.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Tuesday, July 26, 2011

lalat-lalat masa pt.1



In the name of Allah, my Lord, my everything, inshaALLAH.



Time Flies.



Yeah, how time flies. I was having this small talk with Kak Azwa (bukan nama sebenar) when she sent me back home from Ansar before I seriously realize it…



Kak Azwa: tak sangka kan? Dah lebih dua tahun kita kenal. Akak ingat lagi waktu tu akak sembang-sembang dengan awak kat Masjid Sunway

Me: eh, haah la kak… hehh… lamanya.

Kak Azwa: Masha Allah.. masa tu awak baru je lagi dengan Kak Siti (bukan nama sebenar). Asyik dok berkepit dua orang je dengan Anis (bukan nama sebenar)

Me: *smiling to myself though I know Kak Azwa would never be able to see that.



It feels like just yesterday, I was sitting in a daurah half-heartedly listening to the pengisian.






It feels like just last two weeks Kak Anis (bukan nama sebenar) and I was having a great time indulging ourselves with Ais Kacang Frado with Kak Siti (bukan nama sebenar) and Kak Akhma (bukan nama sebenar) by the seksyen 2 lake.








It feels like it is just last month I met Syidah (bukan nama sebenar) and have a real great sharing under the coconut tree (err I’m not pretty sure if it was really a coconut tree, but it has the same leaves pattern like what a coconut tree usually has), having vitagen 5 rasa and bytes kegemaran.



It feels like I just met those amazing and sweet adik2 from MSU, having first sitting with Anis Shafikah(bukan nama sebenar) and Hamidah (bukan nama sebenar) etc etc etc.



Yeah.



Having all sorts of items in the list, by right, my argument is certainly irrational and invalid. How come it was justLIKE YESTERDAY…?



It had been y.e.a.r.s.



And Alhamdulillah… I’m still here… in this barren road that nobody could never understand and imagine unless they’re here.



Doing the same thing.

Sharing the same dream.

Hoping for the same promises from our Lord and beloved Prophet SAW.



And I bet, if it is only me and I for sole, I can NEVER get it through.



Thank you Allah, for this chance.


Thank you Allah, for granting me with real great parents, kin and friends ----> surely my wonderful sisters, akhowat fillah.


It’s just more than words can ever say. May Allah bless us and guide us along this journey, inshaALLAH.



p/s: cik yang suka kaler pink, i owe u, for every good single thing i cherish in this life.

may ALLAH bless u :)







Sunday, July 17, 2011

Ilmu Salleh Yaacob (bukan nama sebenar)



In the name of Allah, my lord, my everything.



Pulang dari kem ‘bina semangat’ dengan sisters hari itu saya terus memanggil emak. Telefon bimbit yang sudah menunujukkan tanda-tanda protes dan meminta untuk diberipencen awal menyebabkan saya sering saja tidak dapat dihubungi. Untuk menambah perasa, charger pun saya dah hilangkan (syurga~). Dan saya sangat kedekut untuk menggantikan beteri, telefon baru atau membeli saja pengecas telefon bimbit sendiri. Ada banyak lagi yang perlu saya ‘beli’ (saya mahu HATI manusia) selain untuk diri saya sendiri. Sekian terima kasih.



Mak: Belum apa-apa lagi, dah madukan mak? (tak puas hati saya tidak pulang ke ipoh wiken itu)

Me: er… tu la fasal. Jangan suruh Kak Na (bukan nama sebenar) kahwin cepat-cepat.

Mak: Kalau kakak kahwin, tak apa. Mak dapat pahala.

Me: InshaAllah mak, yang ni pun dapat pahala juga.




Peluh besar. Hah-ha. Bukan nervous tak menentu fasal sebab mak sebut fasal kahwin, madu dan sebagainya. Tapi nervous sebab… sebab… saya tahu saya sudah mewarisi satu perkara aneh di situ!



