.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Friday, December 24, 2010

blusher sebelah


In the name of Allah, my Lord, my Everything.


Petang itu hujan turun sangat lebat. Ya, di awal perjalanan pulang aku sangat bersangka baik yang hujan ini akan reda sebaik aku tiba di rumah. Hampa. Ia semakin deras dan memukul. Hatiku terdetik...


‘mahu turun di hadapan rumah atau di perhentian bas sahaja?‘


Dalam aku berkira-kira, nyonya tua yang setia membantu suaminya sebagai kondukter bas usang itu sudah menukar papan tanda laluan perjalanan – pragmatics, off record; menandakan aku adalah penumpang terakhir untuk diturunkan petang itu. baiklah. Turun di perhentian bas sahaja. Bila sudah agak reda sedikit nanti, aku akan berlari pulang.


Sejurus aku menjejak hentian bas, hujan terus turun mencurah-curah dan aku terperangkap di situ, sendiri. Alhamdulillah masih ada teduhan walau aku sudah kuyup terkena tempias. Dalam basah hujan aku berdoa dalam hati, meminta petunjuk yang sempurna di dalam semua urusanku. Kata Kak Sarah Aisyah, berdoa sewaktu hujan lebat itu akan dimakbul Tuhan.


Setengah jam sudah lama berlalu dan aku masih menunggu hingga hujan reda. Dalam menanti, aku lihat ada dua orang wanita separuh usia berjalan tenang di dalam hujan. Aneh. Tidak kisahkah mereka? Bila berpapasan, salah seorang menegur…


‘lebat hujannya’


Dia tersenyum ramah dan aku membalas dengan anggukan sahaja. Terus ingatanku melekat pada seseorang yang jauh di pisah lautan tetapi selalu dekat di dalam doa seorang sahabat. Ya, dia pernah lalui semua ini dahulu. Pengalamannya selalu mengajar aku lebih awal sebelum aku menempuh jalan yang sama dengannya. Jalan yang dia selalu doakan agar dapat aku lalui bersama, merasai segala manis dan pahit sepanjang perjalanan menuju ke suatu ‘destinasi’ yang kita semua tahu ‘pasti’.


‘orang nama ‘yana’ ni memang banyak masalah’


Aku membayangkan senyuman manis yang dia lemparkan padaku waktu bertemu dulu. dia menenangkan aku sewaktu aku rasa jauh dan lelah.


‘saya tahu kamu kuat sebab dalam nama kamu, ada saya’


Dan sehingga hari ini aku akan selalu ingat itu.


aku sangat-sangat berharap agar kita akan bertemu, bukan sekadar di disini, malah satu hari nanti di atas sana


aku berharap yang sama. Aku turut mahu menjadi sahabatmu yang paling baik supaya kita dapat bersahabat sampai bila-bila. Ah, aku memang tidak pandai membahasakan sayang juga cintaku. Cukup hanya Dia yang tahu segala isi hati ini juga betapa besar ertinya persahabatan dan jasamu padaku, pada apa yang aku pegang hari ini dan inshaAllah untuk selamanya.



2 comments:

  1. wah. gemoknya saya dlm gamba tu, tapi xkisah sebab sekarang dah kurus balik sebab sempat makan meggie je. haha (perahsantan)

    terima kasih sebab gagah dan tabah melayan mail saya dan kerenah dan omelan saya. uhuk~

    tak bestnya percintaan long distance ni kan? saya tahu bukan mudah nak ada persahabatn macam rasulullah dengan abu bakar. bila sama2 boleh jadi guardian angle antara satu sama lain. literally ingat2kan antara kita supaya teguh berdiri.

    walaupun awak muka stone, kadang2 nampak macam hati kering. tapi sebenarnya dalam hati ada taman. eh.

    dalam hati ada kasih sayang seorang sahabat.

    sayang awak. semoa persahabatan bawa ke syurga. dengan izinNYA.

    "all i have is this picture in a frame
    that i hold close to see your face every day"

    ReplyDelete
  2. apakahh...? muka mcm stone? heheheee 1st time dengar umm, mungkin baca :) haha saya suka berlagak gagah :)

    tq utk semuanya yna... x tahu bila boleh balas semua ni... may He fares u best for the 'bestest' 'thing' i cherish in life...

    luv u :)

    ReplyDelete