.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Sunday, February 13, 2011

Uncang Magic Hilang?




Bismillah…



Pegawai Kacak: Hurmn, nak buat IC baru ya?

Me: Yep. Hilang. [monotone]

Pegawai Kacak: Dah buat police report?

Me: Dah [sambil keluarkan hasil laporan di Balai Polis Gunung Rapat kurang setengah jam yang lalu]

Pegawai Kacak: Dah berapa kali hilang ni?

Me:[sekali kena curi masa kat kolej, then yang ni misplace] Sekali?

Pegawai Kacak: Ye ke? [gaya suspicious]

Me: Ye kot… [kalau campur yang kena curi dulu, kira dua la. Tapi itu curi please, bukan saya yang bagi hilang]

Pegawai Kacak: Tapi dalam rekod kita, dah dua kali ni…

Me: Oh ya? [pura-pura terkejut padahal Tuhan maha tahu ‘kebenaran’ yang saya sembunyikan. Kantoi di situ, ya… Sure kena denda mahal nihh…]

Pegawai Kacak: Ya… kalau sekali hilang denda RM 70. Ni dah dua kali, kena banyak la. RM 210.

Me: Hah…?

Pegawai Kacak: [senyum membunuh.]

Me: ermn, tak boleh kurang lagi?

Pegawai Kacak: Kita bagi separuh la… RM 140.

Me: [that still a lot,please…] tak boleh kurang lagi? [muka berharap] saya student lagi…

Pegawai Kacak: Sekejap ya [bangun dan tanya superior sebelum kembali dengan pegawai lain]

Me: [crossed my fingers hard. Hopefully my persuasion stategies ----> ‘appeal to pity’ worked]

Pegawai Kacak: Okey lah, RM 70 [senyum puas hati, konon dapat membantu ‘pelajar’ malang yang suka hilang IC]

Pegawai Anggun colleague kepada Pegawai Kacak: Adik kena jaga IC ni elok-elok. Ni dah dua kali ni, nanti kalau kena lagi sekali, kita denda 300+ tahu? Lepas tu kita akan buat soal siasat, tanya kenapa asyik hilang IC je ni. Kalau jadi apa-apa kan susah? Tak pasal-pasal nama awak yang kena nanti …

Me: hee ^^ [apo nak di kato?]

Pegawai Kacak: Kita keluarkan dulu IC sementara ni lah. Dalam satu bulan, MyKad baru tu siap. [sambil print out sekeping kertas yellowish white bersaiz A5 yang mengandungi details saya]



Ngaaa~



Agak-agaknya lah kan, kalauIC sementara saiz A5 tu pon hilang, kena denda juga ke?


Oh my… I must in anyway, get myself mentally and emotionally prepared to be interrogated by those Pegawais from Jabatan Pendaftaran Negara for being very ‘careful’ that I’ve lost my IC for the third time.


denda? Oh, spare that part for a ‘greater excitement’ which will come very soon, after I lodged another police report tomorrow.


Mak dengan abah were dead shock. Mak kata, lain kali kena ada beg ----------> mungkin maksud beliau, handbag atau purse. Oh, entah bila saya akan ada perkara kewanitaan sebegitu. Handbag? Purse? Adakah saya tidak akan ada harapan untuk terselamat buat kali yang seterusnya sebab tak letak purse dalam handbag?


Mentol menyala.


Abah suggested the idea of saving my important documents in separated place. Mungkin IC kat dompet abah, kad ATM kat dalam laci mak and cash money sebanyak RM 20 dalam purse saya sendiri. At least, kalau hilang lagi, taklah teruk sangat kesannya. Abah kata ni umur baru nak masuk 23 19 tahun, kalau 50, 60 tahun lagi, berapa kali lah nak hilang?


Erks. Very helpful, abah.


Adik’s idea pun quite brilliant. Coloured-photostatted IC! Hehh… nampak beno I’m such a hopeless person. Hey, I’m 23 19 and I keep a photostatted IC….? Oh, please… kanak-kanak tamat sekolah rendah pun simpan their REAL IC sendiri kot…


Anyway, lesson learnt. The moment mak kata pegang Uncang Magic elok-elok, better do so.


One great ibrah, kita akan diuji dengan perkara yang kita sayang. Kita akan diuji dengan apa yang kita cakapkan, dengan apa yang kita percaya dan imani.


Uncang Magic hadiah Kak Akhma tu memang saya sayang gi-la. Tapi yang Maha Memiliki Uncang Magic tu adalah Allah. Dia bagi pinjam setahun pun dah kira best, kan?


Kebahagiaan kita bukan terletak pada perkara yang kita suka dan sayang tapi pada suka dan sayangnya si Dia yang bagi kita perkara yang kita suka dan sayang tu. Kalau Dia akan sayang kita lebih bila Dia uji kita dengan hilangnya pekara yang kita sayang tu, be it.


One thing, Dia takkan menzalimi kita. Kita harus yakin itu. Semoga Dia gantikan dengan yang lebih baik kalau bukan di sini, ketika ini, semoga ada bahagiannya di sana nanti, inshaAllah.


