Bismillah...
cont'd...
pagi itu yana membawa saya ke tempat dia belajar dan bekerja. wahhh, selama ini membaca dalam emel sahaja, memang tidak berapa faham dan kurang real. bertukar angkot dan sampai ke errr... deretan kedai? mana rumah sakit giginya?
dan sangat tak sangka, perlu lalui 'jalan tikus' untuk sampai. sungguh, dengan kebolehan mengecam jalan yang terbatas, boleh sesat kalau saya sendirian. dalam hati bersyukur, diri sendiri nak ke akademi tidaklah seteruk ini. walaupun jarak akademi - rumah cuma 8 minit perjalanan (which that 8 minuets usually akan jadi 1/2 jam paling cepat =_=) dengan kenderaan beroda, masih banyak mengomel.
tadaaaaa.... inilah tempat yana:
tak sangka, di sebalik jalan tikus, ada perkara indah begini...
untuk beberapa ketika, kami menanti pasien tumpangan (patient dalam bahasa indonesia. yeke? haha) yana. saya belajar coated-tounge itu apa. (oh, itu pun selepas 'kelas tambahan' yana tentang jenis tumor, bagaimana cara men'diagnosis' penyakit juga beberapa pembentangan kasus yang beliau pernah kelola sehingga jam 2 pagi =_=')
selepas menanti dokter pengajar yang tidak kunjung tiba, yana membawa saya ke pasar baru sebelum jalan-jalan cari makan suimay, mium teh botol dan es teh manis, juga jalan-jalan cari seketul tart buah dan seketul macaroon berperisa strawberry. seketul je? memang khas untuk saya untuk bagi rasa. comel.
periksa duit tempatan, ada kurang 250,000 rupiah. hebat berbelanja buku sampai tak perasan belum carikan ole-ole untuk keluarga tercinta. dan kartu atm saya tidak boleh beroperasi dari luar negara. duit malaysia tertinggal di beg lain. wang dalam akaun yana pula, lebih kurang 1,000 rupiah sahaja. dan beliau masih membayar macam-macam untuk saya. dia memang aneh.
err... ini, bagaimana ni?
yana: tak apa lah, baru tahu kan bagaimana rasanya bergantung hanya pada Allah kan?
me: huhh...? (tak dapat nak relate sangat)
yana: macam ni, barulah adventure...
me: * monolog dalaman* adventure? tak ada duit nak beli jajan tu bukan adventure, itu sedih.
kali ini, dengan kuasa tangan saya menahan angkot. redha je lah. apa yang ada, itulah rezeki saya untuk dikongsi dengan keluarga di Malaysia. duit je pun, bukan apa-apa...
dan di dalam angkot saya dengan yana duduk berjauhan. di hadapan saya ada seorang ibu meriba anaknya yang saya kira berusia 3-4 tahun. masa-masa begini saya memang suka buat hobi aneh saya iaitu memerhati orang.
dan saya memandang ibu tadi dengan anaknya. wajah beliau aman dan hanya tersenyum. tetapi dalam kepala saya berputar-putar banyak persoalan. panas-panas begini, kok anaknya dipakaikan baju panas dengan hood yang melitupi seluruh kepala? orang Bandung memang aneh ya?
dan saya mencuri dengar perbualan salah seorang penumpang perempuan dalam angkot dengan ibu tadi...
maaf, tak dapat nak describe dalam bahasa indonesia untuk lebih feel. sebab saya pun tak berapa ingat dan dapat tangkap perbualan mereka. haha (gelak cover).
penumpang A: dari mana, bu?
ibu: dari rumah sakit. mahu di kasi obat anaknya. harus disuntik selang dua minggu. ini sudah lewat beberapa hari (menjawab sambil tersenyum)
penumpang A: anaknya kenapa?
ibu: kemalangan sama ayahnya juga kakaknya. saya juga tidak tahu, hanya dia yang terpelanting dan selamat. ayah juga kakaknya meninggal.
dan kisah sedih anak itu saya dengar dengan penuh teliti. hisy, ingat senang ke nak curi dengar? siap dalam bahasa indonesia lagi...
rupa-rupanya the fact that kepala anak itu ditutup dengan hood adalah kerana tempurung kepalanya cedera kesan dari kemalangan itu. tak tahu pecah ke, retak, tetapi sangat serius sampai perlu ambil suntukan tiap dua minggu. jika tidak, akan berlaku pendarahan lain.
bila ditanya kenapa anaknya masih menangis dan kesakitan, rupa-rupanya tadi di rumah sakit anak itu tidak mendapan rawatan yang sepatutnya. sang ibu tidak punya wang yang cukup buat biaya dan terpaksa pulang dengan hati kecewa.