Homaiii… macam mana ni? (sambil kipas-kipas muka dengan tapak tangan) Saya dah ada Ilmu Salleh Yaacob (bukan nama sebenar) tanpa saya sedar? Ini sudah cukup aneh…! Saya memadukan emak tanpa sedar?! Macam mana ni? Rasanya tidak pernah pula saya duduk lutut bertemu lutut dengan Pak Cik Salleh Yaacob (bukan nama sebenar) untuk mencungkil ilmu apatah lagi menurun daripada beliau…. [=_=]”



Diri saya bukan milik saya.



Saya tahu setiap kali saya tidak pulang ke rumah atau berpergian untuk ber’konferens riang’, ber’yuyu’ atau ber’ziarah’ jalan-jalan cari makan, mak akan rasa rindu. Ya, sebetulnya rasa di duakan. Rasa di madukan. Sudah tentulah rasa ditinggalkan… macamlah ada segunung emas intan permata menanti saya di luar sana berbanding kehangatan juga kemesraan di rumah emak sendiri sedang sepatutnya cik adik bujang seperti saya ini harus mendahulukan emak dan abahnya dalam apa jua keadaan sekalipun.



T_______________________________T



Ayamas, resepi rahsia, spegeti pedas kurang masam dengan gaya tersendiri juga segala macam tok nenek bentuk materi yang saya bagi untuk mem’beli’ hati-hati mereka tidak cukup untuk menggantikan setiap apa yang saya hilang. -------> masa berharga dengan mereka.



Segunung kain baju yang dilipat, pinggan mangkuk yang dicuci sampai berkilat dan dapur putih yang digosok sampai tiada cela juga lantai yang dimop dengan ajex fabuloso perasa lavender tidak tertanding nilainya dengan masa yang bukan lagi umpama emas, tetapi denyut nadi dan hela nafas saya.



Saya tidak tinggal dekat untuk sering menemani emak bersembang, memasak dan bersiar-siar mencari baju raya. Saya tidak berada dekat untuk selalu memicit kaki abah, menggosok baju feveret abah atau pergi minum ais kacang bersama.



Abah: Baru je nampak muka dah nak balik dah?



Percayalah, hati saya sudah koyak-rabak ketika itu. Mata dan tekak sudah mula kurang selesa. Cuma wajah batu dan secarik senyuman tanpa rasa saja mampu saya zahirkan untuk menutup perasaan saya. Dan saya tahu, saya memang pakar dalam bab-bab sebegitu.



Mungkin belum cukup apa yang saya berbuat. Mungkin saja belum cukup ikhlas saya membagi. Mungkin belum cukup saya berbakti. Tiada apa yang saya harap kerana saya tiada daya untuk menentukan apatah lagi menggantikan apa yang saya hilang dengan mereka -------> waktu bersama.



Semoga Allah sahaja yang mencukupkan. Semoga Allah sahaja yang memberi kesempatan juga ruang bagi saya terus berbakti selagi saya hidup.



“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Luqman 31:14)



p/s: agaknya kalau sudah punya suami, dia juga terpaksa dimadukan kot eyh? Haha [^_=] Y!

p/s2: mh. faridah doakan saya dpt mak mertua yg baik macam beliau . haha.




Wednesday, July 13, 2011

iman




Kalau benar atas iman

Pasti kau sanggup berkorban

Kalau benar atas iman

Pasti kau kekal bertahan

Pasti kau akan jumpa keikhlasan

Kalau benar atas iman

Pasti kau mampu…

Mengucup erti PENGORBANAN


Semakin lama kita hidup dan bernafas atas bumi. Semakin ramai yang kita kenal. Semakin banyak yang kita tahu.


Seiring itu semakin banyak perkara yang kita pertimbangkan untuk mengambil satu-satu keputusan.


Dari sekecil-kecil keputusan hingga kepada keputusan yang paling besar kita rasa impaknya pada kita. Tetapi, ada satu lompong yang kita biar terbuka. Terdedah kepada satu ancaman paling merbahaya sedang itulah titik paling berharga yang kita punya.


Iman.


Ya. Ringan mulut mengaku. Mudah lidah berkata-kata. Namun bila tiba kepada amal perbuatan, tidak sedikit pun gambaran indah tentang iman itu terlakar pada tingkah kita.


