.:soft reminder:.

"And if My servants ask thee about Me - behold, I am NEAR; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so they might follow the right way" (2:186)

Saturday, January 1, 2011

he-dayah




p/s1: ini post panjang. mungkin agak sentap juga. so, better of prepare and stay objective along the way ya... dan yang paling penting, jaga masa:)

p/s2: ayat mungkin terbelit sedikit. penggunaan code-switching agak keterlaluan. sebarang kesulitan amat dikesali...



In the name of Allah my Everything.


Suatu hari lepas balik dari sekolah agama, Jenal dan juga sahabat baiknya, Azman berjalan pulang dari sekolah seperti selalu. Azman nampak marah-marah. Sikit je lagi nak tukar jadi makhluk kaler hijau bergelar hulk tu. Jenal bingung. Apesal furious lain macam je mamat bunga sorang ni?


Jenal: kau apesal, Man? Aku tengok hangin lain macam je sejak balik dari kelas Ustaz Khairil tadi? Selalu bukan main lagi kau semangat kalau lepas kelas agama.

Azman: Huh…! Marah aku! Kau jangan sebut-sebut fasal ustaz tu dah! Ustaz apa macam tu?

Jenal: ehh… sabar-sabar. Apa masalanya yang sebenar ni? Cuba kau story telling kat aku sikit.

Azman: Ustaz Khairil tu lah… ada ke dia suruh aku cari perempuan? Kau cakap kat aku sekarang, ustaz macam mana yang sampai boleh suruh kita ni, anak murid dia cari perempuan? Aku tahulah aku ni hensem kacak bergaya. Tapi aku rasa tak perlulah aku nak buat quest sampai macam tu.

Jenal: (terkesima. Beneran…?) cari perempuan?

Azman: iyelah! Ade ke dia suruh aku cari hidayah…? Entah hidayah manalah yang dia suruh aku cari, kot lah aku kenal kan… ini, tak @#$%^&@##$... siapa hidayah? Cantik ke hidayah tu??!

Jenal: erks…



Persoalannya sekarang…

Siapa hidayah…? Apakah sebenarnya hidayah itu? Adakah hidayah itu….

a. a. nama sekolah rendah lama yang menjadi kecintaan cik arissa myana

b. b. anak sulung Cikgu Ain yang baik hati lagi sporting yang mengajar Math Moden untuk pelajar tingkatan 4 di Raja Taayah High School

c. c. jenama pakaian muslimah masa kini

d. d. surau lama yang jarang dikunjungi muslimin di hujung Kampung Rapat Damai

e. e. Semua di atas


Ehee… sebenarnya, semua tu betul . tapi konteks nya sekarang ni tak ada kaitan langsung dengan semua jawapan di atas.


Ustaz Khairil takkan suruh anak muridnya pergi mencari perempuan, bukan?

Apatah lagi si Azman tu baru bersekolah entah di tahun berapa sekolah agama… bajet lah kan?

And most importantly, sangatlah melanggar etika perguruan untuk seorang pendidik mengajar yang tidak-tidak kepada pelajar di sekolah…hooo. Cari perempuan…? No, no. no. no. nooo…. :)

So, apakah hidayah itu?

Ini hidayah yang kita selalu sebut taufiq dan hidayah tu.


Ada yang kata…

hidayah tu macam diamond. Susah nak cari, susah nak di dapati. Hanya orang-orang yang bertuah aje yang boleh dapat.”


Ada pula yang claim…

hidayah tu macam hujan. Banyak dan meliputi. Turun untuk semua, dan menimpa di mana-mana pun juga”


So, apakah erti hidayah, menurut perception anda?

The 1st one nampak macam orang yang cakap tu ada inferiority complex.

Hey, come on lah, semua orang layak menerima hidayah Dia.

Kenapa? Sebab Dia maha pengasih. Maha penyayang. Takkanlah Dia cipta kita kat bumi ni, then biar je kita terkontang-kanting dan hanya ’memilih bulu’ untuk diberikan hidayah itu. maha suci Allah daripada apa yang kita sangka dan sifatkan…


Then, hidayah tu, mcam hujanlah? Hurmn… partially, yes. Tapi kalau kita buat-buat tak nsampak, buat-buat tak tahu bila hidayah tu datang, memang hidayah takkan turun macam hujan untuk kita. Nak contoh…?


Contoh:

Siti: Hah, penyanyi pujaan hati kau, Kak Pah tu dah bertudung dah. Kau, bila lagi, Rihanna (bukan nama sebenar)? Aku tengok, kau cantik sangat kalau bertudung litup tau... (ayat melobi)

RIhanna: Aku belum terbuka hati lagi la, Siti. Belum sampai seru. Agaknya belum dapat hidayah lagi kot…


---------------> see? Siapa yang nak buka hati kita if kita tak mahu buang sendiri mangga solex yang kita letakkan sendiri tu? Takkanlah nak suruh orang lain bukakan? Nak kena panggil pakar mangga ke? Atau perlukan seseorang seperti Ustaz Amirul untuk melakukan tugas murni itu? ngaaa~ Of course Allah yang memegang hati kita, tapi kalau usaha tak ada langsung on our side, agak panjanglah cerita dan jalan untuk kita dibukakan hati dan dikurniakan hidayah. Ingat tak surah 13, ayat 11?


“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...”


