.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Monday, July 4, 2011

tiga rasa pt.2




...cont'd


“mana mak?”


Cemas. Mak tiada di situ. Allah huAkbar… bagaimana aku harus mencari dalam umat manusia yang ramai begini? Untuk menghubungi emak agak mustahil kerana emak tidak membawa telefon bimbitnya bersama. Allah huAkbar…


Aku mempercepatkan langkah mengelilingi Nabawi mencari. Sudahlah Nabawi itu luasnya umpama 3-4 padang bola dengan semua umat berpakaian putih bersih, mana mahu aku bezakan emak antara mereka?


Astaghfirullah alAziim…

Aku berdoa kuat dalam hati.

“Ya Allah, andai ada keterlanjuran aku, ampunkan aku Ya Allah. Jangan Engkau uji aku begini.”


Hati aku sudah rawan. Fikiran aku yang terlalu cemas sangat membantutkan usaha mencari emak. Pada masa itu aku sedar. Tiada pergantungan selain kepada Dia. Tiada harapan yang mampu aku sangkutkan melainkan hanya pada Dia juga. Tiada daya dan upaya melainkan hanya Dialah sumbernya.


Tangisan aku mula menjadi. Aku terbayangkan emak menunggu dengan tongkatnya dalam keadaan lelah dan cemas. Ya Allah, kasihan emak.


Dua kali pusing sudah cukup memenatkan. Kali ini aku yakin, Dia pasti akan menemukan aku dengan emak dan…


Alhamdulillah, emak berada tidak jauh dari tempat yang sepatutnya aku mencarinya tadi dan juga tempat yang seharusnya emak tunggu di situ. Kanapa tadi tak jumpa pun?



Mak: Lamanya? Mak tunggu kat pintu masuk tadi. Tak nampak pun kakak lalu?

Me: Kak Na (bukan nama sebenar) dah pusing dua kali kat sini, sampai Babul Jibril. Tak jumpa pun mak?

Mak: Taka pa lah…



Err… mak tunggu di pintu masuk? Memang padan lah aku tak perasankan mak. Dan sungguh, memang seorang ‘mencari’ dan seorang lagi ‘menunggu’. Direct Dia bagi macam yang kami ucapkan tadi. Kata-kata itu doa, bukan?


Ada kurang lebih setengah jam lagi sebelum zohor dan aku juga emak masih belum dapat mencari cara untuk ke Raudah dan makam Nabi saw. Puas mundar-mandir, kami bertanya kepada seorang jemaah dan Alhamdulillah, dia menunjukkan pintu yang sepatutnya aku dan emak tuju untuk ke Raudah.


Masuk sahaja melalui pintu itu aku dan emak terdiam. mana makam Nabi saw?


Kami bertanya lagi pada jemaah yang lain. Rupa-rupanya waktu untuk muslimat masuk ke Raudah dan menziarah makam Baginda saw selepas subuh tadi. Dan kalau bernasib baik, selepas zohor akan dibukakan pintu ke sana.


K-e-c-e-w-a


Ya Allah, aku datang sejauh ini ya Allah…

Wahai Nabi, aku datang dengan sejuta harapan ke kota mu…

Apakah aku, sungguh, antara mereka yang dusta dan palsu?


Bergilir-gilir peristiwa yang berlaku pagi tadi hingga apa yang aku alami saat ini berputar ligat dalam kotak ingatan. Entah aku punya masa lagi atau tidak untuk menantikan peluang yang seterusnya untuk menjejak permaidani hijau Raudah. Semua itu cukup membunuhku. Aku hilang dalam ramai. Kepala aku mula berdenyut dengan air mata yang tak henti-henti mengalir.


Melihat begitu ramainya tetamu Allah, begitu khusyuknya umat Nabi saw yang lain membuatkan aku terasa begitu hina dan kerdil. Siapa aku dalam kalangan mereka? Siapa aku di mata Dia? Siapa aku di hati Baginda saw?


Aku benci ditinggalkan. Aku sedih diabaikan. Dan kini aku rasa dibuang jauh. Ya Allah… jangan Engkau panggil aku sejauh ini untuk memberitahu yang aku adalah antara mereka yang ter-tolak-kan.