Iman itu menjadikan rasa bersaudara itu manis ibarat gula.


Iman itu menjadikan rasa lelah membagi terbang dengan segera.


Iman itu menjadikan rasa aman itu total. Kerana yakin Allah bersama dengan mereka yang bersabar.


Masakan baru sedikit diuji kita cepat melatah?

Iya, kita bermaksud baik. Namun maksud yang baik jika tidak disertai dengan kata-kata juga cara yang baik, tidak punya makna. Tidak mengundang suka, malah resah dan bersalah dalam dada.


Apabila ada salah

Insan sering salah menyalah

Maka dengan apakah kamu mempersalahkan orang lain?

Dengan firasat buta atau neraca keimanan dari jiwa?

Jangan kerana kejahilanmu, wahai manusia

Insan lain terhukum dalam aniaya.


Kitalah pesalah. Kitalah penjenayah sebenar.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al Ankabut 29: 2&3)


Namun bukan itu titik noktahnya. Masakan kita rela digelar pendusta?


Ayuh bangkit!


Sebaik-baik pendosa itu mereka yang bertaubat dan kembali kepada Tuhan mereka. Benar, kita manusia. Justeru itu kita berbuat salah. Melakukan silap. Tetapi mereka yang dicintai Tuhan itu adalah sang tawwabiin. Mereka yang berulang-ulang taubatnya, membasuh diri dari dosa dan noda.


“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang tobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.” (al Baqarah 2: 222)


Jangan kita pandang enteng Iman kerana ia sesuatu yang abstrak. Kerana ia menifestasi taqwa kita. Kerana ia bukti yang membezakan kita dengan orang kafir. Kerana ia persamaan yang menghubungkan kita dengan salafus soleh, para sahabat juga para anbiya.


Kerana hanya iman yang menyatukan hati kita dengan Dia. Yang kita perlukan lebih dari udara untuk kita bernafas.


Siapakah yang memerhatikan pesan kekasihNYA?

Janganlah kamu berhasad dengki, benci membenci

Kerana setiap yang beriman adalah saudaramu sendiri

Bagaimana pula dengan keimanannya…

Tidak berbekas di hati…?


Masa untuk menilai dan memperbaharui Iman sendiri.



credit: synergy by hilal asyraf


Monday, July 4, 2011

aku dan kamu...





ruang berfikir lebih luas dari ruang bercakap,ruang bercakap lebih luas dari ruang buat, dan ruang buat lebih luas dari buat dengan sungguh-sungguh, dan ruang buat dengan sungguh-sungguh lebih luas dari ruang bermatian-matian melakukannya...

-miss sheikh-



ruang aku dalam hatimu?




Mungkin tiada langsung.




Aku lupa… bahawa hanya Dia yang memegang hati kita semua. Bahawa ada Dia di antara hati-hati k.i.t.a


“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan.” (8:24)



Inilah ruang aku untuk menghitung diri. menilai peribadi. Sungguh harus aku peringat pada diriku sendiri, bukan aku hakim nya. Bukan aku malik nya pada hari tiada siapa pun yang berkuasa melainkan Dia. Yang menjadikan hidup tanpa tujuan lain, sebagai ujian.



“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (67:2)



Allah huAkbar…



Bagaimana kalau semua ini palsu? Amal, perkataan juga asa yang aku genggam.



“Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.” (67:13)



Bagaimana kalau tiada apa yang Dia terima dari aku melainkan sekelumit cuma?

Sungguh, akulah manusia yang paling malang itu…



"…Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi". (7:23)

tiga rasa pt.2




...cont'd


“mana mak?”


Cemas. Mak tiada di situ. Allah huAkbar… bagaimana aku harus mencari dalam umat manusia yang ramai begini? Untuk menghubungi emak agak mustahil kerana emak tidak membawa telefon bimbitnya bersama. Allah huAkbar…


Aku mempercepatkan langkah mengelilingi Nabawi mencari. Sudahlah Nabawi itu luasnya umpama 3-4 padang bola dengan semua umat berpakaian putih bersih, mana mahu aku bezakan emak antara mereka?


