.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Friday, December 31, 2010

saya ceria!!




In the name of Allah, my Lord, my Everything


p/s: as usual, sila berhati-hati dengan masa anda :)

p/s2: sila cari ibrah di sana sini jika kedapatan ya... inshaAllah ada :)


Allah huAkbar, Allah huAkbar, Allah huAkbar walillahilhamdh…


Belakangan ini saya perasan entri-entri semuanya berbaur emosi dan kurang ceria. Huhh… it must be my hormones! Hanya saya dan Lya sahaja yang tahu erti ‘stress masuk bilik sendiri’. Hahaa… Nampak beno (benar dalam slanga Perak-Bota) tak ada sense of direction! (ini ungkapan yang paling tak sesuai untuk seseorang yang sedang ditarbiah. Astaghfirullah)


Patut lebih ceria dan bermanfaat atau saya hanya akan menambah wrinkles pada wajah sahaja. Okay. Mari kita mulakan






Every story has an end. Yet in life, every end is just a new beginning.


(baru tadi je kata nak mula, dah sebut ending-ending pula… oh, jangan teruburu-buru terjun ke kesimpulan [jump into conclusion @ hasty generalization], kan dah kata, every end is just a new beginning…tadd-daaa~ ni, nak mulalah ni… cheers ^^, )


How time flies… sudah di ambang tahun baru, kita semua (jika panjang umur dengan seizin Dia). And usually common phenomena pada waktu-waktu begini adalah acara membuat azam tahun baru.


Sounds great, tapi lame kan? Well, better of ada niat mahukan perubahan dan menetapkan matlamat dalam hidup daripada mahu stay the same. Tapi, kalau kita yang beria-ia memasang niat tahun baru macam pasang langsir baru time nak raya then tiga minggu kemudian back to basic, sama je lah kan…?


Bak kata Saidina Ali k.w;


“Sesungguhnya, beruntunglah bagi sesiapa yang hari ini lebih baik dari semalam, tertipulah mereka yang hari ini sama sahaja dengan semalamnya, tetapi alangkah ruginya seseorang itu jika hari ini lebih buruk dari semalam”


So, sekarang inilah masa yang paling sesuai untuk kita kembali merenung diri. I mean, specifically, merenung arah kehidupan kita. Things like principles, values and stands we hold in our lives, as well as our perceptions towards life itself. Sudah tentu kita tidak mahu tertipu dengan hidup, apatah lagi tergolong dalan golongan yang rugi lagi merugikan…


Siapa tahu, dalam kita fight for what we believe, apa yang kita pegang itu salah. Atau, mungkin sahaja sebenarnya kita sendiri kurang jelas dengan apa yang kita percaya tu (waahhh.. dah masuk bab clarity of thoughts ni. Sure Dr. Dinna terharu T___T ngeee).


Let’s keep this simple and short.


Soalan-soalan ini boleh membantu kita untuk mem’precise’kan dan menambah level clarity of thoughts kita… jom cuba!


1. Apakah niat dan visi hidup kita?

2. Adakah niat dan visi hidup yang kita pegang selama ini tu benar?

3. Ke manakah arah tujuan hidup kita?


Sikit je tapi sebenarnya sangat dalam. Hanya orang yang benar-benar berfikir dan faham dengan hati sahaja yang mampu menjawab tiga soalan tahap kacang putih ni. Okeylah, saya bagi hint


-----------------------> niat dan visi hidup saya adalah untuk berjaya dan kaya. Dengan kuasa, pengaruh dan wang yang ada barulah saya boleh memperoleh mulia dan bahagia dalam hidup ini.

---------------> betul what? Masa muda inilah nak kerja, nak kumpul duit, nak buat macam-macam lagi dalam hidup ni. Nanti dah tua, barulah settle sikit-sikit…


-------------------> arah hidup? Erm, tak sure. Nak ke mana ya?


Okay. Skema jawapan yang mudah dan selalu available untuk check whether or not our answers untuk soalan-soalan kat atas tu are -----------------> AlQuran, Sunnah dan seerah generasi awal dahulu (paha sahabat dan orang-orang soleh).


Untuk play safe, each and every step kita ambil, mari kita counter check selalu.

Saya bertekad mahu memendekkan entri ini (azam tahun baru ke? Hahaa). Selalu saja saya melencong hingga ke Uganda, baru patah balik ke Malaysia untuk hit the point. So, as stated above….


