Bismillah…
Luka yang lama belum kita lupakan
Hangat terasa bahang yang menyakitkan
Seiring waktu yang berlalu, pasti ada yang kita tinggalkan; kenangan indah, memori manis, masa lalu yang pahit dan kelam… mungkin juga tragedi hitam dalam hidup. Biar pantas atau lambat jarum jam berputar meninggalkan detik waktu itu, hanya satu perkara yang paling sukar terluputkan -------------> rasa pedih, sakit dan perih yang hadir bersama waktu lalu. Itu yang sering kita bawa bersama, menjalani hari-hari mendatang.
Harapan dan keyakinanmu membutakan segalanya
Hanyut dalam genggaman, memusnahkan kita
Bukan senang menukar arah. Bukan mudah mencari hikmah. Ya, ramai yang berkata ‘masa lalu itu umpama cermin, hanya untuk dipandang, bukan untuk hidup dengannya, dibawa bersama-sama dalam setiap langkah menuju masa depan’. Aku percaya itu dan itulah yang aku lakukan. Cukuplah aku tinggalkan kelamku. Tentang aku. Tentang apa pun yang membuatku tiada bererti. Sedaya dan semampu boleh mahu aku padamkan semua; nama, figura, masa, tempat juga ketika semuanya berlaku kerana aku benci itu ---------------> masa lalu.
Segala yang berlaku, bukannya niatku
Maafkanlah diriku, keterlanjuran lalu
Hingga pada suatu masa semuanya kembali menghantui. Satu demi satu kenangan juga mereka yang aku tinggalkan di tempat yang sepatutnya -----------------> masa lalu, menjengah ke ruang hidup – berlumba-lumba, bertubi-tubi. Aku harus apa? Aku harus bagaimana? Sungguh, sudah penat aku berpura-pura tidak mengetahui, tidak pernah mengenali biar tampang mereka wujud didepan mata, biar batang tubuh mereka duduk hanya di sebelahku. Tapi nyata, tidak ada rasa puas atau gembira yang mengiringi, tetapi kecewa, sedih dan sayu yang mengganti.
Masih belum lewat untuk kita bertaubat
Menilai dosa, walau diri terhina
Aku tahu, ketika itu aku harus tegar berhadapan dengan mereka ------------------> masa laluku. Satu perkara yang aku pelajari, ketakutan dan kebencian itu sesuatu yang harus dihadapi, bukan sebab untuk lari, bersembunyi. Aku belajar untuk tidak gerun menoleh ke belakang dan berani untuk terus melangkah ke hadapan dan nyata, zaman gelap juga waktu kelam itu sarat dengan makna, penuh dengan mutiara. Biar sekelam apa, walau sehina mana, ia tetap bahagian dari hidupku. Kerana apa yang terjadi, itu yang membentuk aku hari ini. Kerana apa yang berlaku, itu yang terbaik untukku.
Redha dan keampunanNya mengatasi segalanya
Sinar dalam gelita harapan terbina
Benarlah janjiNya, Dia yang Maha Pengasih itu tidak akan menguji melebihi batas diri. Yang kemudian itu nanti, akan lebih baik dari permulaan kerana setiap yang susah, pasti… ada kemudahan yang mengiringi. Dan kerana itu, Dia menguji kita dengan kesedihan, demi kesedihan agar tiada lagi rasa sedih juga terkilan bila sesuatu luput atau hilang dari kita. Kini, aku bangga menyatakan masa silam ku, menceritakan masa kelamku kerana keyakinanku hanya satu, tiada kebetulan dalam hidup. Tiada apa yang Dia jadikan sia-sia, tidak bermakna. Tetapi yang ada hanyalah bukti cinta kasih sayangNya pada kita…
“if you forget of what you were, you’d never be grateful of what you are. So be grateful with what you are now, nonetheless before” [hlovate^versus]
p/s1: to let go, is to forget. To forget is to move on. Memories are like mirrors, meant to be glanced on, not to be stuck at, what more to be lived with.
p/s2: hahaa… sounds so very the problematic adolescence kan ? hehee ^^”. Don’t worry; an Arissa was never half bad then, neither what she is; now. It’s just something I brought to be seen as a big deal from a small tiny little thing ------> our past stories; which never meant to be grieved on, but to be laughed at. Cheers, for all the ups and downs in life!
reminiscing the past is inevitable, and forgetting hurts deeper when the past showed up again. have faith, though it might not be comforting enough, but its enough to proceed in the route of righteousness. ;)
ReplyDeleteanarif: wow... that's very helpful indeed **
ReplyDeletetq anyway, dtg main2 di sini.. adore ur writings too. much. ^^