.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Friday, February 4, 2011

Fighting....!




bismillah...

saya suka gi-la video merokok di atas. kalaulah ada penguat kuasa yang kerjanya membacakan tiga potong (tiga aja, tak perlu banyak) dari surah Yasin kepada par perokok, agaknya tertunaikah aspirasi negara mahu menjayakan kempen "Tak Nak Merokok" ?
tepuk dada, tengok realiti.



saya mahu utarakan semula satu isu yang saya tenggelamkan dalam tulisan saya yang more often than not berkajang-kajang tentang perkara berbangkit ini...

After all, keyakinan dalam hati itu yang menggerakkan manusia. Bukan akal.


Mahu contoh?


Case Scenario 1:


Penyibuk X:

Aku tak fahamlah… what’s so ‘cool’ about killing yourself and others as well? Kan ke fatwa negeri kita dah kata yang MEROKOK tu HARAM? [sambil buat muka annoyed gila]


Jejaka Macho A:

Alah, aku tahulah… kau jangan nak menyibuk hal aku, boleh tak? [gaya ‘cool’ tak mahu ambil kisah pun]


Penyibuk X:

Kalau macam tu, esok aku masakkan babi masak padprik kat kau, kau mahu? Aku samaklah dulu daging babi tu before masak…nak? [test power]


Jejaka Macho A:

Ko gila? Ko jangan melampau, Penyibuk X… babi tu haram, najis mughallazoh!! Kau samak macam mana pun, haram juga, tak boleh makan! [kepala mula berasap]


Penyibuk X:

Habis tu, lain ke haram hisap rokok dengan haram makan babi? Mana ada HAL-RAM, Jejaka Macho A… haram tu, haramlah… mana ada haram 50%, halal 50%...


Jejaka Macho A:

aku tahulah…! [tapi dok sedut lagi batang rokok tu] sibuk je!


Hah, nampak? Jejaka Macho A tahu yang merokok tu haram. Tahu itu letaknya di akal, otak manusia. Namun ia belum cukup kuat untuk menggerakkan atau membuatkan dia berhenti merokok dengan kadar segera, serta-merta.


Temanya sekarang ni, dia hanya tahu dan percaya sahaja yang prosesnya berlaku di dalam minda atau otak, bukan hati. If dia yakin [yang letaknya di dalam hati] akan balasan Tuhan nanti di akhirat, mesti dia takkan berani-berani mendefend’ hujah dia.



saya mahu bawa kita semua kepada satu pont untuk kita sama2 ponder.
berubah
what takes us to change ya? the loss of our beloveds? atau our death time ke?


hurmn... there'll be times when kita rasa macam tak mahu tahu kebenaran. sebab selalunya kebenaran tu menyakitkan. sakit sebab bila kita tahu, dan kita mahu berubah kepada yang lebih baik itu,kita terpaksa melawan diri sendiri. meninggalkan sesuatu yang kita suka itu payah. perit. dan hakikatnya tidak ramai yang berjaya dalam 'peperangan' melawan hawa nafsu yang ada dalam diri. mahu bukti? despite of the increasing price of cigarette, ramai aja yang rela membakar wang daripada berhenti merokok.


jadi, bagaimana? by hook or by crook, kita mesti berubah. makanya, tahu atau tidak tahu akan kebenaran, perkara yang membawa kita kepada kebaikan itu sudah menjadi persoalan yang seterusnya. sebab temanya sekarang ni, kalau mahu berubah, mestilah kepada yang lebih baik bukan? so, mahu ikut 'kebaikan' yang bagaimana itu, kita harus cari tahu. hidayah tidak datang bergolek. plus, hidayah manalah yang mahu menggolekkan diri bila dia boleh berjalan, kan? eh. bukan cik hidayah ya, maksud saya. ini hidayah = petunjuk itu.



"dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebaikan dan kejahatan). tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar" (Al-Balad 90: 10,11)


satu perkara MESTI yang saya mahu highlight di sini...

bila kita beriman, kita akan diuji. kalau dah mengaku muslim, beriman, by hook, or by crook, mesti kita akan diuji Tuhan.

contohnya, macam bila kita yakin yang kita MESTImenerima kebaikan dan perubahan kepada yang lebih baik dalam hidup, nanti ada ajalah test macam ---->

---- orang ajak solat awal. mahu ikut atau tidak?
------- kawan-kawan ajak me'lagho'. mahu pergi bersama atau tidak?
even up to pakaian yang kita mahu pakai.
nasi yang kita makan dan peminta sedekah yang agak doubtful keadaan mereka, whether or not mereka terlibat dengan syndicate and what not.

atau bila baca status facebook yang ini...

"Rokok adalah satu produk Yahudi yg plg byk memberikan keuntungan kpd mereka. Benar anda benci Israel? Berhenti merokok. Jika tidak, tanyalah iman."

try this...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut 29: 2)


huuu... real kan?

baiklah. i rest my case.
mari tepuk dada dan tanya iman kita...
saya hanya boleh bagi satu jaminan dari Dia yang maha syang pada kita...


"dan orang-rang yang berjihad untuk mencari keredhaanKami akan tunjukkan Kami, kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh Allah berserta orang-orang yang berbuat baik" (Al-Ankabut 69:69)



Allah hu'Alam

2 comments:

  1. best arr k.yana...
    setuju sgt2...
    =)

    ReplyDelete
  2. ili: alhamdulillah :)

    semoga bermanfaat :) mari sampaikan pesan Baginda SAW bersama :))

    btw, tq dtg main si sini :)

    ReplyDelete