Cari sendiri ibrah dan motivasinya, ya? Kamu lebih tahu perihal diri sendiri dan apa yang kita usahakan lebih, akan kita hargai leboih juga inshaAllah… so, enjoy your quest! :


Akhir kata sempena menyambut kedatangan inche 2011 ni mari kita renung-renungkan kata-kata ini…


“Yang paling mulia di sisi Allah ialah taqwa. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan mentaati Allah swt, nescaya dia akan diangkat dan dimuliakan oleh Allah. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan membuat maksiat kepada Allah, nescaya dia kan dihina dan direndahkan oleh Allah swt”


Allah hu ‘Alam…




memoir


Bismillah…

p/s1: hurm, post ini boleh saya consider as something yang kurang ilmiah (dan mungkin panjang juga macam selalu. Susah nak hit the point). Jadi, sila jaga masa anda jangan terbuang sia-sia :)


p/s2: okay, it might sound macam syok sendiri tapi should you able to see and perceive my experience differently and learn something from that, it’ll be most beneficial for us, both. So, let’s once again rethink and reflect. Beforehand, I can suggest for us to be more thoughtful and objective. Prejudge and prejudice are not the attitude of a muslim (^^,) Y. Peace.


p/s: oh, sebelum terlupa, ini post bilingual. Saya harus segera mengembalikan mode speaking kerana tempoh enam bulan duduk di bawah pohon Taugeh dengan seorang sarjana Bahasa Malaysia (my beloved mother, of course) sudah cukup membuatkan saya hampir sahaja menguasai Bahasa Melayu Tinggi dengan kelas pertama (exaggerated).






The new journey begin.


Usai menggeledah PTAR 1 (Perpustakaan Tun Razak 1) lewat tengahari itu, saya dan Lya bertekad untuk pulang sahaja. Tak tahu syaitan jenis apa yang bergayutan di kelopak-kelopak mata kami hingga meja study di PTAR 1 tu nampak seperti bantal dan katil dengan queen size saja. Aizat, si Pemenang Anugerah Timbalan Naib Chanselor sudah menunggu di kedai makan kegemarannya setelah sehari suntuk dikurung supervisor kesayangan di makmal bahasa untuk menyiapkan ‘satu projek rahsia’. Molek benarlah nampaknya.


“Lya, Cha ajak minum-minum kat Hakim”

“Sekarang?”

“Haah”


Siap mengemas, kami berjalan menuruni tingkat pertama. Waktu-waktu begini, PTAR memang lengang. Pelajar senior belum masuk mendaftar lagi. Hanya ada International Students dan pelajar semester 1 yang sibuk menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) sahaja. They looked very sweet in their Baju Kurung and sports shoes. God, that reminds me of what my friends and I have to undergo back then, when we’re pursuing with our undergrad study. I smiled to myself. Now I know why Photograph sang ‘This is How You Remind Me”.


Kami berdua berjalan melintasi ruang yang penuh dengan gambar. I was kinda wondering too, dalam berjuta-juta keping gambar tu, kenapa tak ada wajah saya juga teman-teman?. Ada satu gambar yang sangat noticeable and that reminds me to somebody who posed with that picture in frame. Hehh, she’s seriously nuts. I mean, gila-gila.


“I rasa nak gelak tengok gambar ni. Wawa (bukan nama sebenar) buat pose berani mati dengan mamat ni (pointed to the guy on the wall, I mean, his photo on the wall). I ingat lagi I pakai baju kurung inilah, masa kita tangkap gambar dulu kat sini.” Lya melirik senyum.


“Hehh. Kita selalu sebut-sebut dia orang, kan?” Saya menambah. Hambar seperti selalu.


“Mesti dia orang tersedak-sedak” Lya sudah mengagak keadaan mereka yang disebut-sebut.


Saya tarik senyum segaris. And that was the point which differentiates us. How Lya was so conscious about others’ health and how selfish I am, hoping them to remember me the way I do. Ya, saya sebenarnya sangat maklum, saya bukan ‘event besar’ dalam hidup mereka untuk diingati selalu. Hanya satu watak kecil yang hadir untuk menyempurnakan suatu episode sebelum kisah zaman belajar tamat dan mereka memulakan hidup baru.


Oh, itu bukan kali pertama saya asyik terkenang mereka. Sila ambil perhatian dengan perkataan ‘selalu’ dalam dialog di atas. Pragmatically, I’ve talked about them on, and on sehingga topic mengenai mereka berjaya mendapat sandaran Kisah Hangat Abad Ini.


Time bancuh air…


“Ni, kalau Wawa (bukan nama sebenar) ni, mesti air dia penuh satu mug. Dulu, dia selalu curi air sejuk I”


“Hehh, ni, kalau Nini (bukan nama sebenar) ni, mesti marah kalau I reheat air. Macam mana I sanggup curi air dari heater Feeza (bukan nama sebenar) untuk top-up air Nini (bukan nama sebenar), macam tulah dia sanggup habiskan air satu jag heater ni, tak mahu I reheat-reheat air.”