Astaghfirullah alAziim…

Aku berdoa kuat dalam hati.

“Ya Allah, andai ada keterlanjuran aku, ampunkan aku Ya Allah. Jangan Engkau uji aku begini.”


Hati aku sudah rawan. Fikiran aku yang terlalu cemas sangat membantutkan usaha mencari emak. Pada masa itu aku sedar. Tiada pergantungan selain kepada Dia. Tiada harapan yang mampu aku sangkutkan melainkan hanya pada Dia juga. Tiada daya dan upaya melainkan hanya Dialah sumbernya.


Tangisan aku mula menjadi. Aku terbayangkan emak menunggu dengan tongkatnya dalam keadaan lelah dan cemas. Ya Allah, kasihan emak.


Dua kali pusing sudah cukup memenatkan. Kali ini aku yakin, Dia pasti akan menemukan aku dengan emak dan…


Alhamdulillah, emak berada tidak jauh dari tempat yang sepatutnya aku mencarinya tadi dan juga tempat yang seharusnya emak tunggu di situ. Kanapa tadi tak jumpa pun?



Mak: Lamanya? Mak tunggu kat pintu masuk tadi. Tak nampak pun kakak lalu?

Me: Kak Na (bukan nama sebenar) dah pusing dua kali kat sini, sampai Babul Jibril. Tak jumpa pun mak?

Mak: Taka pa lah…



Err… mak tunggu di pintu masuk? Memang padan lah aku tak perasankan mak. Dan sungguh, memang seorang ‘mencari’ dan seorang lagi ‘menunggu’. Direct Dia bagi macam yang kami ucapkan tadi. Kata-kata itu doa, bukan?


Ada kurang lebih setengah jam lagi sebelum zohor dan aku juga emak masih belum dapat mencari cara untuk ke Raudah dan makam Nabi saw. Puas mundar-mandir, kami bertanya kepada seorang jemaah dan Alhamdulillah, dia menunjukkan pintu yang sepatutnya aku dan emak tuju untuk ke Raudah.


Masuk sahaja melalui pintu itu aku dan emak terdiam. mana makam Nabi saw?


Kami bertanya lagi pada jemaah yang lain. Rupa-rupanya waktu untuk muslimat masuk ke Raudah dan menziarah makam Baginda saw selepas subuh tadi. Dan kalau bernasib baik, selepas zohor akan dibukakan pintu ke sana.


K-e-c-e-w-a


Ya Allah, aku datang sejauh ini ya Allah…

Wahai Nabi, aku datang dengan sejuta harapan ke kota mu…

Apakah aku, sungguh, antara mereka yang dusta dan palsu?


Bergilir-gilir peristiwa yang berlaku pagi tadi hingga apa yang aku alami saat ini berputar ligat dalam kotak ingatan. Entah aku punya masa lagi atau tidak untuk menantikan peluang yang seterusnya untuk menjejak permaidani hijau Raudah. Semua itu cukup membunuhku. Aku hilang dalam ramai. Kepala aku mula berdenyut dengan air mata yang tak henti-henti mengalir.


Melihat begitu ramainya tetamu Allah, begitu khusyuknya umat Nabi saw yang lain membuatkan aku terasa begitu hina dan kerdil. Siapa aku dalam kalangan mereka? Siapa aku di mata Dia? Siapa aku di hati Baginda saw?


Aku benci ditinggalkan. Aku sedih diabaikan. Dan kini aku rasa dibuang jauh. Ya Allah… jangan Engkau panggil aku sejauh ini untuk memberitahu yang aku adalah antara mereka yang ter-tolak-kan.