Dan yang perlu diubah itu iman kita. Tingkatkan iman, inshaAllah, Dia ubah keadaan kita untuk jadi lebih baik


Ingat tak ayat ni,


“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” (65:3)


Jangan tampal kat dinding kedai je, buat pelaris… boleh kan?



---------> Belum sampai seru? Ehhh, yang hari-hari dengar azan, ajak menuju kejayaan tu, bukan seruan agung ke? Kejayaan hakiki itu kan dengan berjayanya kita melawan hawa nafsu dengan cara menegakkan syariat Dia dalam diri kita?


“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya..” (25:43)


Lebih baik kita beware. Jangan kata yang kita tak dapat seru lagi. Menipu besarlah tu… atau sebenarnya kita yang live in denial…? Tteeeetttt…! Tepuk dada, tanya iman. Kalau tak faham azan in Arabic, mesti ada maksudnya in Malay kan? Jangan buat-buat tak faham… or else, kita sama macam haiwan peliharaan, tidak berakal. Mahu ke?


“atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).” (25:44)


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (7:179)



Na’uzubillah…


---------------------------------------> belum dapat hidayah lagi… macam mana ni? Nak tunggu kahwin, dikurniakan anak yang comel lalu diletakkan nama Siti Nur Hidayah Atelia Natasya Dayana Azreen dulu ke, baru consider dapat hidayah? Uish, tu memang Hidayah. Tapi, islam tu lagi senang. Belum kahwin and belum beranak lagi dah boleh dapat hidayah dah... tak caye?


Inche Maher zain kata.

We just have to open our eyes,

Our hearts, our minds,

If we just look bright and see the signs

We can’t keep hiding from the truth…


Nampak orang buat baik, itu hidayah untuk kita berubah jadi baik.

Nampak and dengar orang baca Quran, itu hidayah untuk kita pun sama-sama rebut pahala baca Quran.

Nampak orang sedekah, itu hidayah Allah supaya kita pun bagi share orang lain dalam harta kita dengan cara bersedekah.

Nampak orang tutup aurat dengan sempurna, itu hidayahDia, petunjuk dia, nak bagi tahu cara yang baik dan betul untuk mengikut syariat Dia.

Senang kan nak dapat hidayah?


Tapi, masalahnya sekarang ni, kita buat-buat tak nampak. buat-buat tak faham dan buat-buat tak tahu.


Susah la macam tu… kalau kita beratur kat lorong salah untuk bayar tiket masa nak keluar dari multilevel car park contohnya, tahu pula kita ikut orang yang bayar di tempat yang betul… but then, when it comes to bigger issues like petunjuk untuk berubah ke arah yang lebih baik supaya kita selamat dunia, akhirat… kenapa kita tak mahu nak ikut ea?


Atau… kita rasa sebenarnya bayar tiket di tempat yang betul untuk keluar dari tempat park kereta yang sesak tu LEBIH PENTING daripada urusan dosa pahala kita? Tteeeetttttt…..!!!


Maafkan saya kalau saya terkasar bahasa. I’m not in the very right position to criticize neither to judge others sebab saya bukan hakim Negara apatah lagi juri tetap American’s Idol dan juga bukan juri jemputan untuk Idola Kecil Musim ke-3. I’m just an arissa. Dan saya berulang kali diingatkan mulia atau hina seseorang itu bukan saya penentunya. Jika saya yang paling cepat menghukum dan bersangka-sangka, sayalah yang PALING CEPAT dicampakkan ke neraka nanti (nauzubillah).


Masa kita tak lama. Umur kita belum tentu panjang. Nanti kalau Dia tanya kita apa yang kita dah buat masa kita masih muda dan kuat untuk agama Dia, kita nak jawab apa?


“Oh, saya bukan Ustaz Amirul. Bukan kerja saya untuk mind about islam and all that”


“Alahh, mak ayah saya tak pernah sibuk pun saya nak ke hulu ke hilir dengan siapa, nak balik bila, pukul berapa, awak tak payah nak masuk campur lah…”



Erks, cuba tadabbur ayat ni

“Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al Qur'an) yang telah Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Ingatlah) hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan (untuk dihisab), itulah hari (waktu itu) ditampakkan kesalahan-kesalahan. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal saleh niscaya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keberuntungan yang besar.

Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (64: 8 – 11)



Ehh, sekejap. Entri macam dah lari tajuk. Boleh fail paper 2 BM ni kalau karangan terpesong. Anyway, mari terjun ke kesimpulan, senang cerita dan terus menjawab persoalan siapa hidayah dan apa hidayah itu… heheee ^^



Kesimpulan:

hidayah itu sesuatu yg PRECIOUS macam DIAMOND dan ia dikurniakan oleh Allah untuk kita semua macam mana Dia kurniakan HUJAN untuk kita. BANYAK (bentuk hidayah), MELIMPAH dan MELIPUTI dengan syarat kita buka hati kita untuk terima dan faham.


“Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.” (17:15)


Allah hu’Alam…


Nota kaki: semoga tangan yang menulis dapat memikul apa yang ditulis… amin ya Rabb



4 comments:

  1. dear, panjang nya..tp betul lah tu

    ReplyDelete
  2. masyaAllah sister!!

    bestsgt! mooga jadi amal inshaAllah:)

    ReplyDelete
  3. cik 'anonymous': hehee ^^ panjang dan betul :))

    ReplyDelete
  4. murni: amin inshaAllah. doakan kebaikan utk kita semua ya :)

    jZKK sudi melawat :)

    ReplyDelete