.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Thursday, March 17, 2011

Gaji Pertama




Bismillah…


Ambillah ini, Mama.

Siapa lagi bisa menebak, hati si ibu yang sekonyong-konyong sebak. Air terjunan matanya lantas tersimbah deras, hingga dia sendiri tak bisa menyeka. Mama sedia maklum raih bulananku hanya secukup rasa. Dia malah arif berapa jumlah yang tersisa di dalam poketku. Dia lagi berkira-kira, mengukur jauh mana hala tuju anak-anaknya untuk tahun-tahun yang mendatang.

Lantas soalan Mama mematikan segala tindakanku,

Simpananmu bagaimana?

Selirat ragaku meluruh, syahdu, saat Mama menggenggam keras kedua tangannya, tanda menolak hadiah dari huluran salamku. Sungai tangis di pipinya tidak terempang lagi. Andai kuselami irama sendu itu, semestinya dapat kubaca perasaan Mama, bahawa bukan dek kepudaran sudi yang rajukkan rezeki. Mungkin inilah kalimah yang sedang dibisikkan kepadaku,

Cita-citamu masih jauh, nak.

Ketahuilah olehmu wahai Mama, anakmu ini sanggup berlapar ke senja demi sekuntum senyum darimu.


Irfan SangPelangi


Lewat malam tadi sambil menggulung meggi perasa kari dengan secawan minumam kurang manis, saya sempat menyelongkar ‘khazanah-khazanah’ dalam simpanan Disc D yang diperam sekian lama (ya, memang gayanya seperti sudah tiada ‘KERJA’ lain padahal banyaaaaaaak sangat kerja bersusun). Dan saya tidak dapat menahan diri dari membaca coretan seorang anak yang sangat saya adore (selain Baginda SAW).


Sesak dada.


Saat gaji pertama dihulur, meski menggeletar tangan, meski ia bererti hilang perginya seikat mimpi juga harapan, meski ia menghapus angan dan impian tetapi itulah yang seorang anak soleh mampu lakukan. Berapa ramai yang sanggup mengikat perut, berlapar hingga ke senja demi sekuntum senyuman ibu? Demi seulas wajah ceria ayah?


Sedih.


Satu perkara yang SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT saya mahu lakukan dalam hidup ---------------> menghukurkan wang gaji pertama kepada emak dan juga abah. Oh, usah ditanya sejak kapan saya mula berfikiran dewasa, melangkaui usia (19 selamanya kan?) kerana saya tidak punya jawapan untuk itu.


Walau sudah beberapa kerja sambilan saya lakukan dan itu juga bererti, sudah beberapa kali juga saya menerima wang upahan, tidak pernah sekalipun saya sempat hulurkan pada emak, pada abah. Selain hangus diguna untuk membayar yuran pengajian dan juga persediaan pembelajaran yang lain, sungguh, tidak pernah sekali pun tersisa untuk emak, untuk abah.


Sayu.


Bila hari raya, hari lahir atau saat-saat istimewa menjengah, masih, saya yang sudah sebesar ini tidak punya apa untuk dihulurkan. Waktu itu, andai ada yang boleh saya gadai pajakkan, sudah lama saya berbuat. Tapi, memang tiada apa yang pernah tersisa dalam simpanan. Tiada apa yang tertinggal untuk emak, untuk abah.


Hiba.


Satu perkara yang SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT saya mahu lakukan dalam hidup ---------------> menghukurkan wang gaji pertama kepada emak dan juga abah.


Dan saya sungguh-sungguh berdoa juga berharap, Sang Pencipta yang Maha Memelihara dan Mencukupi keperluan hamba-hambaNya itu, memberi saya ruang juga peluang untuk menunaikan satu perkara yang SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT saya mahu lakukan dalam hidup ---------------> menghukurkan wang gaji pertama kepada emak dan juga abah (sudah tentu, gaji bulan-bulan yang mendatang dengan seizinNya, inshaAllah).


Amin ya Rabb…



“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.


Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar"


Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.". (Luqman 31: 12-14)



p/s1: mungkin ini kesan elaun lambat masuk :p hahaa [^_^]”Y

p/s2: impian tanpa usaha itu gila, sia-sia. Sampai bila mahu bertahan dengan kekurangan bila tiada langsung usaha ke arah pembaikan? (ketuk kepala).