Time masuk kedai serbaneka…


“Tu, V-soy. Teringat kat kaki botol, Ely (bukan nama sebenar)”


Time makan kat gerai…


Me: Hehee… Lya, kucing telinge…

Lya: Nab(bukan nama sebenar)… (sambil tersenyum)


Time pilih lauk…


“Ni, yang suka buat pop quiz, tanya nama ikan, nama sayur semua ni, Kak Anis (bukan nama sebenar) lah…"


Mudah saja saya lulus dengan cemerlang. If she pointed kat ikan dalam kuah merah, nama ikan tu, mestilah ikan masak merah, bukan? Kalau ikan yang bersusun atas dulang, warna kuning-kuning, tidak syak lagi, mesti ikan goreng. Kalau sayur, rendam dalam kuah kaler putih (bukan jernih) tentulah itu sayur masak lemak. Mudah, kan? Heheee… and of course, Kak Anis (bukan nama sebenar) akan serik untuk menguji pengetahuan am saya selepas itu.


Time basuh baju teringat Along (bukan nama sebenar) dengan Alyuna (bukan nama sebenar) berebut ampaian dan bagaimana kami bertanding, bau pelembut kain siapa lagi wangi.


Lalu tepi Kolej Melati, teringat waktu sharing selepas Maghrib yang sangat best.


Gila bayang. And that’s why I hate Shah Alam dan seluruh isinya. Okay. Over di situ. Masa lalu kadang-kala terlalu indah untuk dilepaskan pergi. Ada waktu kelam yang saya langsung tidak mahu simpan. Terus dengan semua watak (friends, foes, places and dates for sure) saya padamkan dari ingatan, semudah reformat pendrive. Hanya perlu right click dan confirmkan. Dan semuanya hilang. Tapi bukan motosayo dan kawan-kawan study group saya. Saya masih hidup dan bernafas hari ini kerana jasa mereka juga (sudah tentu dengan izin Dia, yang Maha Kuasa, Alhamdulillah).


Kak Yus (bukan nama sebenar), Ely (bukan nama sebenar) dengan Chichaas (Mokmok, Nik dengan Aizat) (bukan nama sebenar) hanya sempat hantar dari pusat kesihatan ke pintu ambulance saja.


Wawa (bukan nama sebenar) dan Motosayo yang seangkatan dengannya (Nini Kay, Along, Alyuna Ayushita dan Feeza Noor) (bukan nama sebenar) sudah sesat-sesat di Klang Valley mengejar ambulance UiTM yang laju membawa saya dengan siren kuat berbunyi. Kak Anis (bukan nama sebenar) dan Nabila (bukan nama sebenar) yang ada di dalam perut van dengan saya cemas sendiri. Hehh…


Mana mungkin saya lupa semua tu…


Kak Anis (bukan nama sebenar) especially… dua semester sebelum itu beliau sudah ponteng kelas ALS422 sebab hantar saya ke klinik atas sebab yang sama. Kali ini, beliau tidur di Hospital Tengku Ampuan Rahimah pula menjaga saya… untuk sebab yang sama … Mujur Kak Anis tak ikut balik ke Ipoh sebelum itu. Kalau tidak, beliau akan membuat rekod hat-trick, menjaga saya di HBI pula.


And now, we’re living our own lives. Bila saya yang terlalu terikut-ikut dengan emosi, rasa macam saya sahaja yang ingat pada mereka (selfish sungguh bunyinya) saya rasa saya perlu mengimbangi keadaan itu. Biar sama-sama saling lupa jika begitu (now that sounds insincere and very secular. Jual ikan [sila baca selfish] tahap tinggi). Baru adil.


Tapi, bukan itu yang islam ajar. islam mengangkat kita untuk menjadi umat yang paling mulia. Ia memuliakan kita dengan kata redha, sabar dan juga ikhlas.

Dia yang Maha Pencinta telah menghantar sang kekasih sebagai murabbi, mengajar kita erti redha, sabar dan juga ikhlas. Justeru, saya harus mengingatkan diri agar tulus menjadi manusia.


Mungkin benar, rindu itu adalah perasaan yang paling ikhlas, kerana bila kita merindui seseorang, kita tidak mengharapkan imbalam materi pun. Dan biarlah kata rindu itu kekal ikhlas dalam erti juga perbuatannya.


Kata Imam Ghazali, seorang sahabat sentiasa ada dan hidup dalam doa sahabat yang lain.


Bukankah doa untuk seorang sahabat itu akan diaminkan para malaikat dan didoakan mereka untuk kita juga agar mendapat kebaikan yang sama?


So, best tak ukhwah? Cantik tak islam?


Makanya, let’s rethink and reflect. Semoga kita terus mendapat hidayah, redha juga ampunanNya.