.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Tuesday, March 8, 2011

nilai bahagia







Bismillah…



Hari itu cuaca agak panas. Seperti minggu-minggu yang lain, Alhamdulillah, saya masih terus menunggu di perhentian bas usang di sebelah sekolah menengah sukan itu untuk bertemu dengan Shidah. Hampir satu jam menunggu, hati saya sudah tidak mampu untuk ‘bersangka baik menanti omnibus warna merah-putih dengan pasangan apek-nyonya veteran yang setia bekerja untuk memenuhi permintaan pelanggan kenderaan awam yang kian merosot di Ipoh.




harap maklum, sistemnya sangat tidak reliable dan langsung tidak konsisten untuk mencapai KPI yang ditetapkan oleh pelanggan seperti saya. barang siapa yang sanggup menunggu dan menanti penuh tabah itu, memang penyabar tahap dewa i tell you ^^






Dalam berkira-kira mahu menelefon syarikat teksi dan kereta sewa tunggal Ipoh, hujung mata saya dapat menangkap kelibat abang dalam perjalanan pulang dari pejabat pos dengan motosikal beliau yang sudah enam tahun dirempit ke sana sini. Hati berbunga ria, mata pula sudah bersinar galak, lalu saya menahan beliau dari terus pulang ke rumah. Beliau pada awalnya nampak teragak-agak mahu berhenti kerana tidak dapat menjangkakan entah awek mana yang menahan beliau di tepi jalan, rupa-rupanya adik sendiri… apadaaa….




Abang: Nak pergi mana?



Saya: Jumpa kawan.



Abang: Ada ke bas?



Saya: Tak.



Abang: Kenapa tak naik teksi?



Saya: Hehh… (sengih). Tak ada duit (Duit gaji untuk mengajar sementara dulu belum masuk. Elaun belajar pun tak ada sebab memang dah tak belajar. Duit yang ada kena save sikit).



Abang: Nak duit naik teksi tak?



Saya: Tak naklah. Kan tadi kite kata nak naik motor dengan hang (kata ganti diri kedua paling mesra)

Abang terus patah balik rumah dan ambil topi keledar ninja turtle sebelum membonceng saya ke masjid.



Bahagia. Walaupun jantung dah macam tertinggal-tinggal ditengah jalan sebab abang bawa motor laju. Sangat. Mahu saja saya jerit di telinga beliau kuat-kuat “Bang Pis (bukan nama sebenar)…! Kite nak sampai sana dengan selamat, hidup-hidup…!!). Tapi semua tu, imaginasi liar sahaja. Lebih baik diam dan berdoa dalam hati, atau saya akan ditinggalkan di tengah-tengah jalan. Sudahlah la fail peta dengan topografi hometown sendiri. Mahu merangkak balik rumah (sebab fail pembezaan jarak juga. Mungkin ingat rumah dekat then, decide untuk jalan aje ke rumah padahal entah berapa KM nak jalan,kan? Clever Arissa.)





Ya, kerana ‘something I hold inside’ saya melangkaui batas yang saya tetapkan sendiri. Kerana ‘something I hold inside’, saya melakukan banyak perkara aneh dan berani membuat tindakan kamikaze. Apa yang saya lakukan cuma sekelumit kecil dari segala nikmat yang Dia beri pada saya. Malah ramai lagi figura yang saya kenal, yang saya baca kisah mereka, melakukan pelbagai perkara di luar alam. Bertindak di luar jangkaan, hanya kerana ‘something they hold inside’.


Ada yang menunggang ojek sampai jatuh-jatuh untuk memenuhi hak saudara seislam.


Ada yang meredah salji tebal, berjalan selama lebih dari satu jam membawa beban berat untuk saudara yang lain.

Ada yang travel ke tempat asing sendirian untuk seorang saudara seislam yang baharu saja dikenali.


Ada yang bertukar-tukar kenderaan awam, dari satu stesen ke stesen yang lain demi kasih kepada saudara seislam mereka.


Ada yang meredah hujan panas… berkorban masa, wang juga tenaga hanya kerana sesuatu yang mereka yakini di dalam hati mereka.


Bagi mereka yang memandang dan berfikir dengan logik akal, memang apa yang dilakukan ini, tampak gila, mungkin juga sia-sia tak bermakna. Bergaya dan bertindak bagai orang asing di atas bumi sendiri selalu sahaja mengundang pandangan serong orang lain. Tapi itulah erti bahagia. Itulah erti gembira. Kamu tahu kenapa?


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah 9:111)

Now, let’s think BIG and BEYOND our limited knowledge and logical boundaries.

Apa nilai bahagia pada kita?



Adakah bahagia yang kita kejar juga damba itu sesuatu yang kekal dan menjamin masa hadapan kita ‘di sana’ nanti?

Let’s rethink and reflect. Semoga cinta kita bukan palsu.














2 comments:

  1. like

    orang yang luar biasa, harus bertindak luar biasa ye tak?

    kamu juga luar biasa di mata saya :)

    ReplyDelete
  2. yana: hehee ** kamu sangat sangat sangat extremely luar biasa di mata juga hati saya ^^

    ReplyDelete