.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Monday, May 14, 2012

Travel Log Finale - Semua Cinta Suatu Kedamaian

in the name of Allah, my Lord, my Everything, inshaAllah..



mungkin tak pernah terbayang di mata, atau terlintas di kepala. berada di sini, pada saat ini dengan mereka yang asing tetapi selalu dekat dalam hati.



pernah juga suatu ketika terasa kehilangan kawan apabila diri sendiri sedar kepada perlunya berubah untuk sesuatu yang baik. kadang-kala teman yang akrab tetapi tidak seiring langkah untuk bersama di atas jalan asing dan melakukan perkara-perkara aneh perlu di jaga batas bersama mereka.



tetapi sungguh benar janji Allah, apabila kita meninggalkan sesuatu keranaNya, akan Dia gantikan dengan yang lebih baik.







nikmat iman, nikmat islam, nikmat tarbiah juga ukhwah yang tidak mampu dibeli atau dicari di mana-mana.



paling terkesan bila mendengar taujihat dari Ummi Ina (bukan nama sebenar) bila beliau berkata, jika Allah mahukan kita untuk terus tsabat, Dia akan mempersiapkan kita. Paling utama, Dia akan menunjukkan satu per satu kebenaran di hadapan mata. Hingga hati rasa gembira bersamaNya, untuk mengenaliNya. kerana pada akhirnya yang akan kekal itu hanya alHaq. dan itulah fitrah kita.



berada di bumi seberang meninggalkan sejuta tanda dalam hati.



dari yang muda saya belajar erti semangat. erti berbuat setulus hati dan berbagi sehabis boleh dengan mereka yang kita kasihi hanya kerana Dia, atas satu ikatan paling mulia, tali aqidah.



memang tidak dapat dinafikan, kadang-kala terlalu lama berada di tempat sendiri juga berkitar dengan insan dan situasi yang sama membuatkan kita jumud. maksud saya, statik dan kaku. sedang jiwa dahagakan sesuatu yang basah juga segar.



dan benarlah bila Dia berfirman untuk kita berjalan dan bermusafir untuk mentadabburi alam, dan belajar dri setiap sudut kehidupan.







jazakillah khair buat adik Nas (bukan nama sebenar) yang menjadi tukang ojek, mengangkut saya ke sana-sini, menahan beban saya yang tidur di belakangnya juga menahan semua perasaannya untuk saya. untuk adik Ila (bukan nama sebenar) yang mengajar saya erti tegar, sabar dan tangkas bertindak. adik wani (bukan nama sebenar) buat indirect lesson untuk belajar berhati lapang. dan seluruh warga Widad, juga yang lain yang tak tersebut. Kalian istimewa dalam hati saya.



Moga Allah kukuhkan langkah kita untuk ke syurgaNya dengan mereka yang kita sayang.



dari yang paling senior (1 tahun je pun hehe) Bu Mil (bukan nama sebenar yang pastinya), saya belajar erti sabar dan tabah. erti berbuat sehabis daya, mengerah tenaga juga setiap yang kita ada untuk Dia semata-mata. tak boleh manja. tak boleh cengeng. dan saya menangis menulis ini buat dia. jazakillah khair kak, untuk sekejapan yang sangat bermakna.



dengan mereka, rakan sebaya, saya belajar menjadi matang. fatin (bukan nama sebenar), teha (bukan nama sebenar), fatimah (bukan nama sebenar), fina (bukan nama sebenar) dan laili (bukan nama sebenar). kadang-kala sangat tidak faham bagaimana kalian dapat selamba dan tenang bersahaja menghadapi ujian Dia. mungkin kerana itu Dia memilih anda semua sebagai yang layak di atas jalan Dia.



Semoga Allah redha dan kuatkan kalian semua di sana.







dan buat dia, yang selalu bersama saya walau jauh, hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan anda.



untuk setiap lelah yang anda sanggupi buat saya, untuk setiap detik yang anda gadai buat saya, untuk setiap wang ringgit yang anda beri buat saya. terima kasih sahabat. kalau tiada saya lagi di dunia, moga Allah gantikan dengan seseorang yang lebih baik buat kamu untuk terus menggapai cinta juga redhaNya atas jalan ini.



bila Allah hantarkan kamu, Dia telah tampalkan juga semua kekurangan saya dengan kelebihan kamu.



semoga persahabatan ini semata-mata kerana Dia dan moga ia kekal hingga ke syurga.




"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati orang yang beriman. walaupun kamu menginfakkan seluruh kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka. tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia maha perkasa, maha bijaksana" (Al Anfal 8:63)



banyak kerja dan tanggungjawab yang menanti.
mari terus kuat bekerja, hey!

No comments:

Post a Comment