Tolong Ingatkan Aku
Siri koreksi diri.
Ini satu csoretan seorang kakak untuk seorang adik lelaki.
Jangan disebut baris ayat penamat
Jangan disebut kata-kata penamat
Seiring masa, pasti semua akan terlupa. Seiring masa, pasti ada yang akan berubah. Seiring masa juga pasti semua ini akan dilewati. Namun dengan detik waktu itu ada sesuatu yang tidak akan pernah berubah. Dengan detik waktu itu ada sesuatu yang tidak akan mampu untuk diluputkan dari ingatan, terpudar dengan usia… dia, aku panggil kasih.
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Lupakah dia tentang kisah itu? Tentang aku yang sentiasa mengingati dan menjaga hati. Tentang aku yang selalu cuba untuk mengerti, membagi juga melindungi … hanya kerana dia aku panggil kasih.
Tolong ingatkan aku kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Ah, mungkin dia sudah dewasa. Sudah matang. Sudah bergaya dan mampu untuk apa sahaja. Tidak butuh aku untuk selalu menunggu dan menjaga. Tidak perlu aku untuk membawanya setiap hari mengaji , beraktivi dengan basikal usang itu apatah lagi membujuk di saat dia terlalu menginginkan sesuatu dan aku beri kebahagiaan aku hanya kerana… dia aku panggil kasih.
Kau damping aku setiap detik jantungku berdetak
Di setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Atau sememangnya aku yang terlupa? Atau aku yang terleka? Sedang aku tidak memilikinya kerana dia hanya pinjaman dari Dia yang Maha Punya. Ya. Kini aku mengerti. Rasa memiliki itu sering menggendong lali. Sedang sayang tidak menuntut imbalan. Sedang ikhlas tidak meminta untuk dibalas… bila dia aku panggil… kasih.
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Sekarang bila bahagia untuknya bukan bererti aku. Bila gembira padanya bukan lagi dengan ku. Bila dia jauh lebih sempurna dengan seseorang dan seseorang itu bukanlah diriku. Harus aku sedar. Harus aku ingat bahawa dia bukan milikku. Bahawa dia tidak lebih dari hanya sekadar pinjaman dari Dia yang mahu menguji setara mana cinta kasih sayang kita untukNya. Tiada apa yang mampu untuk aku berbuat melainkan dengan merelakan semua ini terjadi tanpa menyimpan sekelumit rasa di dalam hati jika dia, aku panggil kasih.
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Seandainya engkau mengerti. Seandainya engkau memahami… bukan niatku untuk menyusahkan apatah lagi menambah beban. Hanya engkau yang mampu aku andalkan dan hanya engkau yang pantas aku dapatkan bila aku sudah tidak punya sesuatu dariku untuk aku pertaruhkan. Kerana… hanya engkau yang aku panggil kasih.
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Maafkan aku diatas kekurangan ku. Ampunkan aku di atas keterlanjuranku. Mungkin kini sudah masanya aku mula berdikari dan mebebaskanmu kembali. Percayalah, di dalam hati ini tidak ada kata benci kerana aku tidak mampu untuk berbuat begitu. Pergilah dan lupakanlah andai itu yang membuatmu bahagia, sempurna. Aku tidak akan pernah putus berdoa untuk kebaikanmu dan kesejahteraanmu. Di sini, aku akan setia menanti jika engkau mahu kembali. Di sini aku akan tetap menunggu andai engkau membutuhkan aku biar aku pernah luka juga merana… kerana engkau aku panggil kasih.
Tolongingatkan aku kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Kau damping aku setiap detik jantungku bergetar
Di setiap nota jiwaku belagu-lagu…
Iya… seiring masa, pasti semua akan terlupa. Seiring masa, pasti ada yang akan berubah. Seiring masa juga pasti semua ini akan dilewati. Namun dengan detik waktu itu ada sesuatu yang tidak akan pernah berubah. Dengan detik waktu itu ada sesuatu yang tidak akan mampu untuk diluputkan dari ingatan, terpudar dengan usia… dia aku panggil kasih.
Tolong ingatkan aku
Kisah kita…
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri” (4:36)
Cintailah ibu bapa dan juga ahli keluarga bila mereka masih ada. Patuhilah tuntutan berbuat ihsan kepada yang hak kerana itu tidak akan mengurangkan rezeki mu kerana hanya Dialah yang memberi rezeki. Kasihilah yang paling berhak ke atas dirimu kerana balasanmu bukan dosa tetapi yakinlah masa dan usahamu tidak akan sia-sia, terbuang tidak bermakna. Dia maha mengetahui dan Dia maha lembut ke atas kita, hamba-hambaNya.
muna...ko blh jadi penulis jugak la..ape kata jadi part time writer..heheh....
ReplyDeletesuke bace ape ko tulis 2...
lap: i lap u... hahaa ko ad buka agency ke nk bg ak jd part timer? ak nak aje... ehee ^^
ReplyDeletealhamdlillah if suka :)
ak ske bce ko mbebel gak.. tringat kt ko trus :) mis u pal
wahh!! suke2...puitis dan jiwa2 =)
ReplyDeleteade laa bace ulang 2,3 kali hehe
gamba merah kt atas tuh pun comel =)
psstt nih utk peja ke hehe
angah: wahhhhhhhhh..! hehe
ReplyDeletehope ada manfaatnya :)
jiwa ea? haha
tp trima kasih anyway
pssst... u know who. haha :)