Sekali lagi perasaan itu menderaku. Dan aku tidak mahu menerima. Tiba-tiba ada satu bisikan mengingatkan aku tentang sesuatu…


“"Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat". (15:56)


Astaghfirullah alAziim… aku tidak mahu termasuk golongan mereka yang sesat. Sekedipan itu juga aku teringatkan pesan ustaz tadi, sebagai tetamu Allah, pasti, Dia yang menjemput akan menyediakan sesuatu untuk hambaNya. Berdoalah dan harapkan yang terbaik…


Astaghfirullah alAziim… aku telah bersangka-sangka terhadap Allah. Aku hampir berputus asa dengan rahmatNya bila baru sedikit ini aku diuji…


“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (39:53)


Saat itu aku mula redha dan menerima. Aku sangat-sangat berharap, biarlah ‘sesuatu yang istimewa’ itu ampunanNya, redhaNya juga kasih sayangNya. Aku tidak mampu mengingati apa-apa lagi dan terus sahaja menunaikan solat zohor bila sudah masuk waktu.


Seusai solat, emak meyakinkan aku untuk tunggu sebentar. Mana tahu, pintu Raudah akan dibuka sekejap lagi? aku tidak mahu terlalu berharap tetapi dalam hati aku terus berdoa untuk yang terbaik. Melihatkan begitu ramai jemaah lain yang menunggu, aku bimbangkan keadaan emak yang mungkin akan bersesak-sesak nanti…


Tidak lama kemudian, pintu untuk ke Raudah dibuka. Allah huAkbar, walillahilhamdh… saat itu aku memegang emak erat, melangkah masuk ke laluan untuk ke Raudah dengan penuh rendah hati dan syukur walau aku masih tertanya, bagaimana keadaanku yang meragu tadi dan kini aku sedang melangkah menuju Dia. Ke arah makam Baginda saw.


Aku tidak tahu, nikmat sebesar apa lagi selain ini. Dalam aku berkira-kira juga hati yang tidak putus berdoa ke hadratNya, aku memandang sekeliling.


“ini kah Raudah?”

Aku terus melihat ke bawah, tempat aku berpijak. Permaidani hijau?

“Mak, kita dah sampai Raudah!!”


Hatiku terasa luluh. Ya Allah… nikmat sebesar ini engkau berikan kepada aku yang bersangka buruk terhadapMu tadi? Terus aku memanjat syukur dan doa kepadaNya. Salam mereka yang dikirimkan melalui ku terus aku sampaikan kepada Baginda saw. Aku dengar, para malaikat akan beratur dari makam Baginda saw hingga ke arah siapa yang mengirimkan salam itu hanya untuk menyampaikan yang salamnya dijawab Nabi saw.


Aku masih tekun berdoa dan dalam kesesakan juga lautan manusia itu aku tidak sedar aku telah tertolak ke hadapan hingga aku sampai betul-betul ke dinding makam Baginda saw dan di hadapanku terhampar luas tempat untuk aku bersolat sunat dua rakaat juga sujud syukur kepadaNya. Aku terdiam tidak percaya hingga ada seorang jemaah membantuku memegang tongkat emak untuk membiarkan aku bersolat dan berdoa di Raudah, taman antara taman-taman syurga. Tempat yang paling mustajab doanya.


Allah huAkbar, Allah huAkbar, Allah huAkbar walillahilhamdh…


Apa lagi nikmatNya yang mahu aku dustakan? Perasaan ‘terbuang’ dan ‘ditinggalkan’ tadi terus lenyap diganti dengan rasa harap dan syukur kepadaNya. Indah, sungguh indah. Dan benar, bukan semua perkara mampu aku coretkan untuk sesiapa yang membaca memahami. Kata-kata Kak Wan Aini (bukan nama sebenar) yang paling aku ingat bermain di ingatan…


“terasa semacam dibawa ke dalam dakapanNya bila kita sudah lulus ujian itu”


Cukuplah Dia yang maha tahu segalanya. Aku bimbang andai aku terus menulis, haluannya jadi lain. Pincang. Mari kita terus berharap kepadaNya. Dalam pahit, ada manisnya untuk setiap ujian yang Dia beri kepada kita. Semua itu untuk membersihkan kita. Untuk menyucikan niat juga matlamat kita. Menuju Dia. Kerana Dia. inshaAllah.


“"Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.” (23:109)



p/s: saya tahu Raudhah itu dihampar permaidani hijau melalui pembacaan di atas flight. Maha suci Allah yang menggerakkan hati hamba-hambaNya dan melimpahkan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tiada kebetulan dalam hidup.