.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Wednesday, May 2, 2012

Travel - Log pt.1: KUL-CGT

in the name of Allah,  my Lord, my everything.. inshaAllah.



Masih teringat-ingat lagi bait-bait tulisan saya pada entry yang lalu. soal dua mimpi yang bersangkut dengan wak.



Pagi itu, saya bergerak seorang diri untuk ke KL Central dan seterusnya ke KLIA. Jadual penerbangan Kid (bukan nama sebenar) si manager sementara di kedai Kakak Jutawan, tidak sama. Tandanya rancangan saya untuk ke seberang memang ad-hoc. Welcome to the Cowboy Life of mine~



Setibanya di Balai berlepas, saya menelefon puan emak. Sungguh tidak saya khabarkan yang saya bersendiri. Mahu digantung buku merah tu? silakan~ And, to my surprise, saat itu saya menerima sebuah berita yang membawa terus semua semangat saya pergi.







Wak yang mimpikan saya sebagai seorang pakar hati itu telah kembali ke rahmatullah pagi yang sama saya mahu berlepas ke Jakarta (sampai sekarang masih tak dapat hadam kenapa Jakarta tu CGT.).



Saya terduduk dan bingung. Tidak tahu harus apa dan bagaimana saat itu. Puan emak berpesan, teruskan sahaja perjalanan kerana takkan sempat untuk saya menyertai mereka di permakaman. Kirimkan doa juga bacaan ayat-ayat suci sahaja buat  arwah.



dan seluruh perjalanan saya sunyi. sesepi hati yang lompong saat wak pergi.

alFatihah...



"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (3:185)






2 comments:

  1. beberapa hari sebelum abg long akak tenat pun akak mimpi patah gigi. Seminggu lepas tu, dia meninggal dunia. :(

    ReplyDelete
  2. kak sarah aisyah...

    moga Allah tempatkn mereka yg kita sayang dlm kalangan hamba2Nya yg Dia cinta.

    byk perkara yg kita x dpt nk faham dn digest kn dalam hidup ni? cuma dgn bergantung kpd Dia dn kepada Dia shj hati kita mampu redha.


    rindu mahu bertemu...

    ReplyDelete