Sekali lagi perasaan itu menderaku. Dan aku tidak mahu menerima. Tiba-tiba ada satu bisikan mengingatkan aku tentang sesuatu…


“"Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat". (15:56)


Astaghfirullah alAziim… aku tidak mahu termasuk golongan mereka yang sesat. Sekedipan itu juga aku teringatkan pesan ustaz tadi, sebagai tetamu Allah, pasti, Dia yang menjemput akan menyediakan sesuatu untuk hambaNya. Berdoalah dan harapkan yang terbaik…


Astaghfirullah alAziim… aku telah bersangka-sangka terhadap Allah. Aku hampir berputus asa dengan rahmatNya bila baru sedikit ini aku diuji…


“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (39:53)


Saat itu aku mula redha dan menerima. Aku sangat-sangat berharap, biarlah ‘sesuatu yang istimewa’ itu ampunanNya, redhaNya juga kasih sayangNya. Aku tidak mampu mengingati apa-apa lagi dan terus sahaja menunaikan solat zohor bila sudah masuk waktu.


Seusai solat, emak meyakinkan aku untuk tunggu sebentar. Mana tahu, pintu Raudah akan dibuka sekejap lagi? aku tidak mahu terlalu berharap tetapi dalam hati aku terus berdoa untuk yang terbaik. Melihatkan begitu ramai jemaah lain yang menunggu, aku bimbangkan keadaan emak yang mungkin akan bersesak-sesak nanti…


Tidak lama kemudian, pintu untuk ke Raudah dibuka. Allah huAkbar, walillahilhamdh… saat itu aku memegang emak erat, melangkah masuk ke laluan untuk ke Raudah dengan penuh rendah hati dan syukur walau aku masih tertanya, bagaimana keadaanku yang meragu tadi dan kini aku sedang melangkah menuju Dia. Ke arah makam Baginda saw.


Aku tidak tahu, nikmat sebesar apa lagi selain ini. Dalam aku berkira-kira juga hati yang tidak putus berdoa ke hadratNya, aku memandang sekeliling.


“ini kah Raudah?”

Aku terus melihat ke bawah, tempat aku berpijak. Permaidani hijau?

“Mak, kita dah sampai Raudah!!”


Hatiku terasa luluh. Ya Allah… nikmat sebesar ini engkau berikan kepada aku yang bersangka buruk terhadapMu tadi? Terus aku memanjat syukur dan doa kepadaNya. Salam mereka yang dikirimkan melalui ku terus aku sampaikan kepada Baginda saw. Aku dengar, para malaikat akan beratur dari makam Baginda saw hingga ke arah siapa yang mengirimkan salam itu hanya untuk menyampaikan yang salamnya dijawab Nabi saw.


Aku masih tekun berdoa dan dalam kesesakan juga lautan manusia itu aku tidak sedar aku telah tertolak ke hadapan hingga aku sampai betul-betul ke dinding makam Baginda saw dan di hadapanku terhampar luas tempat untuk aku bersolat sunat dua rakaat juga sujud syukur kepadaNya. Aku terdiam tidak percaya hingga ada seorang jemaah membantuku memegang tongkat emak untuk membiarkan aku bersolat dan berdoa di Raudah, taman antara taman-taman syurga. Tempat yang paling mustajab doanya.


Allah huAkbar, Allah huAkbar, Allah huAkbar walillahilhamdh…


Apa lagi nikmatNya yang mahu aku dustakan? Perasaan ‘terbuang’ dan ‘ditinggalkan’ tadi terus lenyap diganti dengan rasa harap dan syukur kepadaNya. Indah, sungguh indah. Dan benar, bukan semua perkara mampu aku coretkan untuk sesiapa yang membaca memahami. Kata-kata Kak Wan Aini (bukan nama sebenar) yang paling aku ingat bermain di ingatan…


“terasa semacam dibawa ke dalam dakapanNya bila kita sudah lulus ujian itu”


Cukuplah Dia yang maha tahu segalanya. Aku bimbang andai aku terus menulis, haluannya jadi lain. Pincang. Mari kita terus berharap kepadaNya. Dalam pahit, ada manisnya untuk setiap ujian yang Dia beri kepada kita. Semua itu untuk membersihkan kita. Untuk menyucikan niat juga matlamat kita. Menuju Dia. Kerana Dia. inshaAllah.


“"Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.” (23:109)



p/s: saya tahu Raudhah itu dihampar permaidani hijau melalui pembacaan di atas flight. Maha suci Allah yang menggerakkan hati hamba-hambaNya dan melimpahkan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tiada kebetulan dalam hidup.




No comments:

Post a Comment