6 comments:

  1. Salam...

    Cik Arissa, tlg jgn buat sy sedih sekali boleh dak? hu2...

    Sy juga SANGAT(100x)tertekan bila tiba waktu menghulur belanja buat ibu & abah setiap kali gaji.

    Manusia2 lain yg tidak faham selalu melemparkn pelbagai tohmahan bila sy perlu b'jimat utk m'mastikn duit b'baki sehingga gji seterusnya.
    Bile sy katakn tiada duit simpanan mereka kta sy slh mengira.(ya i know i'm bad at math!hampes.)

    Walau apa pun, niat sy ketika mahu b'kerja sentiasa sy igt.Walau sy harus m'lupakn kepentingan sndri.Sy puas bile mereka b'belanja dgn hasil titik peluh sy.Tapi selalu juga sy perlu mengawal p'belanjaan mereka & m'biarkn mereka kecewa.which it's hurt me the most!

    Beside ibu & abah, sy hardly dpt b'belanja utk adik2 sy.walaupn sbnrnya sebiji kebab dari pasar sudah m'buatkn mereka gembira.

    Huh! (ape kes luah perasaan kt blog org nih!hu2...)

    Moral of the story: b'tatih mmg sgt2 susah & selalu je rse give up. Tetapi, pasrah bukan b'erti menyerah & redha bukan b'erti mengalah. Masanya akan tiba juga. Percayalah mereka t'lalu m'mahami kite walau kite kdg2 xphm dri sndri.^-^"

    p/s: awk nnt boleh bg lg byk drp yg sy mampu ;)

    Luv

    ReplyDelete
  2. k.anis: aminnnnn....
    haishhh awk pula buat saya sedihhh hehee

    inshaAllah, dia maha tahu apa yg kita terangkn dn sembunyikan...

    semoga semua urusan awk dipermudah...
    semoga setiap titis keringat awak ada berkahnya...
    aminnn

    haishhh....
    ok2

    mari berusaha ke arah yg lebih baik!!!

    kita kn ada DIA?
    cheers :))

    ReplyDelete
  3. aminn...hehehe...

    yup, kita ada Dia & ku ada kamu!^-^"

    alamak cik arissa, sy t'lupa yg blog awk ni ramai follower! ishh...malunya telah m'luahkn perasaan di sini!!! dush!

    walaupn sy dh b'kerjaya (so called) sy still buat jenayah kat abah sy & xnak mengaku! haha...

    (tlg rahsiakn p'kra ni tau! dh hampir 2 bln sy pecahkn plat kete tp xganti2 lg.hehe...abah sy plak sgt b'husnuzon dia sangka plat kete 2 t'kena batu.ngee...& byk lg jenayah yg sy dh lakukn dgn kete beliau.well u know...hahaha...;p)

    jadinya sy rse selagi kita ni anak abah. selagi tulah kita akan sshkn dia.apakah?kih3...(tp the best part of my abah is,dia xkn bocorkn rahsia kt ibu ttg jenayah2 sy!)^-^"

    Luv

    ReplyDelete
  4. wahhhh... hahahaaa...

    inshaAllah, inshaAllah... mana2 yg terbaik untuk kita semua...

    hey, jom jadi anak2 yg baik utk mak ayah kita :)

    yg penting mahu jadi umat juga hamba yag cream di mata DIA :))

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, ksu da berjaya merealisasikan impian mcm yg muna nk buat 2 sejak awal tahun ni..tp gaji 1st 2, ksu suh ma (ibu) buat mjlis makan2 (mohon supaya diberi keberkatan pd kerja) ckt kat umh..ksu bg rm500 utk beli brg2 dapur utk kenduri..lebih dri kenduri rm100 je, so, bulan tu just rm100 je la yg ksu bg..nk bg bnyk lagi tapi kena byr bnyk hutang yg tertunggak...huhu...so.bulan ni dan bulan2 seterusnya ksu da tolak awal2 rm200 utk ma..insya Allah mudah2an Allah permudahkan urusan kt utk berbakti pd family kt..amin..

    ReplyDelete
  6. Allah huAkbar.... aminnn inshaAllah...
    bwstny k.su :)

    smoga Allah murahkn rezeki n mudahkn urusannya, ya ;)

    bila nk dtg s.alam...?
    amek la cuti shari dua, lepak2 cni ;) heheee

    ReplyDelete