Pada Memberi 1



bismillah...



Hari ke-tiga ( gila lama dah pergi, baru nak update :p hehe), akhirnya kami menaiki shuttle untuk ke Bandung. Alhamdulillah, shuttle yang dimaksudkan akhowat itu, memang shuttle. hehhh... Faham kan, bila kita expect untuk naik bas, tetapi ended up masuk dalam tin sardin? hehee tetapi alhamdulillah, kali ini tidak :)



Sepanjang perjalanan, baru faham kenapa Kak Dina (bukan nama sebenar) tak bagi tidur. MashaAllah, subhanallah... memang tadabbur alam tu best. Betapa besar nikmat Allah beri pada kita dan sering kita sebut perkara yang lacking dari kita.



Oh Allah, forgive me when i whine...








Bandung tidak seperti Jakarta yang panas dan bising. Though part macet memang intolerable dengan Jakarta, tetapi, Bandung masih mendamaikan. Mungkin sebab cuacanya yang nyaman (humn.. adakah ini rahsia kecantikan orang Bandung? err... haha) kerana Bandung di kelilingi bukit (bunyi macam pelajar Geografi kelas pertama, kan? haha, credit untuk K.Mila (bukan nama sebenar) yang memberi pencerahan).



Tiba di Stesyen CTRANS, yana menyambut kami dengan gaya... err tak mengapa lah. biar saya dengan kid (bukan nama sebenar) simpan di hati sahaja. Apa pun keadaan dia, dia tetap istimewa dalam hati saya (hehh... saja buat drama, asiiif yana, in desperate needs of menceriakan hati sendiri)



Kali pertama naik angkot (angkutan kota) yang macam selalu tonton dulu dalam sinetron jam 6 di tv 9. for real. 5.24 pm, 26th april, 2012.



dan ada pengamen. ini adalah orang yang membawa alat muzik untuk menyanyi dalam seminit dua bila angkot berhenti. I bet you, they sometimes sing better than 'retiss' segera hasil rancangan realiti. mungkin kerana itu yang mereka lakukan sehari-hari demi seribu dua duit rupiah which equals to less than 50 sen duit kita.



ya, orang di sini terpaksa menyanyi dan mempertaruhkan nyawa untuk makan. kita? boleh spend duit entah ke mana-mana, malah makan tak habis lagi. dan masih kurang bersyukur...



dan itu modal yana untuk membuat saya dan kid (bukan nama sebenar) untuk menghabiskan hidangan sepenuh meja yang dia jamu di The Kiosk, Ciwalk.








ohh, mahu kongsi, ini pemandangan dari tingkap bilik yana. best kan?







dan benar, ini sebuah mimpi jadi nyata. dari yana mula belajar di sana saya kepingin untuk menjenguk tempat beliau. berkali-kali saya cakap pada puan emak dan juga inche abah. sampai satu masa inche abah bosan... haha




me: abah, kak na (bukan nama sebenar) nak pergi Bandung tau!
abah: dari dulu cakap, tapi tak pergi, pergi ponnnnn....
me: hehhhh... =_='


dan Allah sampaikan saya ke sana. tempat yang penuh dengan seribu daya manusia mengharungi hidup. di sana saya belajar erti syukur, erti berbagi juga erti tawakkal dan zuhud pada dunia.



bersyukur dengan apa yang kita punya, hadiah dari Tuhan. nikmat iman, nikmat islam, nikmat sihat dan banyak lagi tak tersebut.




wahai Tuhan, terimalah dari kami, dan bantulah kami untuk sentiasa mengingati Mu, mensyukuri nikmat Mu dan memperbaiki ibadah kami kepada Mu... amiiin






to be continued ...

2 comments:

  1. orang lain terpaksa menyanyi untuk makan okay..

    p/s: menyambut kalian dengan gaya apa? haaaa baik bagitahu sekarang grrrr.. hehe

    ReplyDelete
  2. gaya tersendiri... hehehee **,

    ROS bagaimana? update tau :D

    ReplyDelete