beliau sudah meminta untuk diberi ubat hanya separuh sahaja, kerana hanya itu wang yang dia punya. tetapi mungkin prosedur hospital begitu, mana bisa beli ubat separuh-separuh. setiap suntikan ongkosnya dalam 110,000 rupiah begitu. itu kurang dari RM50 duit Malaysia. dan kita RM50 boleh buat shopping tudung bawal obama lah, tudung yuna lah, makan yang sedap-sedap dan membazir... macam-macam.
melihat tangisan ibu bercerita, hati saya koyak. mata mula panas dan dada saya berkocak. ya Allah, dan aku yang duduk di hadapan takkan hanya mendengar dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa? masa itu sangat teringat setiap kata yang saya kongsi hampir dalam setiap yuyu...
"dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari TuhanMu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertqawa.
iaitu, orang-orang yang berinfak baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang menahan amarahnya dan dan memaafkan kesalahan orang lain. dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan" (ali imran 3: 133-134)
iaitu, orang-orang yang berinfak baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang menahan amarahnya dan dan memaafkan kesalahan orang lain. dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan" (ali imran 3: 133-134)
hampir tiba ke destinasi. walau berperang dengan hati yang didesak rasa bimbang dan macam-macam lagi, inshaAllah, cinta Allah itu yang saya mahu. saya yakinkan diri, yang saya masih punya wang lebih jika berbagi dengan dia. moga dengan apa yang saya kongsi dengan ibu itu memudahkan dia untuk rawatan anaknya nanti.
sampai di pasar, hampir setiap penumpang dan yana (bukan nama sebenar) juga memberi sumbangn untuk ibu tadi. dan memang, bukan niat dia menagih simpati. dah kami yang mencuri dengar, takkan lah nak buat -buat tak tahu kan? alhamdulillah, Allah masih beri rasa dalam dada kita, tanda ada jiwa sensitif juga iman di situ. itu lebih utama.
dan saya keluar dari angkot dengan lutut yang menggeletar juga hati yang berderbar. insaf. dan betapa saya adalah orang yang paling perlu banyak bersyukur atas setiap nikmat yag Dia beri, juga tidak diuji seperti ibu tadi. astaghfirullah alAziim...
sambil berjalan-jalan, yana memberi pencerahan buat saya. see? untungkan ada sahabat yang saling mengingatkan? alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
yana: kak mila (bukan nama sebenar) pernah share fasal zuhud. zuhud tu bukan tak pandang duit dan dunia langsung. bukan juga dengan pakaian compang-camping yang kita tunjukkan pada zahirnya. tapi bila hati sudah tidak terasa terikat dengan dunia dan kesenangannya. bila kita punya wang, kita guna dengan hemah dan bersederhana. bila tidak punya wang, hati masih lapang. best kan?
me: *senyum dalam*
" sungguh, bagi orang-orang yang berbuat kebajikan akan minum dari gelas berisi minuman yang campurannya adalah air kafur. iaitu mata air dalam syurga yang diminum oleh hamba-hamba Allah dan mereka dapat memancarkannya dengan sebaik-baiknya.
mereka memenuhi nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.
sambil dalam hatinya berkata, "sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan (wajah) Allah dan kami tidak mengharap balasan dan terima kasih dari kamu" (al Insan 76: 5-9)
mereka memenuhi nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.
sambil dalam hatinya berkata, "sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan (wajah) Allah dan kami tidak mengharap balasan dan terima kasih dari kamu" (al Insan 76: 5-9)
Allah huAkbar, walillahilhamdh.
dan erti hidup itu pada memberi. Allah huA'lam. Dia maha tahu apa yang ada dalam hati kita. semoga setiap kebaikan yang kita lakukan dikira ibadah pada sisi Dia.
Allah huAlam...
p/s: bila ntah nak habes log nih haha :)
muna,
ReplyDeleteteringat juga yang muna cakap ttg pakcik nouman ali kate. yana cari video die.
anda dah boleh jadi specialist oral surgery, pakar tumor hehe
btw, yana dah dapat case, org tua yang ulcer disebabkan denturenya tak perlu coated tongue. :P
alhamdulillah.
semoga anda dapat sesuatu ketika bersama. doakan kami2 di sini ya :-*
yana, ini buat saya rasa kurang macho. haha.
ReplyDeletealhamdulillah, alhamdulillah. bukan sesuatu. terlalu banyak tarbiah dari Ilahi utk muna di sana.
wahh.. kasus baru eyh? menarik :D
alhamdulillah, Allah mudahkan.
hey, grad cepat sikit. bumi malaysia menantikan semangat baru dari seberang!
p/s: dh baca emel. blum smpat balas. asiif eyh, soon iA.