.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Monday, July 4, 2011

tiga rasa pt.1





Bismillah…

Oh Tuhan,

Untuk semua yang semestinya aku lakukan

Tapi tidak aku lakukan

Dan untuk semua yang semestinya aku tinggalkan

Tapi tidak aku tinggalkan

Aku memohon keampunan dariMu

Oh Tuhan,

Untuk dosaku yang kalu sekalipun tidak terhitung

Dalam bilangan yang diketahui oleh manusia

Dan ingkarku yang kalau sekalipun melayakkan aku

Menjadi manusia paling ingkar

Dalam sejarah manusia

Aku memohon keampunan dariMu

Oh Tuhan,

Aku sujud penuh seluruh mengakui

Engkaulah Rabb dan akulah hamba.

Imaen-Labyrinth



Aku tidak pernah merasakan pagi yang syahdu dan hening begini. Lain. Asing. Aku sedar aku manusia paling ‘indifferent’ tetapi jauh di sudut hati, aku pasti, ada asa yang tersembunyi. Mungkin terhijab dengan semua dosa dan maksiat yang aku lakukan. Terang atau sembunyi.


“Oh Tuhan, aku datang menujuMu. Wahai Rasul, aku datang menyampaikan rinduku padamu. Terimalah aku jadi ummatmu”


Dengan seungkap doa itu, aku melangkah ke arah Nabawi yang tersergam indah penuh permai. Waktu subuh kian berlalu dan aku hampir sahaja terlepas dalam mengejar waktu bila aku dihalang masuk. Sudahlah dengan bahasa Arab Ami yang tidak tertangkap maknanya oleh aku, di tambah riak marah yang terlindung di sebalik kelubung hitam mereka membuatkan aku benar-benar keliru. Hampa. Kecewa.


Aku tetap berkeras dan mencuba untuk masuk,tetapi pengawal di luar tidak membenarkan aku. Langsung-langsung.


“Ya Allah… kenapa? Aku datang sejauh ini Ya Allah… jangan Engkau panggil aku hanya untuk menyatakan yang aku antara mereka yang ter-tolak.”


Lalu aku biarkan hati aku merintih sendiri kerana aku tidak punya banyak masa melainkan untuk terus menunaikan solat Subuh walaupun di tepi pintu Nabawi itu. Pulang ke hotel, aku tidak mampu berfikir apatah lagi mencerna apa yang berlaku dan apa yang terjadi tadi. Aku tidak sanggup. Aku belum berani menerima kenyataan seandainya aku, sungguh, termasuk antara mereka yang tertolak.


Pagi itu juga aku dan ahli rombongan yang lain akan mengadakan ziarah dalaman. Kami akan melawat Makam Nabi SAW, makam Abu Bakr RA, makam Umar Al Faruq RA, perkuburan Baqi’ dan Raudah – salah satu taman antara taman-taman syurga. Tempat yang paling mustajab doanya.


Tetapi hati aku masih bengkak. Sakit hingga aku tak terasakan perasaan yang sepatutnya aku rasakan. Boleh pula pihak pengurusan melambat-lambatkan waktu lawatan lalu membuat aku dan jemaah yang lain jenuh menunggu. Panas dalam hati sudah hampir sama darjahnya dengan suhu di luar hotel. Membakar. Hilang rasa keterujaan. Terbang rasa insaf. Sirna warna syukur dan aku kembali seperti mereka yang tidak pernah belajar erti redha juga bertenang.


Sebenarnya aku sendiri celaru. Aku selalunya bukan seorang yang banyak songeh. Bukan seorang yang banyak cengkadak kerana aku tahu, apa yang akan berlaku, pasti akan berlaku. Dan apa yang tidak ditakdirkan berlaku, pasti tidak akan terjadi walau apa juga bentuk usaha yang aku taruhkan untuk mendapatkan keputusan yang aku harapkan.

Sama seperti kejadian pagi itu. Andainya menunggu itu yang terbaik yang Dia aturkan, aku harus ikhlas menerima tetapi apa yang berlaku adalah yang sebaliknya. Ujian itu, ujian juga, memang patut aku bersabar. Tetapi ini masalah pengurusan dan aku tidak mahu menerima kekurangan itu hingga aku terlupa, yang mengurus itu sama seperti aku.


M-a-n-u-s-i-a.


Tidak ada yang sempurna melainkan Dia. Astaghfirullah alAziim.


Dalam khusyuk aku mendengar penerangan tentang sirah Nabi SAW, menghayati keagungan Tuhan juga bukti kasih sayang Nabi SAW kepada umatnya, hati aku masih tercari-cari. Sebutir perasaan ‘itu’ yang masih terhijab. Mungkin aku masih belum benar-benar rela menerima kejadian menunggu pagi itu dan aku masih tidak mampu melihat apa di sebalik itu hinggalah aku dibacakan sepotong ayat ini…


“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al Ankabut 29: 2&3)


Allah huAkbar.


Waktu itu, aku rasakan bumi ini bagaikan terbelah. Langit meruntuh menimpa aku sedang aku masih lengah dan keliru. Astaghfirullah… akukah mereka yang DUSTA? Fikiranku kelam seketika sebelum aku meminta izin pada emak untuk pulang sebentar ke hotel, mengambil telekung. Aku berjanji akan ‘mencari emak’ dan emak berjanji untuk ‘menunggu aku’ pula di tempat yang sama.


Sesat. Ya. Seorang yang kurang sense of direction seperti aku pastinya punya masalah mengingati tempat, jalan hatta membezakan jarak. Sungguh semua bangunan di sekeliling aku kelihatan sama dan berita baiknya, aku tidak hafal nama hotel. Terbaik.


Agak-agak jauh dan jenuh berjalan di bawah terik mentari yang mula meninggi, aku sampai ke hotel. Seusai semua urusan, aku bersegera ke Nabawi. Waktu zohor hampir tiba kurang satu jam lagi. seandainya aku telat, pasti, keadaan akan sangat sesak dan sukar untuk aku dan emak nanti.


Tanpa menoleh ke kanan dan kiri aku terus menonong ke arah tempat yang sepatutnya aku mencari emak dan tempat emak menunggu aku.

“mana mak?”



tbc...





3 comments: