In the name of Allah, my lord, my everything.
Pulang dari kem ‘bina semangat’ dengan sisters hari itu saya terus memanggil emak. Telefon bimbit yang sudah menunujukkan tanda-tanda protes dan meminta untuk diberipencen awal menyebabkan saya sering saja tidak dapat dihubungi. Untuk menambah perasa, charger pun saya dah hilangkan (syurga~). Dan saya sangat kedekut untuk menggantikan beteri, telefon baru atau membeli saja pengecas telefon bimbit sendiri. Ada banyak lagi yang perlu saya ‘beli’ (saya mahu HATI manusia) selain untuk diri saya sendiri. Sekian terima kasih.
Mak: Belum apa-apa lagi, dah madukan mak? (tak puas hati saya tidak pulang ke ipoh wiken itu)
Me: er… tu la fasal. Jangan suruh Kak Na (bukan nama sebenar) kahwin cepat-cepat.
Mak: Kalau kakak kahwin, tak apa. Mak dapat pahala.
Me: InshaAllah mak, yang ni pun dapat pahala juga.
Peluh besar. Hah-ha. Bukan nervous tak menentu fasal sebab mak sebut fasal kahwin, madu dan sebagainya. Tapi nervous sebab… sebab… saya tahu saya sudah mewarisi satu perkara aneh di situ!
Homaiii… macam mana ni? (sambil kipas-kipas muka dengan tapak tangan) Saya dah ada Ilmu Salleh Yaacob (bukan nama sebenar) tanpa saya sedar? Ini sudah cukup aneh…! Saya memadukan emak tanpa sedar?! Macam mana ni? Rasanya tidak pernah pula saya duduk lutut bertemu lutut dengan Pak Cik Salleh Yaacob (bukan nama sebenar) untuk mencungkil ilmu apatah lagi menurun daripada beliau…. [=_=]”
Diri saya bukan milik saya.
Saya tahu setiap kali saya tidak pulang ke rumah atau berpergian untuk ber’konferens riang’, ber’yuyu’ atau ber’ziarah’ jalan-jalan cari makan, mak akan rasa rindu. Ya, sebetulnya rasa di duakan. Rasa di madukan. Sudah tentulah rasa ditinggalkan… macamlah ada segunung emas intan permata menanti saya di luar sana berbanding kehangatan juga kemesraan di rumah emak sendiri sedang sepatutnya cik adik bujang seperti saya ini harus mendahulukan emak dan abahnya dalam apa jua keadaan sekalipun.
T_______________________________T
Ayamas, resepi rahsia, spegeti pedas kurang masam dengan gaya tersendiri juga segala macam tok nenek bentuk materi yang saya bagi untuk mem’beli’ hati-hati mereka tidak cukup untuk menggantikan setiap apa yang saya hilang. -------> masa berharga dengan mereka.
Segunung kain baju yang dilipat, pinggan mangkuk yang dicuci sampai berkilat dan dapur putih yang digosok sampai tiada cela juga lantai yang dimop dengan ajex fabuloso perasa lavender tidak tertanding nilainya dengan masa yang bukan lagi umpama emas, tetapi denyut nadi dan hela nafas saya.
Saya tidak tinggal dekat untuk sering menemani emak bersembang, memasak dan bersiar-siar mencari baju raya. Saya tidak berada dekat untuk selalu memicit kaki abah, menggosok baju feveret abah atau pergi minum ais kacang bersama.
Abah: Baru je nampak muka dah nak balik dah?
Percayalah, hati saya sudah koyak-rabak ketika itu. Mata dan tekak sudah mula kurang selesa. Cuma wajah batu dan secarik senyuman tanpa rasa saja mampu saya zahirkan untuk menutup perasaan saya. Dan saya tahu, saya memang pakar dalam bab-bab sebegitu.
Mungkin belum cukup apa yang saya berbuat. Mungkin saja belum cukup ikhlas saya membagi. Mungkin belum cukup saya berbakti. Tiada apa yang saya harap kerana saya tiada daya untuk menentukan apatah lagi menggantikan apa yang saya hilang dengan mereka -------> waktu bersama.
Semoga Allah sahaja yang mencukupkan. Semoga Allah sahaja yang memberi kesempatan juga ruang bagi saya terus berbakti selagi saya hidup.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Luqman 31:14)
p/s: agaknya kalau sudah punya suami, dia juga terpaksa dimadukan kot eyh? Haha [^_=] Y!
p/s2: mh. faridah doakan saya dpt mak mertua yg baik macam beliau . haha.
Now i miss my parents..melaka lebih jauh muna Only Allah knows.
ReplyDeleteDan akak jugak sgt terbiasa dgn aksi membatukan muka dan menahan empangan dr pecah...hu..
Kak Diyana: oh... kakak syg...
ReplyDeletebaru diuji sdikit je muna ni... kak lgi jauh.. kn? (dush2)
semoga kita dpt jaga mereka...smpi kita dipanggil Dia...
miss u la kak..
eh
hri tu jmp kak iffah :)
muna, yana rase, sebab masa kita sekolah kan duduk asrama pastu belajar jauh. tak dduk rumah sangat, jadi, mereka harap lepas dah grad kerap bersama mereka. kan? tak pa lah. muna call lah kerap2..celcom masih ade yang 8 pax favourite tu tak sekarang?
ReplyDeletehope muna bertemu jodoh dengan orang yang memahami sangat2 untuk dimadukan dengan jalan ini.
dapat ibu mertua macam muallimah faridah juga
pis! :-*
yana syg: haah laa... spatutny x ada alasan x call kn?
ReplyDeletesudahla abah yg byr bil
kufur nikmat sungguh...
inshaALLAH, kne guna tips yana :) hehe
oh, smoga dia pun madukan saya juga mcm saya madukan dia. baru la fair dan faham hehe ^^ (mood gediks terlampau)
amann..Y
Amin...moga kita dpt jadi ank yg berbakti
ReplyDeleteeh,jumpa puan iffah di mana? program ye?
kak diyana syg: haah... jmpa di talk IM last monday :) heheee ^^
ReplyDeletebeliau sdg prktikel di hosp serdang... **
comelnya anak mak niii :)
ReplyDeletejadi anak solehah,moga-moga punya anak soleh satu hari nanti,inshaAllah.
anis syg: aminnnn mudah2an ** hehe back to u dear ;) may Allah bless!
ReplyDelete