.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Monday, December 13, 2010

hasty generalization


Bismillah


p/s: fuh… post kali ini panjang melampau. Mungkin patut sediakan biskut dengan secawan teh panas. Boleh cicah-cicah while reading.


p/s 2: series, post ni memang panjang. Hargai masa anda. Jika ada urusan yang lebih utama, sila utamakan dahulu. Or saya boleh cadangkan hari ni baca sekerat, esok sekerat lagi. Lusa lagi sekerat, tulat another sekerat. sekerat-sekerat sampai habis keratdan dah tak boleh nak kerat dah.


p/s 3: semoga kita mendapat hidayah juga selalu dalam perhatian cinta kasih sayangNya..


p/s 4: hee, sory, last p/s ni. Ada banyak case scenario. Beware :) hehh…





case scenario 1


Pada suatu pagi yang damai, kira-kira 17 tahun yang lampau (melampau betul … 17 tahun? Hehh, ini imbas kembali ya), saya sedang asyik menolong menemani nenek membersihkan kebun kacang panjang di halaman rumah saya (ada ke kebun kat halaman rumah? Anggaplah logic, ya..)


Nenek: heppp…! Jangan cabut bunga tu. (nenek mengetuk tangan saya yang mula gatal memetik bunga-bunga kecil pada dahan lembut pokok kacang panjang)

Me: ehee… (kantoi sudah.. sengih je la yang mampu. Bukan bunga tu boleh lekat balik pun)

Nenek:: ish… patutlah rosak daun-daun kecik ni. Ada siput babi.

Me: (tarik nafas dalam-dalam dan tahan. Terkejut. Nervous tak tahu nak buat apa - sambil tengok kanan kiri dengan cemas, takut kalau-kalau ada mak kat situ)

Nenek: ehh banyak nye… (sambil sibuk membuang siput babi-siput babi yang sedang bersuka-ria memakan daun pucuk muda dengan pace yang paling slow di dunia, iyelah… siput babi kan…)

Me: (nervous, nervous… kena cepat ni, nanti mak tahu!!)

Nenek…! Shhh…!!! Jangan cakap kuat-kuat. Nanti mak dengar! (sambil berbisik kuat)

Nenek: (tayang muka blur. Apehal cucu aku ni?)

Me: nenek, jangan cakap siput babi la. (sambil buat muka garang). Mak marah nanti sebab mencarut! Sebut siput perosak. (gaya memberi tunjuk ajar)

Nenek: erm… (kerut dahi. Ni, nak cakap macam mana nii?)


Ngaaa… hehee ^^ kanak-kanak ni susah sikit nak explain kan? Mcam bila di soal …


“kenapa kena ada jam kat dunia ni, muallimah?”

“Muallimah, kenapa mesti cm, bukan m je semuanya? Kan senang…”

“Kenapa hawa nafsu? Kenapa tak siti nafsu ke, adam nafsu ke…”


Hah… cuba jawab… ehee ^^


Anyway. Pokok yang saya dan adik berusaha tanam minggu lepas sudah mula bertunas. (mata bercahaya-cahaya). Semuanya gara-gara abah yang bersemangat petani moden itulah…


case scenario 2


Abah: ni, bukan tebas rumput ni, ini dah boleh tanam pokok ni. (abah respond baik punya bila nampak me dengan adik buang rumput kat tepi rumah tapi dah macam menggembur tanah aje.)

Me: barulah senang. Minggu depan tak payah nak tebas lagi. Kak Na (bukan nama sebenar) buang dengan akar-akar dia sekali (bangga, idea bernas. Wink-wink **)

Abah: pergi ambil biji benih kat dapur tu. Tabor je kat sini, kalau tumbuh kan bagus.

Me: oh,ok. (masuk rumah dan keluar semula dengan biji benih labu dan rock melon)

Abah: hah, buatlah batas.

Me: batas? (abah mula enthusiastic. batas? Macam mana ni?)

Abah: Buat TIGA.

Me: Hahh…? (oh my.. Inche Tarmizi dah mula bercita-cita tinggi). Macam mana batas tu? (buat-buat tanya)

Abah: tak pernah tengok batas? Yela, kat sekolah mana ada belajar, kan. Yang macam kubur tu…

Me: diam lima saat. (abah tengok saya. Saya tengok adik.) heee :b ni, siapa yang nak tolong buat batas ni?


For all these while, saya sangka tangan saya memang tak boleh menanam sebab dari dulu memang tanam apa pun tak pernah nak tumbuh. Kalau ada tolong mak tanam pokok kat sekolah pun mesti tanya mak banyak kali whether or not pokok tu survive…ehee.


Tapi, tak sangka pula, boleh je tumbuh pokok rock melon tu. Macam sihat je. Oh, ada si pemberi baja yang setia. Free of charge lagi. Memanglah kan…




pic 2:tq utk inche comel ya...



But above all, ini semua atas izin dan kuasa Dia juga yang maha mencipta dan maha melihat semua pekerjaan kita. :)


"Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. (Yang memiliki sifat-sifat) demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?" (6:95)


Tapi temanya sekarang ni bukan fasal baja asli kucing kesayangan adik ataupun bagaimana mahu menjawab soalan-soalan super duper mencabar daripada kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah (or ke atas pun boleh). Tapi, it’s all about persangkaan.


Yep, bersangka-sangka


Macam saya sangka yang tangan saya ni jenis panas (of course, I’m a mammalian right…? Vertebrata lagi. Mestilah berdarah panas) dan tidak boleh menanam. Tapi saya sangka je lah… padahal, awal-awal lagi Allah dah kata Dia yang menghidupkan dan Dia yang menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan kat planet Bumi ni (secara khasnya).