Kalau yakin duit, harta and what not yang kita ada tu milik mutlak Allah, should be no problem if Dia nak ambil semula, kan?


Allah huAkbar, Allah huAkbar, Allah huAKbar walillahilhamdh…


Hilang duit, tiket balik Ipoh, kad ATM yang baru je buat empat hari lepas, IC sementara yang akan expired bulan 3 nanti dan juga paling perlu highlight, Uncang Magic kesayangan masa kelam-kabut nak keluar cab sebab dah lambat untuk sharing dengan Shidah dengan Kak Nira di Ilham.


Sedar Uncang Magic hilang masa break before nak sambung dengan tafsir surah at-Tin malam semalam. Saya pede aja even ada juga rasa ‘tergoncang’ tapi blur, harus buat apa masa tu. Bagus juga delayed respond macam ni, though lewat malam tu turun juga cari kat tempat yang mungkin boleh jumpa dan dah tanya Pak Cik Guard pun. Memang ‘SELAMAT’ la sebab lambat sangat sedar and cari. ‘Jujur’ sungguh siapa yang mungkin jumpa benda-benda yang hilang tu +__-


Apa pun, many thanks untuk Shidah dengan Kak Nira yang sudi menaja penginapan dan juga breakfast dengan jajan untuk bekal pulang ke Ipoh ^^ heheee.


Sila redha dan bersihkan hati juga minda. Blessing in disguise… tak sabar mahu tahu blessing misteri apa yang menanti di hadapan sana ^^. Very ‘positive’ or shall I say, wishful Arissa? Hahaaa ^^



"Kerana itu Allah menurunkan kepada kamu kesedihan, demi kesedihan agar kamu tidak bersedih lagi atas apa yang luput dari kamu dan atas apa yang menimpamu..." (Ali Imran 3:153)




...God turns us from one feeling to another and teaches us by means of opposites, so that we'll have two wings to fly, not one...





10 comments:

  1. sorry 4 ur lost..
    anyway this cute blog full of content..
    knowledge n simple example yet give people lessons..
    keep blogging k?
    thank k.arissa ^^

    ReplyDelete
  2. cik imut,

    what happeng? haila... (kalau nak ikutkan careless lebih kurang je) tapi lepas sekali kenalah ambil pengajaran ye dak?

    bahaya betullah awak ni. umur kita sama lah!! 19 -_-"

    anyway, saya memang sedang bermasalah dan tengah lari ke jakarta. again.

    maybe betul i really need a break. dengan dunya yang takde penghujung. rebuild iman dalam bia'h solehah balik kan? esok cancel ngan pasien n cuti sampai maulidurasul. aci tak?
    serius nih. huhu sebenarnya ada adik2 baru datang...

    anyways. kamu kat sana,jaga diri baik2. iman, semua2.. :)

    fuuuhhhhh misyu beb ^^

    ReplyDelete
  3. adik enimumus: barakallah hufiik :)

    semoga bermanfaat utk awak juga :)

    if dpt sampaikn pada yg lain, would be much greater... i mean, share kita di sana nt inshallah :)

    ReplyDelete
  4. yana sayang: hehee ^^ masalah juga part careless ni. kena setuju ng k.suhana...
    org nama yana mmg byk masalah :p hehe ^^

    inshaAllah, lesson learnt :)

    wahhh, ad di jakarta?

    besh nye.... boleh amek roh n smangat mereka di sana sambil blajar perkara2 baru :)

    rest and perform nt... iA, untuk Dia juga :)

    mish u babe... much.

    wahhh kita mmg rakan sebaya.. tpi last jan 30, b'day siapa ya? tettt.... hehe :)

    cheers ^^

    ReplyDelete
  5. muna...muna...(sambil menggelengkan kepala)..hehe..

    ReplyDelete
  6. ctot: heyyy lmeny mnyepi... ^^ tq dtg main sini...

    x tau since bila jdi bgitu careless ^_^" hehe

    ReplyDelete
  7. hehe..saje nak buat surprise..boring2 ni sonok baca blog kengkawan..tetiba didorong utk membaca blog cute ni...comey2...tahniah...berjaya membuatkanku tersengih seorang diri di hadapan lappy..:-)

    jaga ic tu bebaik..susah2kan..ko carik sorang pegawai pendaftar kat Jabatan Pendaftaran tu..sampai ko 50-60 pun still boleh buat ic free kalo hilang lagik..hehe..gurau je..

    missing u suddenly..hehe..^_^

    ReplyDelete
  8. ctot: hahaa...bagus jgk cadangan tu, dlm kepala dh trbayang pegawa kacak tuh hehe ^^
    adoi.. bole kne saman macam nih.. ^^"

    hey, tq utk ingatannya... smoga 50,60 tahun lgi (if pnjang umur) still bole keep my REAL IC, not the coloured-photostatted one :b hehe ^^

    mish u, babe :))

    ReplyDelete
  9. wahaha! itu birthday yg ke 19. teehee

    ReplyDelete
  10. hahaaa... muna salah kira ea? heheheee ^^"

    ReplyDelete