Mungkin saja tanpa kita sedari, kita memang sangat banyak bersangka-sangka dalam hidup ni. Ya, saya akui, at times, we need to make certain assumptions upon certain events based on our limited knowledge about them, so that we know what to do next and what not…


Contohnya,


case scenario 3


Bila kita pergi UK. Mestilah kita expect dan assume warganegara UK tu semuanya speaking kan? Manalah dia orang nak faham loghat Kedah atau kecek demo Klate kita ni… tapi tiba-tiba bila kita kat dalam lift, sedang asyik mengutuk mengeji (nauzubillah, contoh je ea…) mat saleh yang bawa masuk basikal dalam lift tu dengan bahasa yang kita rasa hanya orang melayu je faham


Malaysian 1: Kau tengok beruk tu, ada ke bawa masuk basikal dalam lift ni? Teruk betul!

Malaysian 2: Huh, tahu tak apa. Busuk pula tu… hish…

Tingg (bunyi lift dah kat sampai floor yang sepatutnya berhenti)

Mat Saleh: Tepi sikit, ni, beruk ni nak lalu… (berbahasa Malaysia dengan slanga British)

Malaysians: Ngaaaaaaaaaaaaaaa


Heheheeee…


Hah, amacam? Kan dah kantoi tu? Awak ingat, awak je la yang tahu Bahasa Malaysia? Itulah, bersangka-sangka lagi, kan? Ambik ni…


"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang" (49:12)



Other simple cases:

-------------> lepas ni mesti hero tu mati, punya…

-----------------------> ni, kalau dah lambat ni, tak lain lah tu, mesti pergi mencicah dengan mak cik cleaner kat tepi blok dulu lah tu…

-----> kalau aku datang lima minit awal tadi, mesti tak jadi macam ni!


Itu kira kes yang light sikit lah…


But still, boleh mengganggu gugat aqidah kita. Beware ea. The worst part, tentu sahaja yang memberi kesan pada diri kita bukan saja pada masa sekarang, tapi pada masa hadapan juga yang kekal abadi selamanya…


case scenario 4

Sapeah: Ala sibuk la ko ni nak suruh aku pakai tudung..! Pastu nak suruh aku jaga solat lah, jaga pergaulan lah, apa lah.. Yang ko sibok sangat pasal aku ni buat apa..?? Kubur nanti lain-lain ok..??


Jawapan yang lebih cool: Ya Allah.. Memanglah kubur kita nanti lain-lain. Tapi nanti kalau kubur kau sebelah kubur aku, aku tak nak la keamanan aku terganggu sebab bunyi bising, jiran sebelah meraung kena seksa! Kacau aku nak tidur!


case scenario 5


Sharipah: Ala bosan la! Nak kena semayang la! Posa la! Tutup aurat la..! I bukan nak jadi ustazah pon. Cukuplah I hati baik, derma kat anak yatim sume tu. U ingat I tak tau ke cerita yang pelacur bagi minum kat anjing pon boleh masuk syurga. I tak boleh cari makanlah kalau tak seksi-meksi ni!


Jawapan yang lebih qawiyy: U lupa kot yang bagi rezeki tu Allah..? Dan kita ni hambaNya, bukan kawan atau sekutuNya. Kalau Dia suruh kita solat, kita solatlah. Kalau Dia suruh kita tutup aurat, kita tutup aurat. No question asked. Nanti kat akhirat, Dia suruh kita masuk neraka, kita nak menjawab apa..?


case scenario 6

Saipol: Ala bro, rilek ah. Hidup ni masih muda. Bagi la aku can nak merasa keseronokan duniawi. Nanti dah kawen, dah ada anak, dan tua sket, insaflah aku. Taulah aku nak solat, nak jadi manusia yang bertanggungjawab sket..!

Jawapan yang kompem akan mengalirkan air mata: Eh, anak jiran kau, Mak Cik Temah, si Halim tu, berapa umur dia time dia meninggal tu..? 10 tahun ek..?


Credit yang paling banyak, berjuta-juta melon untuk Inche Gabbana. Barakallah hufiik (semoga Allah memberkahi kamu. “Ballighuni walau a-yah”)


Cuba ang ini pula...


"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)" (6:116)



Hurm.. lets rethink and reflect. Semoga kita tidak bersangka-sangkadengan persangkaan yang langsung kita tidak sangka akan membinasakan kita. (berapa banyak kali sangka daaa~)


Banyak yang kita tak tahu. Itu hakikatnya sebab kita memang bukan siapa-siapa untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita. Justeru,


"Hanya milik Allah asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaaulhusna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui" (7:180-182)


Allah hu’Alam.




4 comments:

  1. tebaik muna...
    sama2 ingat mengingati.. :)

    ReplyDelete
  2. lap: Alhamdulillah... uiks, update sket.. :) lme mnyepi

    ReplyDelete
  3. muna, semua post awak panjang2 kan? so yang ini tak terasa panjang sangat. hahaha

    tapi saya baca sampai habis tanpa ada biskut dan secawan teh..hihi..

    kadang2 tu tak boleh nak elak dari bersangka2 sebab dah terbiasa. kan?

    terima kasih. sila ingatkan saya sealu2 ok.

    cerita orang UK di lift terbaaaeeeeekkk!!

    ReplyDelete
  4. dokter liyana:

    hahahaaaa... poyo je kn suruh sedia teh bagai haha.. anyway, trima kasih sbb bertabah haha :)

    humm bersangka2 tu at times mmg perlu, if not, kita pn x tau nk predict n perceive unfamiliar surroundings n events...

    smoga Allah bimbing kita :)

    ohh kisah 'beruk' tu real tau... lcturer sy cite :) winks~

    ReplyDelete